PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Wednesday, December 16, 2009

~Bukan Kisah Rekaan a.k.a kisah Sebenar~

salam kpd semua reader yg xhenti2 mberikan sok0ngan..
maaf! kata pertama yg terhulur pd semua yg setia menanti..
mari kita berkongsi sebuah cerita dulu ye

pada suatu ptg yg hening itu...
sebuah rumah d sebuah kwsan kg kosong..penghuninya semua keluar meninggalkan rumah tersebut..pintu telah dikunci..selak telah dipasang..kayu palang pun telah dipastikan berkeadaan baik! chewah..
dan didapati rumah tersebut adalah rumah saya!

walaubagaimanapun tanpa segan silu dan dgn penuh keyakinan bbrapa org pencuri yg x brape amatur rasanye telah memecah masuk rumah tersebut..yargh!! mereka berjaya..

dan diantara brag curi yg berjaya diambil dgn selambenye adalah..
LAPTOP SAYA!! sekelip mata..segalanya hilang begitu sahaja..broadband pn disapu..ap yg tinggal hanyalah cooling pad saja!
sgt menyedihkan...sob3...

namun nak melalak pn apa yg dpt..?
mujur ad abg yg sudi melemparkan laptopnya pd drku ini dan setelah modem br dibeli maka bolehlah sy merepek meraban sekejap mlm ni..

jd sbg kesimpulannya...
ampun dan maaf dipinta atas segala ketidakupayaan sy memastikan n3 dmasukkan selalu..
janji kosong tidak mahu dberikan..
apa yg boleh sy katakan..sy cube akan menyambung semula n3 setelah sgla pr0b selesai..laptop ni pon ngong cket..kejap2 terus hang..maklom penternak berjaya

sekian dlu serangkap berperenggan ucapan sy..
d0akan semuanya kembali stabil ye..wassalam

thanx a lot!
(pening bile bce ap sy taip..harap2 phm jela ye)

Saturday, July 11, 2009

A pure touch from my heart

Guys..sorry but..
I'm juz a stdnt here..now d new sem begins + new assignmnt..n lot of other things to do..
I hv my own priorty compared to writing..n writing is juz a hobby for me.. Klw b4 ni sy bole post n3 selalu coz cuti sem kn..but now sy cume akn menulis bile ad mase..myb once a week..
Sy sgt2 mhargai sokongan korg sume..sgt3!!
But sy juga bharap agr sume ley memahami posisi sy..
Ap pn dun worry ye..myb sok sy akan post new n3..insyaALLAH..
Tq to all...

Wednesday, May 27, 2009

Namamu Terpahat Dihati (20)

“ Morning Nisa! ” Anisa yang mendengar namanya tiba-tiba disebut dari belakang oleh seseorang sebaik dia keluar dari apartmentnya pantas terkejut. YA ALLAH! Kus semangat..Anisa menggosok-gosok dadanya..dia pantas menoleh..Anisa terkejut kerana pagi-pagi lagi Ary sudah terpacak di depan matanya. Buat apa dia kat sini?

“ Assalamualaikum..” Anisa pantas memberi salam atau lebih tepat dia sengaja mengenakan Ary! Pagi-pagi dah buat aku serabut! Anisa berkata di dalam hati..

Ary yang mendengar hanya tersenyum sumbing mengakui kealpaannya untuk memberi salam dan pantas menggosok-gosok belakang tengkuknya sambil menjawab..
“ Wa’alaikumsalam..” Ary berkata

“ You pagi-pagi dah terpacak kat sini ada apa? Nak kutip hutang ke?” Anisa bertanya selamba sambil meneruskan langkahannya. Ary kemudian pantas menuruti langkah Anisa.

“ Memang pun..tak ingat ke hutang you pada I? “ Anisa yang mendengar lantas berpaling dan membuat muka terkejut..bila masa? Ary yang melihat wajah comel itu semakin tertawan

“ Ada ke? “ Anisa bertanya jujur. Aduh, lurus betul! Jerit Ary di dalam hati..
“ You rasa?” Ary sengaja bertanya semula sekadar ingin mempermainkan Anisa..Anisa yang mendengar pantas menekan kotak ingatannya..Isy, mana ada! Kau saja nak buat aku pening pagi-pagi buta ni kan? Anisa pula menjerit di dalam hati..

“ Sungguhpun kepala otak I ni susah nak ingat semua yang I belajar..tapi otak I ni masih boleh mengesan niat jahat orang! Especially bab-bab menipu ni..“ Anisa menjawab tegas. Ary yang mendengar hanya menunjukkan riak tidak bersalah..

“ Ala sayang..tak boleh ke? Tadi malam I asyik mimpikan you je. Tu yang pagi-pagi I datang sini..I terasa macam ada orang rindukan I je..” Ary pantas memulakan bicara dan Anisa yang mendengarnya seakan ingin muntah. Aduh! Dah kenapa pulak ni? Demam kepialu ke? Getus Anisa di dalam hati dan dia pantas menunjukkan riak tidak puas hati sambil mematikan langkahnya..Anisa perasan yang semakin lama Ary semakin kerap memanggilnya sayang..menyesal pula selama ini dia turut melayan kerenah Ary ini..

“ Pardon? You terasa ada orang rindukan you? Siapa? You mean I? Huh..sory sikit..“ Anisa berkata sinis sambil meneruskan langkahannya. Ary yang mendengar terdiam. Sekarang memang la tak! Esok lusa siapa tahu? Hehe..Ary tertawa di dalam hati..

“ Alah..tak mengaku konon..” Ary berkata perlahan namun masih terdengar jelas di pendengaran Anisa. Anisa malas mahu berkata panjang dan hanya membiarkan suasana sepi namun dia masih berjalan seiringan dengan Ary..

“ Yang you ikut I ni kenapa? Dah tak ada kerja lain lagi ke? ” Anisa pantas bersuara apabila sedari tadi Ary masih berjalan di sisinya..

“ Hello cik kak..you ingat you sorang je ke nak pergi kelas? I pun ada kelas jugak. Ada jalan lain ke nak pergi kampus kita selain jalan ni? “ Ary pantas menjawab sinis. Anisa yang sedar dirinya terkena hanya mampu menjeling geram melihat Ary di sisinya. Wajah lelaki itu tampak selamba saja seperti tiada perasaan. Hai..menjengkelkan..Anisa menjerit di dalam hati. Akhirnya Anisa hanya membiarkan Ary beriringan dengannya..modalnya sudah habis untuk menjawab! Letih!

