PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Wednesday, May 13, 2009

Namamu Terpahat Dihati (10)

Beberapa hari telah berlalu sejak pertemuannya dengan Rehan. Setelah dapat mengesan punca perubahan yang berlaku pada Dania, Azril seakan cuba lagi untuk memberi ruang buat Dania menenangkan fikiran. Kerana dia tahu sikap Dania, Dania tidak mungkin akan membuka cerita kepadanya. Lewat petang itu dalam perjalanan pulang ke rumah setelah kerjanya selesai, Azril bertekad..masalahnya harus diselesaikan. Dia perlu berterus terang dengan Dania dan dia harus mengembalikan senyuman di wajah isterinya itu.

Sebaik tiba di rumah, Azril mendengar bunyi di dapur. Terbau keharuman masakan Dania dari ruang tamu. Awal dia balik hari ni..Azril tersenyum. Dan tiba-tiba Dania keluar dari dapur..

“ Abang dah balik?” lantas Dania menyalam tangan Azril dan seperti biasa Azril akan mengucup dahi isterinya penuh kasih. Tidak tergambar selautan kasihnya buat Dania. Baginya Dania adalah anugerah terindah yang telah dikurniakan oleh ALLAH. Bagaimana kalau suatu hari nanti Dania telah tiada untuk menemaninya? Isy..apa aku merepek ni..

Dania tersenyum gembira dengan perlakuan suaminya. Sehingga hari ini dia masih dapat melihat kasih Azril yang begitu mendalam buat dirinya..Dania bersyukur..

“ Sayang masak apa?” tanya Azril sambil mengekori langkah Dania ke dapur. Dania hanya membiarkan sepi pertanyaan Azril sambil tangannya pantas membancuh air untuk Azril. Azril pula sudah mengintai-ngintai periuk yang masih menyala di atas dapur..Dania pantas mencuit tangan Azril bertujuan untuk mengelakkan Azril daripada terus mengintai-ngintai dan dia menghulurkan segelas minuman buat suaminya..

“ Daging cicak masak sambal dengan daun lalang masak lemak..” Dania dengan selamba menjawab sambil memerhati wajah suaminya namun Azril yang ketika itu sedang minum hampir tersembur mendengar jawapan isterinya..Dania lantas tertawa melihat suaminya..

Azril menjeling geram mendengar jawapan isterinya apatah lagi melihat bibir mungil isterinya masih terus-terusan mentertawakannya. Dania yang kemudiannya berpaling untuk meneruskan kerjanya pantas ditarik ke dalam pelukan suaminya dan Azril pantas megucup bibir isterinya lembut tapi lama..

Dania yang kejap berada di dalam pelukan suaminya meronta meminta untuk dilepaskan tapi ternyata tenaga lelaki sukar untuk dilawan..
“ Abang!” Dania menjerit kecil namun baru seketika dia terlepas bibirnya sekali lagi menjadi sasaran bibir Azril..
Setelah seketika barulah Azril melepaskan Dania dengan wajah kemenangan..Dan dia pantas tersenyum lebar..
“ Padan muka! Siapa suruh main-mainkan abang?” Azril berkata dengan wajah tidak bersalah.
“ Abang ni..” Dania menjeling geram

Azril lantas mengusap-ngusap kepala isterinya.
“ Jangan marah-marah sayang..nanti suami sayang lari..” Azril masih galak menyakat Dania.
“ Abang naik dulu ye. Panaslah sayang. Abang tunggu sayang solat maghrib nanti. Kita makan lepas maghrib aje..” Azril pantas meninggalkan Dania namun dia masih sempat menghadiahkan sebuah ciuman di pipi isterinya..

Dania hanya memerhatikan Azril hilang dari dapur namun bibirnya masih sempat mengukir sebuah senyuman tanda kebahagiaan. Adakah kebahagiaan ini akan berpanjangan? Hati Dania tiba-tiba terdetik…

Maghrib itu untuk yang kesekian kalinya Azril mengimamkan solat Dania. Setelah doa yang panjang selesai dibaca..Azril menghulurkan tangannya untuk disalam namun apabila Dania ingin bangun dan membuka telekung Azril masih kejap memegang lengan isterinya yang masih dilapik oleh telekung. Dania tidak jadi untuk bangun..

“ Kenapa bang? Tadi abang kata nak makan lepas maghrib?” Dania bertanya pelik.
“ Kita baca Yasin dulu ye? Hari ni Khamis malam Jumaat..kita makan lepas Isya’ je..” Azril mengajak lembut. Dania mengangguk dan tersenyum.

Lalu di rumah teres dua tingkat sederhana besar itu kedengaran alunan suara seorang hamba ALLAH bergelar suami membaca surah Yassin bersama isterinya. Dania sebak melihat suaminya. YA ALLAH! AnugerahMU begitu berharga..susah untuk mencari seorang suami sebaik Azril. Kalau ada pun ianya hanya akan dijumpai di dalam drama di kaca tv. Tapi hakikatnya di dunia nyata? Susah!

Setelah selesai membaca Yassin Azril menarik tangan Dania untuk duduk dekat di sisinya. Azril rasa hatinya kini lebih tenang untuk berbicara dengan isterinya..
“ Nia..sayang ada simpan sesuatu tak dalam hati? Yang selama ni sayang tak pernah cerita dengan abang?” tanya Azril sambil menggenggam erat jemari isterinya.