Setelah berjalan hampir 20 minit akhirnya Ary dan Anisa tiba di kampus mereka. Sebenarnya kelas Anisa masih lambat. Dia sengaja datang awal..mahu menghirup udara segar di bawah rimbunan pokok sambil membaca nota-notanya. Tak pun baca novel! Banyak koleksi novel yang belum dibacanya di bawa ke sini. Jadi di waktu lapang memang itulah yang selalu dilakukan. Ary yang melihat Anisa semakin menuju ke arah bangku di bawah rimbunan pokok lantas berfikir..

“ Hai? Boleh nak duduk-duduk pulak? Tak de kelas ke?” Ary bertanya di dalam hati namun kakinya masih mengikut langkah Anisa. Dia sendiri tidak sedar sebenarnya. Anisa yang perasan Ary masih mengikutnya lantas menoleh dan membuat Ary terpaksa berhenti secara mendadak.

“ Hai..kelas you pun kat bawah pokok ni jugak ke? I rasa ada banyak lagi jalan lain nak ke kelas you..” Anisa berkata sinis. Alamak! Kantoi! Kenapa tak perasan aku still ikut dia lagi? Ary menjerit di dalam hati.

“ You nak join I punya kelas kat sini ke?” Anisa bertanya sinis sambil tersenyum sumbing. Ary yang tidak tahu ingin menjawab apa pantas bertanya soalan lain. Ubah topik!

“ You tak breakfast dulu ke? Nanti you lapar pulak..” Ary sengaja bertanya begitu dan hanya melihat Anisa yang sudah duduk di bangku itu. Selebihnya dia memang ikhlas bertanya..Anisa keluar awal..takkan dia sempat breakfast kat rumah kot.

Anisa yang mendengar hanya memerhati raut wajah Ary yang sudah duduk di depannya. Apa kene dengan mamat ni sebenarnya? Anisa bertanya di dalam hati. Dah la pagi-pagi dah tercangok depan aku..tapi diam aje sepanjang jalan..sekarang ni sibuk-sibuk pulak nak tunjuk concern pada aku..Betul ke ni Ary yang aku kenal? Isy..musykil sungguh rasanya..Anisa berkira-kira di dalam hati tanpa sedar dia masih tetap merenung wajah Ary di depannya..

“ Ehemm..kalau ye pun jangan la tenung I macam tu sayang. Cover-cover la sikit..tau la I ni kacak bergaya..” Anisa pantas tersedar apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Ary itu. Aduh, tak perasan pulak..Anisa berkata di dalam hati. Anisa menjadi semakin tak kena dan Ary semakin galak merenung Anisa.
“ Tak pe..I malas nak breakfast..” Anisa pantas menjawab ringkas sambil mengeluarkan nota-notanya dari dalam beg. Bukan malas tapi hilang selera tengok muka kau! Anisa berkata di dalam hati tanpa diluah melalui kata-kata. Sebenarnya novel yang ingin dikeluarkan tapi dia ingin menunggu sehingga Ary pergi dahulu. Tak feel la baca kalau ada dia ni! Getus Anisa di dalam hati.

Ary yang mendengar tiba-tiba hanya berlalu meninggalkan Anisa. Eh, pergi macam tu je? Lagi sekali tak paham! Anisa berkata di dalam hati dan dia mengeluarkan novel pula dari dalam begnya..Hehe..acara bermula..

Setelah 10 minit berlalu Anisa perasan ada seseorang yang sudah duduk di bangku di hadapannya itu. Dia pantas mengalihkan novel yang sedari tadi menghalang pandangannya dan berniat ingin melihat siapa gerangan orang di hadapannya itu. Hai, ingat dah masuk kelas? Anisa bertanya di dalam hati..

Ary yang melihat Anisa menanggalkan cermin mata tanpa bingkainya tersenyum melebar. Ceh, aku ingat kau memang spesis rajin pagi-pagi dah bukak buku! Rupanya novel yang kau bukak! Ary berkata di dalam hati sambil menghulurkan sebungkus sandwich dan hot chocolate yang dibelinya tadi. Dia memang sengaja membelikan itu untuk Anisa sebelum kelasnya bermula sebentar lagi..

“ Nak apa lagi?” Anisa bertanya kasar. Hai..memang mengacau!
“ Ni..breakfast..kalau tak you lapar..” Ary berkata ikhlas
“ So what kalau I lapar? Yang you sibuk-sibuk kenapa? “ Anisa membalas kasar juga. Selebihnya dia pelik dengan perangai Ary pagi ini. Mulut Ary tidak terlalu kejam pagi itu..perangainya yang lemah gemalai pagi itu juga membuat Anisa menjadi seram…! Isy..kene sampuk apa dia ni?

“Hai..sekurang-kurangnya berterima kasih la cik Nisa oii..I bukan berniat jahat pun. Takkan you dah terjangkit perangai I pulak..” Anisa yang mendengar lantas tersedar. Selama ini memang dia yang selalu menegur Ary kerana tidak tahu mengucapkan terima kasih..kini terbalik pula..pantas nafasnya dilepaskan..

“ Ok..fine..thank you so much sayang..” Anisa pantas menjawab lembut dan gedik. Selepas itu satu jelingan dihadiahkan buat Ary dan tangannya membuka bungkusan yang diberikan Ary itu. Hehe..best jugak breakfast free..kata Anisa di dalam hati. Ary yang melihat menjeling juga! Huh..nampak tak ikhlas tu..tak pe2..kata Ary di dalam hati..

“ You punya mana?” Anisa pantas bertanya apabila melihat tiada bungkusan makanan untuk Ary.
“ Urm..takpelah I ada kelas dah ni..takut tak sempat pulak. I chow dulu ye. Makan jangan dok baca novel je..kalau jadi kenyang lepas baca tak pe jugak..” Ary sempat mengata Anisa dan terus memulakan langkah..Namun dia menoleh semula apabila Anisa memanggil namanya..

“ What? I dah lambat ni..” Ary pantas berkata sebaik sedar yang dia memang sudah agak lambat untuk ke kelas kerana membelikan sarapan buat Anisa..

“ Sekejap..” Anisa berkata ringkas dan membuka plastic sandwich yang dibeli oleh Ary tadi..Ary hanya melihat perilaku Anisa itu. Dahinya berkerut..apa lagi ni? Sambung lepas kelas nanti tak boleh ke? Ary membebel di dalam hati. Prof James suka mengamuk kalau melihat pelajarnya datang lambat ke kelas..Ary lantas teringatt seraut wajah bengis pensyarahnya itu..

Anisa pantas membahagi dua sandwich yang agak tebal itu dan sebahagian sandwich itu dihulurkan kepada Ary. Ary yang terkejut hanya memandang Anisa pula..

“ Nah..buat alas perut. Nanti you lapar, you tidur pulak dalam lecture..” Anisa menghulur ikhlas dan hanya menanti Ary mengambil hulurannya. Anisa memang sedar akan satu fakta itu bahawa pelajar yang mengambil sarapan di waktu pagi lebih senang memberikan tumpuan di dalam kelas berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan..Ary di dalam hati bukan main gembiranya! Setidak-tidaknya Anisa juga mengambil berat akan dirinya walaupun sedikit!

“ Apa tengok lagi? Kata dah lambat tadi?..” Anisa berkata kuat apabila melihat Ary masih diam. Ary yang baru tersedar lantas menerima sebahagian sandwich itu..
“ Sory ye..ni je boleh share..air tak boleh! Siapa suruh you beli satu je..” Anisa pantas berkata. Ary yang mendengar tersenyum manis..

“ Tak pe2..its okey..thanks Nisa. Ni yang I makin sayang dengan you..I pergi dulu..” Ary hanya sempat membalas ringkas dan terus berlari ke arah bangunan utama di universitinya itu sambil tangannya masih memegang sebahagian sandwich tadi. Tanpa sedar kasihnya semakin mekar buat seorang gadis bernama Anisa.

Anisa hanya melihat larian kecil Ary yang semakin jauh. Isy..pergi la sana! Anisa berkata di dalam hati. Sebenarnya jauh di sudut hati dia senang melihat perubahan pada diri Ary itu. Cuma satu pintanya moga perubahan itu tidak mempunyai apa-apa makna yang tersirat! Susah kalau macam tu..

Anisa meneruskan pembacaannya sambil mengunyah sebahagian lagi sandwich yang tinggal sementara menunggu kelasnya yang akan bermula setengah jam dari sekarang..

Monday, May 25, 2009

Namamu Terpahat Dihati (19)

“ Termenung jauh nampak? ” Aunty Sarah menyapa Ary yang dilihat sedang termenung di atas katil setelah ketukannya di pintu bilik anak bujangnya itu berulang kali tidak dijawab.

Ary pantas bangun dan tersengih..
“ Mama..masuklah..” Ary berkata ringkas pada mamanya itu. Sedari tadi malamnya diisi dengan hanya berkurung di dalam bilik..Merenung sedalamnya tentang rasa hatinya yang sebenar..

“ What’s wrong with you?” tanya Aunty Sarah terus pada Ary sambil duduk di sisi anaknya itu di atas katil..Ary memberi ruang sedikit buat mamanya untuk bersandar di kepala katil..

“ Kenapa dengan Ary? Ok je? “ jawab Ary sambil meletakkan telapak tangannya di atas dahi. Tak panas pun..aku nampak macam demam ke? Getus Ary di dalam hati

“ Dari tadi mama ketuk Ary tak dengar ke?” tanya Aunty Sarah
“ Ada ke mama ketuk? Bila? Semalam?..” Ary menjawab selamba. Aunty Sarah yang merasa geram dengan jawapan Ary pantas menepuk kuat paha anaknya itu.

“ Aduh!“ Ary menjerit kecil sambil menggosok-gosok pahanya itu
“ Menjawab-menjwab! Menjawab je taunya..” Aunty Sarah membebel. Ary hanya memasamkan muka
“ Dah mama ketuk macam semut mana Ary nak dengar..marah Ary pulak..” jawab Ary sambil tangannya terus menggosok

“ Ary ni dah boleh jadi bapak budak tau..Perangai tu cuba la ubah sikit..” Aunty Sarah berkata sambil melilau melihat sekeliling bilik anaknya itu. Tetap kemas seperti selalu. Ary memang seorang yang menjaga kebersihan. Agak berbeza sedikit berbanding abang dan adik lelakinya

“ Mama nak suruh Ary ubah apa? Ary dah cukup matang ni tau! Petik sekali pergh berderet yang datang..“ jawab Ary sambil meniup-niup bahunya kiri dan kanan tanda seperti orang berlagak. Aunty Sarah yang melihat terasa meluat dengan telatah anaknya itu.

“ Ary jangan cakap besar. Kalau yang datang berderet tu macam girlfriend-girlfriend Ary yang pakai baju tak cukup kain tu nak buat apa!” Aunty Sarah menjawab geram. Ary yang mendengar hanya tersengih. Radio buruk dah start siaran!

“ Ary jangan cuba-cuba nak carik perempuan bukan-bukan jadi menantu mama eh! Silap-silap mama boleh jadi mak mentua yang paling kejam atas muka bumi ni tau!” Aunty Sarah mula mengugutnya

“ Wow! Tapi ok what. Ary teringin juga nak tengok mama jadi macam tu..mesti tetap vogue even kejam..” Ary mula membodek mamanya sambil tergelak. Aunty Sarah hanya mampu menepuk kuat paha Ary buat kali kedua. Kali ini lebih kuat!!

“ Adoi! Dah la ma..mama kata tadi Ary dah boleh jadi bapak budak. Mama pukul-pukul macam ni macam Ary budak-budak je..” Ary mengalah daripada terus menyakat mamanya. Mamanya memang pantang..

“ Daripada mama sesak2 fikir pasal Ary..lebih baik mama fikir pasal anak kesayangan papa tu. Dia tu tengok je pun dah tau..memang dah terlebih layak jadi bapak budak..” Ary menokok lagi. Lantas seraut wajah abangnya Ezy terpamer di kotak ingatan.

Sejak kecil dia agak tidak sebulu dengan abangnya itu. Mereka selalu bersaing dari segala segi dan yang pasti papanya selalu memenangkan abangnya itu. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin kerana Ezy anak sulung.Tapi adalah tidak adil jika hanya kerana Ezy anak sulung papa seolah-olah menutup mata dan memekakkan telinga atas setiap tingkah laku Ezy. Mungkin juga sebab Ezy pandai membodek papanya sejak dulu..bermulut manis..nampak seperti dia yang selalu teraniaya padahal hakikatnya? Hanya dia dan Ezy sahaja yang tahu..Ary mengutuk geram di dalam hati.