Dania terkesima mendengar pertanyaan suaminya. Dan dia hanya mampu menggeleng. Azril tersenyum. Lantas dia memeluk erat bahu isterinya.
“ I wanna tell you something..Masa abang terima lafaz akad dulu, hati abang tenang sangat. Tapi abang sedar mulai saat itu abang mempunyai tanggungjawab yang besar ke atas Nia. Abang juga sedar suatu saat nanti abang akan ditanya. Adakah abang telah berjaya untuk mendidik Nia menjadi seorang isteri yang sentiasa berpegang teguh pada landasan agama.” Azril memulakan bicara. Dania tersentuh mendengar pengakuan suaminya.

“ Kalau boleh abang nak berkongsi seluruh hidup abang dengan Nia. Sama ada susah atau senang. Abang nak Nia lah orang yang pertama menjadi peneman saat abang gembira juga peneman untuk abang berkongsi segala masalah. Selama ni abang tak pernah rahsiakan apa-apa dari Nia kan?” Azril bertanya

Dania menggeleng sekali lagi.
“ Jadi Nia rasa Nia anggap abang macam tu tak? Maksud abang, abanglah orang yang Nia nak untuk selalu berkongsi segala masalah Nia. Ada Nia fikir macam tu?” Azril bertanya lagi. Seboleh mungkin Azril ingin Dania sendiri yang berterus terang dengannya.

Dania tertunduk dan lantas semangatnya dikumpul..
“ Macam mana kalau Nia tak boleh bagi zuriat pada abang?” akhirnya Dania bersuara sebak dan Azril lega mendengarnya. Yes, that’s the point sayang! Akhirnya sayang cerita juga pada abang..Azril berkata dalam hati

“ Nia kecik hati dengar umi tanya pasal anak pada abang hari tu ya?” Azril menambah lagi..
“ Mana abang tahu Nia terdengar?” Nia tidak berpuas hati..
“ Abang ada pasang spy! Spy tu berkerja untuk melaporkan segala tindak tanduk Nia. Bulan-bulan abang bayar mahal tau!” Azril masih sempat bergurau di saat-saat seperti ini. Namun setelah melihat wajah Dania yang semakin keruh, dia lantas memeluk erat isterinya..

“ You know that I met Rehan juz a few days ago, is it?” Azril bertanya dan dia dapat merasakan anggukan Dania di bahunya tanda dia mengetahuinya.
“ He told me everything. He said that he saw you cried in the kitchen. He asked whether I had a problem with you. But suddenly I realize what was the causes actually..Because masa tu Nia ada terdengar pasal apa yang umi tanya kan?” Dania akhirnya mengangguk sekali lagi sambil mengalirkan air mata.

Azril melepaskan pelukannya dan memandang tenang wajah isterinya.
“ Nia! Abang tak nafikan abang teringin untuk menimang cahaya mata dengan Nia. Siapa yang taknak anak. Tapi abang sangat-sangat tahu yang Nia percaya dan yakin tentang satu perkara kan?” Dania memandang Azril sebagai tanda ingin mengetahuinya

“ Takdir dan apa yang telah tersurat buat kita! Apa yang sememangnya terbaik buat kita tapi kita sendiri tak tahu apa!” Azril menekan kata-katanya agar Dania lebih memahaminya.

“ Abang bukan berkahwin dengan Nia semata-mata untuk dapat anak je. Tapi sebab abang sayang Nia..abang tahu Nia perempuan baik-baik. Abang juga yakin tulang rusuk abang yang digunakan untuk DIA mencipta Nia..Nia faham kan?” Dania mengangguk untuk yang kesekian kalinya sambil menangis teresak-esak.

“ Mungkin sekarang bukan masanya. Abang yakin suatu saat nanti kita pasti akan menimang cahaya mata. Nia percaya dengan abang kan? Doa! Doa yang penting sekarang nie. Lagipun kita bukanlah dah terlalu lama menanti..baru setahun kita berkahwin..panjang lagi masa kita..” Azril merenung isterinya.

Nia pantas memeluk erat suaminya..Azril terkesima! Namun dia membalas erat pelukan isterinya..

“ Abang….” Dania menangis teresak-esak..
“ Ya sayang?” Azril bertanya sambil mengusap lembut kepala isterinya.
“ Sebenarnya bukan tu sebab utamanya..” Dania semakin mengeratkan pelukannya. Azril mengerutkan dahinya..dah tu? Dia bertanya di dalam hati..
“ Nia dah pergi buat medical check up..dokter panel Nia beritahu yang Nia memang susah nak mengandung..rahim Nia tak kuat!” Dania semakin kuat menangis di dalam pelukan Azril.

Azril terpana mendengar pengakuan isterinya…!!

4 comments:

Miss Kira said...

ciannya..
xp x mau azril kawin ngan nisa utk dpt anak..
x mauuuuuuuuuuuuuuu..
hehehe..
em plak...

keSENGALan teserlah.. said...

huhu....
baek tol azril nieh.
tol2..
sokong miss kira..
xmo la azril kawwen ngn nisa tok ader ank..
jgn la dania tau yg nisa ske kat azril..
sah2 nnty dania suh azril kawen ngn nisa..
nisa da ader ary..hehe...
smbung2..

Anonymous said...

erm..sokong miss kira..xnk la azril kawin ngn anisa smata2 nk dptkn anak..lgpon azril kn syg kt dania..nti die xleh nk fair lak..ehehe

nk anisa ngn ary tau..! huhu..

-cheesecake-

ceritaku MEMORIKU said...

sokong miss kira.
azril terpana.
huh..tp dania still blh mengandung.
just de risiko jerw.ngeee
-na'dz

Post a Comment