Ary selalu sedar setiap kali dia memperoleh sesuatu yang lebih dari abangnya itu, pasti Ezy tidak puas hati dan akan memberontak. Hingga akhirnya papa akan menuruti segala kemahuan abangnya itu. Dan perkara itu masih terjadi sehingga kini..apabila Ezy sudah memperoleh ijazah sarjana muda di universiti tempatan..papa langsung tidak memaksa abangnya untuk meneruskan pengajian di luar negara. Papa hanya menurut apabila abangnya itu mahu terus bekerja di syarikat milik keluarga mereka.

Namun apabila tiba gilirannya, papa memaksa keras agar dia menyambung pengajian di sini. Ary tiada pilihan dan papanya tegas memberi kata dua. Sama ada dia meneruskan pengajian dan berkhidmat di syarikat itu setelah pulang atau tidak meneruskan pengajian tetapi tidak akan diberikan peluang untuk berkhidmat di syarikat itu sampai bila-bila! Pilihan yang diberikan adalah sangat tidak adil. Kenapa Ezy boeh terus bekerja di situ sedangkan dia tidak? Namun dia tidak mampu berkata apa dan memilih untuk meneruskan pengajian. Lambat laun dia akan turut menjadi sebahagian daripada syarikat itu..dia hanya perlu sabar menanti..

Syarikat milik keluarga itu telah dibangunkan oleh arwah datuk mereka. Ary sangat rapat dengan arwah datuknya itu. Dia tidak boleh terima apabila dirinya tidak diberi peluang untuk berkhidmat di situ oleh papanya apabila tidak menyambung pengajian sedangkan dulu datuknya berpesan agar dia adik-beradik menguruskan syarikat itu. Datuknya hanya mempunyai dua orang anak iaitu seorang anak lelaki iaitu papanya dan seorang anak perempuan. Namun cinta papanya yang lebih mendalam terhadap ilmu membuat papanya langsung tidak ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Meskipun papanya pemegang syer terbesar setelah datuknya di dalam syarikat itu, hanya makciknya yang menguruskan syarikat tersebut bersama datuknya.

Dan Ary kenal benar sikap datuknya. Datuknya itu lembut dalam tegas. Datuknya tidak suka memaksa andai anak-anaknya mempunyai minat mereka sendiri. Namun satu yang pasti datuknya telah mewasiatkan agar syarikatnya itu diuruskan oleh cucu-cucu daripada anak lelakinya iaitu papa dan bukan cucu-cucu daripada anak perempuannya. Makcik Ary yang sememangnya mudah untuk bertolak ansur itu hanya menerima wasiat tersebut. Lagipun anak-anaknya sudah mempunyai kerjaya tetap masing-masing dan sepupu-sepupunya juga tidak menunjukkan minat untuk menguruskan syarikat peninggalan arwah datuk mereka itu.

“ Ary tau lah perangai Ezy tu macam mana kan? Naik berbuih mulut mama ni..” Ary tersedar daripada lamunan apabila mendengar bicara mamanya..
“ Ke hulu ke hilir asyik bertukar perempuan je..mama pun tak tahu perangai siapa yang dia ikut..keras kepala dah satu hal..” Ary hanya mendengar mamanya meluahkan rasa. Ary faham yang hati mamaya selama ini memang selalu tidak berkenan dengan perangai abangnya itu. Hanya papa yang tidak pernah bersuara!

“ Mama tau Ary tak macam tu kan?” Ary bertanya serius. Dia tidak mahu mamanya beranggapan sikapnya sama dengan abangnya yang satu itu.
“ Mama tau sayang..mama kenal anak-anak mama..” Aunty Sarah menjawab lembut sambil memeluk lembut bahu anaknya itu..

“ Even Ary ni pun tak boleh percaya sangat..tapi mama tau pergaulan Ary masih lebih terbatas berbanding Ezy..” Ary yang mendengar merasa tenang. Selama ini memang mama yang lebih memahami hatinya berbanding papa. Oeh kerana itu Ary lebih suka berkongsi segala masalah dengan mamanya

“ Biasa la ma..papa tu manjakan dia sangat..mana la dia tak besar kepala..” Ary menjawab perlahan. Lantas dia teringat pula pada adiknya..Ahmad Farel Fahrezan. Adiknya yang satu ini pula lain perangainya. Ejan agak pendiam namun adiknya itu tidak pula membawa masalah pada keluarga. Ejan lebih gemar mengisi masa dengan hobinya yang satu itu sejak di sekolah menengah iaitu menyelam. Pelbagai pulau di sekitar Malaysia telah dilawati oleh adiknya itu. Mama dan papanya pula langsung tidak membantah asalkan adiknya masih pandai membahagikan masa dan sedar akhirnya dia perlu turut sama membangun syarikat peninggalan arwah datuk mereka itu.

“ Ary masih tak nak carik somenone yang special ke sayang? Ke Ary ada rahsiakan apa-apa dari mama?” Aunty Sarah akhirnya menyambung bicara dan mematikan lamunan Ary. Dan dia juga sengaja menyerkap jarang sebenarnya. Selama ini dia tahu sikap Ary yang susah untuk memberikan komitmen pada satu perhubungan. Namun sejak akhir-akhir ini ada perubahan yang dikesan pada anaknya itu. Mungkin Ary sudah menemui seseorang yang istimewa..benaknya mentafsir..

“ Entahla ma..Ary sendiri masih keliru dengan hati Ary..” Ary terus jujur mengakui. Kalau dengan mamanya Ary tidak pandai berahsia. Ary selesa untuk berkongsi apa sahaja dengan mamanya. Mungkin juga kerana mamanya itu sentiasa menjadi penyokong dan pengkritik tetapnya.

“ What are you trying to say? You wanna say that yourself even do know what is actually deep inside of your heart? ” Aunty Sarah bertanya lembut. Ary yang mendengar pantas cuba untuk mentafsir maksud kata-kata mamanya itu.

“ Maksud mama?” Ary bertanya pula.
“ Maksud mama simple je. Kalau Ary sendiri pun tak tahu atau tak pasti dengan apa yang Ary nak..dengan apa yang Ary rasa..Ary rasa ada ke orang lain yang boleh tolong Ary untuk interpretkan pulak apa yang Ary rasa?” Ary pantas menggeleng. Sebenarnya dia agak pening mendengar ayat mamanya yang dirasakan agak berbelit itu.

“ Tau pun. So firstly yang Ary perlu tahu sebelum Ary buat apa-apa Ary kene betul-betul faham hati Ary sendiri. Yakinkan diri dan hati Ary..betulke itu yang Ary nak?” Ary hanya diam mendengar penerangan mamanya. Aunty Sarah yang perasan Ary seperti tidak memahami lantas menyambung bicara semula..

“ Senang cerita tanya hati Ary sendiri..betul ke dia yang Ary cinta..yang Ary sayang..Betul ke dia yang Ary nak untuk berkongsi hidup dengan Ary..susah dan senang..atau perempuan tu cuma kawan. Ada atau tiadanya dia dalam hidup Ary langsung tak memberikan apa-apa kesan..ada faham? “ Aunty Sarah bertanya. Ary yang menjadi pendengar setia dari tadi pantas tersenyum dan mengangguk. Akhirnya..sedari tadi mamanya membebel baru kini dia memahami maksud kata-kata mamanya..

“ Yes madam. Sangat faham..thanks ma..” Ary pantas mengenggam erat tangan mamanya. Ary seolah beroleh keyakinan dan semangat. Dia pantas mengelamun andai Anisa pergi jauh dari hidupnya..isy..tak boleh2! Boleh mereng aku dibuatnya..jerit Ary di dalam hati. Dia semakin yakin dengan isi hatinya..
“ Boleh mama tau siapa yang dah berjaya mencuri hati anak mama ni? “ Aunty Sarah bertanya lanjut. Dia ingin tahu apakah dia mengenali wanita itu dan jika dia mengenalinya adakah wanita itu sesuai untuk dijadikan isteri dan sekaligus menantunya?

Ary yang mendengar hanya tersengih. Tidak pasti adakah dia perlu terus memberitahu atau menyembunyikan dahulu gerangan pemilik hatinya kini..
“ One day you will know ma..Sekarang bukan masanya lagi..” Ary pantas menjawab lembut. Aunty Sarah yang mendengar hanya tersenyum dan tidak memaksa. Kerana dia tahu Ary..pasti suatu saat Ary sendiri yang akan bercerita tanpa dia perlu bertanya. Doanya moga wanita itu wanita yang baik-baik..

“ It’s up to you sayang..But if Ary nak lebih yakin..doa dan mintak petunjuk. Apa-apa pun jodoh tu di tangan ALLAH..DIA yang lebih tahu..” nasihat Aunty Sarah lagi
“ InsyaALLAH ma..Ary ingat pesan mama.” Ary menjawab lagi.
“ Dan kalau Ary dah betul-betul yakin..you must work very hard for it! Kalau dah terlepas ke tangan orang lain Ary jugak yang gigit jari nanti..” tambah Aunty Sarah lagi. Ary hanya tersenyum dan memproses pesan mamanya yang terakhir itu.

“ Ok sayang mama keluar dulu. Nak pergi tengok papa Ary buat apa. Jangan tidur lambat..” Aunty Sarah akhirnya meminta diri dan menepuk lembut paha anaknya
“ Ok ma..” jawab Ary sambil memegang lengan mamanya. Dan apabila Aunty Sarah mula bangun Ary pantas menarik lembut lengan mamanya dan Aunty Sarah berpaling semula..
“ Thank you so much ma..” Ary berkata lembut..
“ Your welcome sayang..good night..” Aunty Sarah menjawab dan terus keluar dari bilik anak bujangnya itu.
“ Good night ma..” Ary menjawab dan hanya memerhatikan langkah mamanya.

Setelah mamanya keluar Ary meraup mukanya berkali-kali. Hatinya kini lebih tenteram dan pesan mamanya agar dia memohon petunjuk berlegar-legar. Wait for me Nisa!! Jerit Ary di dalam hati..

Saturday, May 23, 2009

Namamu Terpahat Dihati (18)

Dalam diam Anisa memerhati peribadi lelaki di sebelahnya itu..hatinya berdetik..Ary sebenarnya berguna juga dibuat kawan. Setelah agak lama dia merantau mencari ilmu di sini Ary boleh dikatakan kawan yang agak rapat dengannya ketika ini selain teman-teman serumahnya. Walaupun kadangkala kerana Ary hidupnya menjadi huru-hara..kehadirannya dibenci orang..namun tidak dapat dinafikan kehadiran Ary mampu membuatnya lupa seketika tentang Azril. Kerana selama bersama Ary mulutnya seakan tidak pernah letih untuk membebel dan hatinya selalu ingin marah sekaligus membuat dirinya kesuntukan masa untuk mengingati Azril nun jauh di tanah air..

Namun sejujurnya hanya sekadar itu pandangannya mengenai Ary. Hanya sebatas teman yang boleh diandalkan. Sayang sebagai seorang teman biasa yang dianggap boleh menceriakan hidupnya. Hanya itu! Kerana di dalam hatinya Ary seakan telah dicop sebagai seorang playboy..Meskipun sifat buruk Ary itu tidak terlalu ketara namun sikapnya yang sentiasa mesra dan berlebihan terhadap perempuan-perempuan di sekelilingnya tidak disenangi oleh Anisa. Bukti utamanya Melly! Dari situ dia boleh menilai Ary dari suatu sisi yang berbeza..agak tidak sesuai dibuat suami andai diberi pilihan..

Namun jauh di suatu sisi juga dia bersyukur kerana setidak-tidaknya usaha untuk melupakan Azril sedang dilaksanakan apabila masanya sentiasa diisi dengan pertengkaran bersama Ary. Biarpun hatinya masih perit untuk menerima kenyataan itu..namun kewarasan akalnya juga sentiasa berfikir tentang realiti dan kenyataan yang terbentang luas di depan matanya. Tidak mungkin Azril yang kini sudah sah menjadi suami orang akan menjadi miliknya pula..mustahil! Hati kecil Anisa menjerit..

Ary yang sudah lama menghabiskan burgernya memandang Anisa di sisi. Burger Anisa masih bersisa separuh..makan macam kura-kura pulak hari ni..selalu cepat je abis..detik hati Ary. Dia lantas merenung seraut wajah Anisa di sisinya yang sedang termenung jauh..berangan je kerjanya! Bahunya lantas disenggolkan ke bahu Anisa untuk menyedarkan gadis itu daripada terus mengelamun..

Tindakan drastik Ary yang juga terus mengambil burger di tangan Anisa setelah menyenggol bahunya tadi menyedarkan Anisa..

“ You kalau tak habis bagi je kat I..I sure boleh habiskan dengan sekali ngap je..” Ary selamba berkata sambil tangannya terus membuka bungkusan burger yang tinggal separuh itu. Anisa pantas merampas burger itu semula..

“ Amboi! Lebih-lebih dah nie..I tak kata apa pun..jangan tamak! You punya kan dah habis..dah la..” Anisa pantas membebel geram. Ary pantas tersenyum mendengar bicara mulut comel itu..

“ I ingat you dah kenyang berangan dari tadi..” Ary menjawab sinis. Namun Anisa hanya diam tidak menjawab sambil terus mengunyah burgernya itu..Ary pelik..

“ Nisa..are you okey? “ Ary bertanya lembut. Anisa jarang bersikap seperti ini..pasti ada sesuatu yang sedang difikirkannya. Entah kenapa jauh di sudut hati Ary risau..selebihnya dia terasa ingin menjadi seseorang yang boleh berkongsi segala masalah yang dihadapi oleh gadis yang semakin mula mencuri hatinya itu..

Anisa berpaling mendengar keprihatinan Ary. Reti jugak kau macam mana nak ambil tahu pasal orang di sekeliling kau ye? Anisa berkata di dalam hati..

“ Tak de pape la..I’m okey..” Anisa menjawab ringkas sambil matanya dihalakan semula merenung jauh ke depan. Ye ke tak de pape? Getus hati Ary. Ary pantas menyusun bicara. Hatinya terlalu ingin tahu apa yang tersembunyi di dalam hati gadis ini..

“ Nisa..I sedar sometimes kehadiran I dalam hidup you buat you pening..berserabut. Sampaikan you mula ada musuh di sini disebabkan I..” Anisa berpaling apabila dia mula mengesan kelembutan dalam bicara lelaki itu.

“ Tapi sejujurnya I rasa bertuah dapat kenal dengan you..You know why? Becoz at least I dapat kenal dengan seorang kawan yang selalu akan tegur salah dan silap I. Even sometimes I tak berkenan jugak dengan cara you tegur I..” Anisa tergelak kecil mendengar bicara Ary..

“ Sebab I rasa you kawan I la I tegur you. Kalau tak, I tak kisah apa nak jadi kat you..” Anisa menjawab ringkas. Ary semakin tertawan mendengar bicara ringkas gadis itu.

“ So, kalau you anggap I sebagai kawan you..tak salah if you wanna tell me about your problem. Even I’m not a good friend but maybe I can be a good listener..hopefully..” Ary menjawab tenang sambil tersenyum manis. Kawan? Aku akan pastikan one day aku bukan setakat kawan tapi seseorang yang istimewa di hatimu sayang..bisik dan janji Ary di dalam hati..

Anisa terdiam mendengar bicara Ary. Bolehkah Ary menjadi seseorang untuk dikongsi apa yang selama ini tersimpan kemas di hatinya? Tidak rasanya..meskipun niat Ary baik namun dia belum cukup mengenali peribadi lelaki ini. Walaubagaimanapun Anisa akui, di sebalik sikapnya itu Ary masih punyai sifat-sifat yang baik. Buktinya apabila ditegur lelaki itu masih boleh sedar dan berubah. Lagipun selama mengenali Ary lelaki itu tidak pernah mengambi kesempatan ke atas dirinya. Mungkin Ary menghormati pendirian dan prinsipnya. Tika bersamanya Ary seolah berubah karakter daripada seorang lelaki playboy kepada seorang lelaki nakal yang kadangkala menghiburkan..

“ I really miss him..” akui Anisa perlahan namun cukup menusuk ke dalam hati Ary yang menunggu bicara Anisa sedari tadi..

Ary terpempan! Anisa merindui seseorang? Him? Maksudnya seorang lelaki? Anisa sudah berpunya ke? Kenapa selama ini dia tidak tahu? Atau kenapa selama ini dia tidak pernah terfikir akan kemungkinan itu?

Ary serba tak kena. Hatinya pedih mendengar pengakuan jujur gadis itu. Selama dia mengenali Anisa dia tidak pernah mendengar Anisa bercerita mengenai seseorang yang istimewa di hatinya..Eh, tapi selama ni pun kerja aku asyik gaduh dengan dia..tak kan tiba2 dia nak beritahu pada aku? Pelbagai persoalan berlegar di benaknya tanpa terluah..Kenapa bila hatinya mula jatuh sayang pada Anisa baru dia terfikir dan sedar akan kemungkinan-kemungkinan itu? Pada matanya Anisa cukup sempurna..Jadi tidak mustahil andai hati gadis itu sebenarnya telah dimiliki oleh seseorang. Ary merasakan hatinya cukup kecewa..

“ You mean your special someone?” Ary bertanya perlahan namun hatinya resah menanti jawapan Anisa. Anisa tergelak perlahan..

“ He is very special inside of my heart but yang pasti I bukan yang teristimewa di hati dia..” Anisa menjawab perlahan. Namun ada sendu dalam bicaranya yang dapat dikesan oleh Ary. Ary hampa..nampaknya Anisa sangat menyayangi seseorang itu..Walaubagaimanapun Ary pelik mendengar jawapan Anisa..tapi kenapa pulak macam tu?

“ Maksud you?” Ary bertanya lagi. Hatinya berkocak hebat ingin mengetahui perihal lelaki yang disayangi Anisa itu. Anisa tertoleh mendengar pertanyaan Ary itu..

“ Hai banyak tanya nampak? ” Anisa lantas mengubah topik kerana tidak mahu Ary terlalu mengetahui tentang cerita hidupnya. Biarlah ia tersimpan kemas di dalam benaknya..

“ Tak boleh ke I tanya? “ Ary bertanya tidak puas hati. Anisa seakan sengaja tidak mahu menjawab pertanyaannya..

“ Mestilah tak..you bukan suami I yang I perlu cerita semuanya pada you..” Anisa sengaja menjawab begitu agar Ary marah. Apabila Ary marah pasti lelaki itu tidak akan terus bertanya. Terasa menyesal pula membuka cerita tadi..

Ary terkesima mendengar jawapan Anisa. Cukup sinis pada pendengarannya..

“ So kalau macam tu you kahwin je la dengan I..Bukan setakat cerita you yang you perlu kongsi dengan I. But everything..” Anisa terkejut mendengar jawapan Ary itu. Aduh..dah start mereng dah kepala otak mamat ni..

“ Ha..you ni dah mula la kan? Sucikan sikit kepala otak you tu..” Anisa menjawab geram.

“ Actually I rindu dengan adik I la..And my Mak Su..” Anisa sengaja memberikan jawapan yang lain bagi mengaburi Ary. Ary kecewa mendengar jawapan Anisa. Bukan jawapan itu yang diinginkan. Tapi biarlah..mungkin saat ini Anisa belum bersedia menceritakan kisah hidupnya pada aku..Ary berjeda di dalam hati. Dia tidak mahu memaksa..Lantas dia hanya mengikut rentak Anisa..

“ What’s wrong with your Mak Su? Dia sakit ke? “ Ary kembali menunjukkan sikap prihatinnya. Selebihnya dia memang ingin tahu perihal keluarga Anisa. Siapa sebenarnya yang telah mendidik gadis ini sehingga mampu membesar menjadi seperti sekarang? Seorang gadis yang sangat sederhana namun mempunyai keperibadian yang sangat indah..

“ Entahlah..adik I cakap Mak Su selalu sakit-sakit dada sekarang..tapi Mak Su I tu degil..dia tak mahu ke klinik..” Anisa menjawab tenang. Ary tersenyum..

“ Kenapa la you sibuk-sibuk fikir pasal Mak Su you? Your parents you tak kisah pulak? “ Ary bertanya kembali. Anisa hanya tersenyum. Lupa yang Ary tidak pernah tahu tentang kisah hidupnya yang satu itu. Hanya Aunty Sarah yang tahu. Mungkin Aunty Sarah tidak pernah bercerita pada Ary.

“ Actually mama dan papa I dah lama meninggal. Since I dan adik I kecil lagi..” Ary terkejut mendengar cerita Anisa. Dia tidak pernah tahu selama ini bahawa Anisa adalah anak yatim piatu..

“ Sejak arwah mama dan papa I meninggal dalam satu kemalangan..Mak Su yang bersusah payah membesarkan I dan adik I sampai sekarang. I tak tahu apa nak jadi dengan hidup I dua beradik kalau Mak Su I tak de..” Anisa bercerita sambil bergenangan air mata. Dia jarang menceritakan kisahnya yang satu itu pada orang kerana dia mudah untuk menitiskan air mata apabila mengingati arwah papa dan mamanya..

“ Nisa..I’m sorry. I tak tahu yang..” belum sempat ayatnya dihabiskan Anisa sudah memotong..

“ It’s okay..I memang jarang nak cerita pada orang. Jadi tak ramai yang tahu. Even rakan serumah I pun tak tahu..” Anisa menjawab lembut..

Ary semakin kagum melihat semangat gadis itu. Di sebalik sikapnya yang sentiasa ceria itu rupanya ada sebuah kisah duka yang disimpan di dalam hatinya..

Petang hari itu banyak yang dibualkan oleh Ary dan Anisa. Sedikit sebanyak ada juga kisah mengenai Anisa yang telah diperolehnya..setelah berbual panjang barulah mereka pulang ke rumah masing-masing.

Thursday, May 21, 2009

Namamu Terpahat Dihati (17)

Pap! Anisa terkejut apabila buku dihadapannya yang sedang dibaca ditutup oleh seseorang. Daripada menunduk, kepalanya diangkat ke atas untuk melihat siapa gerangan orang yang mengacaunya itu sambil memakai cermin mata tanpa bingkainya..

Isy, muka dia ni lagi..getus Anisa di dalam hati sambil menjeling dan membuka semulanya bukunya tadi. Sudah lebih kurang empat hingga lima hari bayang Ary tidak kelihatan dan kini lelaki itu muncul semula mengganggu ketenteraman hidupnya. Anisa tidak berani mengeluarkan suara untuk memarahi Ary kerana kini mereka berada di dalam perpustakaan. Ary lantas tersenyum lebar dan duduk di kerusi yang terletak bertentangan dengan Anisa. Mereka berkongsi satu meja yang sama.

Hai..tak pernah hayat aku dok study kat library macam ni..Ary berkata di dalam hati. Niatnya hanya untuk mengganggu Anisa kerana tadi dia sendiri yang ternampak Anisa memasuki perpustakaan itu. Sudah agak lama dia tidak menyakat Anisa..Ary melihat Anisa sedang menulis sesuatu di atas kertas dan kertas itu lantas dihulurkan kepada dirinya

Dun disturb me ok!

Ary membaca nota ringkas gadis di hadapannya itu sambil tersenyum sumbing.

Jangan perasan la makcik! You ingat library ni you punya ke?

Ary membalas nota ringkas gadis di hadapannya dan menyerahkan semula kertas tersebut kepada Anisa. Anisa yang membacanya hanya mampu melihat Ary sudah membuka buku yang dibawanya tadi. Ary sempat juga tersenyum ke arah Anisa dan mengenyitkan matanya.

Gila! Bebel Anisa di dalam hati..Lantak kau lah janji kau tak kacau aku. Cermin mata tanpa bingkainya lantas dibuka dan diletakkan di tepi buku tersebut. Sebenarnya jarang cermin mata itu dipakai kerana Anisa merasa rimas. Dan dia juga malas untuk menggunakan kanta lekap yang memerlukan penjagaan yang lebih. Lebih baik dia memakai cermin mata sahaja yang boleh dipakai dan dibuka pada bila-bila masa yang dia suka. Ary hanya memandang perilaku gadis dihadapannya itu..

Anisa lantas menyambung pembacaannya tadi. Ada maklumat yang perlu dicari bagi menyelesaikan tugasan yang seterusnya. Lagipun dia tidak betah berlama-lama di situ. Dia bukanlah jenis pelajar yang suka tercanguk belajar di library. Otaknya tidak boleh menerima ilmu dalam keadaan yang terlalu sunyi begitu. Rasa mengantuk lagi adalah! Oleh kerana itu sejak di bangku sekolah lagi Anisa suka belajar sambil mendengar lagu. Dulu di zaman sekolah dia mendengar walkman, kemudian di universiti Mak Su membelikannya MP4 dan kini laptopnya yang menjadi peneman. Lagu sering diputar melalui laptopnya itu..


Suasana yang sangat tenteram membantu Anisa memberikan fokus yang lebih dalam melakukan tugasnya itu. Berulangkali buku tebal di hadapannya itu dibuka depan dan belakang. Perkara itu diulang pada 2 hingga 3 buah buku yang lain. Haisy..tak jumpa juga…payahnya tajuk nie..Anisa membebel di dalam hati. Ary dihadapannya dipandang. Lelaki itu tampak fokus dalam membaca notanya itu..namun sesekali dia lihat Ary menguap tanda lelaki itu mengantuk..

Ary akui minit-minit pertama dia masih mampu memberikan tumpuan terhadap nota yang dibacanya. Nota yang baru disalin dari kelas yang dihadirinya tadi sebelum dia mengikuti Anisa memasuki perpustakaan itu. Namun lama-kelamaan dia rasa mengantuk. Hendak diganggu Anisa di hadapannya itu dia tidak sampai hati pula. Anisa kelihatan sangat fokus dalam melakukan tugasannya. Kadangkala gadis itu termenung jauh, terkumat-kamit dan kadangkala dahinya berkerut seribu. Macam nak fikir masalah negara jek..Ary menyimpul di dalam hati. Dia suka melihat telatah Anisa itu...

Entah kenapa jauh di lubuk hati dia senang ketika berada bersama Anisa. Dia tidak perlu berlagak macho seperti ketika berhadapan dengan gadis lain. Eh..berlagak macho? Haha..Ary akui Anisa seorang gadis yang sangat sederhana namun masih berpegang teguh pada ciri ketimuran. Gadis itu sentiasa menjadi dirinya sendiri..itu yang mengusik sekeping hati lelakinya. Selama ini Ary menganggap perempuan semua sama..mendekatinya kerana raut wajahnya dan penampilan dirinya. Namun Anisa yang dikenali tidak begitu..jauh fikirannya melayang dan hanya tersedar apabila Anisa menghulurkan sekeping kertas yang sama digunakan tadi…

Sayang..u boleh tolong I x? I tengok dari tadi u menguap. Daripada u tido better u tolong I..dapat pahala..

Ary yang membaca nota tersebut lantas menoleh ke arah gadis di hadapannya itu. Hai, datang dah perangai tak serupa orang dia tu..Ary mengesan di dalam hati. Nak mintak tolong aku terus jadi gedik macam ni ke? Ary menokok di dalam hati. Dia melihat Anisa di hadapannya membuat muka mengada tanda gadis itu memerlukan pertolongannya. Hai..jangan lah buat muka macam tu..tak tahan aku tengok..Ary berkata gatal di dalam hati. Tidak terluah dek bibirnya kerana kalau Anisa dengar alamat
mengamuk sakanlah gadis itu.

Sebenarnya dari tadi lagi Ary perasan yang Anisa seperti masih tidak menemui apa yang ingin dicari namun dia tidak mahu bertanya kerana takut dirinya mengganggu.
Namun jika gadis itu ingin meminta pertolongannya dia tidak kisah untuk membantu. Sedari dulu dia percaya pada satu prinsip bahawa ilmu itu perlu dikongsi agar ia lebih difahami dan barulah ilmu itu sendiri nantinya dapat memberikan manfaat buat diri kita. Itu juga pesan papanya. Walaupun dia tidak mengambil jurusan yang sama dengan Anisa mungkin masih ada suatu pendapat yang boleh diberikan yang seterusnya boleh membantu gadis itu..fikirnya di dalam hati. Lantas kertas tadi dicoret dengan suatu ayat dan diserahkan kepada Anisa..

Anything 4 u sayang..
Anisa terasa ingin muntah membaca nota ringkas balasan Ary itu. Sebenarnya dia sengaja berkelakuan sebegitu. Ingin meminta tolong namun lebih memilih untuk meminta dalam gurauan kerana dia takut menyusahkan Ary. Dia memerlukan pandangan dan pendapat seseorang tika ini kerana otaknya seakan tidak mampu mencerna tajuk yang diterima di dalam tugasan kali ini. Lagipun daripada dia tidur! Haisy buang masa tu..bebel Anisa di dalam hati. Sesudah membaca nota balasan Ary Anisa pantas tersenyum dan terus menukar posisinya dengan duduk di sebelah Ary..

Segala buku yang dicari tadi disuakan pada Ary dan tajuk tugasannya ditunjukkan. Dengan bisikan Anisa bertanya kepada Ary sambil matanya melilau-lilau keadaan sekeliling takut ada yang terganggu..

“ Apa yang you faham bila you baca tajuk ni? Otak I stuck la..tak boleh fikir..” Anisa berbisik sambil berkerut..

Ary yang melihat wajah Anisa di sisinya dalam jarak dekat semakin tertawan pada gadis itu. Raut wajah Anisa sentiasa menunjukkan riak tidak bersalah..eh, memang tak bersalah pun. Namun setelah itu dia kembali serius kerana yakin Anisa memerlukan pertolongannya..

“ You tau kan I tak tahu langsung apa yang you amek nie? Tapi I’ll try..I will give my opinion to you..ok sayang? “ Ary bertanya serius namun masih berbisik..

Anisa yang mendengar jawapan Ary itu pantas tersenyum dan mengangguk berulangkali. Itu sudah memadai andai ada orang lain yang ingin memberikan pendapat. Sedikit sebanyak ia boleh membantu..getus Anisa di dalam hati.

Selepas itu bemulalah sesi Ary mengeluarkan segala pendapatnya mengenai tajuk tugasan Anisa itu. Kadangkala andai Anisa tidak faham dia akan bertanya. Tidak kurang juga mereka bertikam lidah kerana berlainan pendapat. Namun yang pasti semuanya diucapkan secara bisikan sama ada oleh Ary mahupun Anisa. Tanpa mereka sedari, kemesraan di antara mereka semakin erat terjalin. Sifat Anisa yang sentiasa tidak mahu mengalah juga sifat Ary yang sentiasa ingin menang menjadikan mereka lebih akrab.

Setelah 1 jam berada di dalam perpustakaan itu Anisa mengajak Ary untuk pulang kerana sudah letih berfiir dan terus berfikir. Mereka beriringan keluar dari perpustakaan tersebut dan tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang sentiasa memerhatikan gerak-geri mereka dengan perasaan marah dan geram..

“ Ary, kita duduk dulu kat bangku biasa tu boleh? I belanja you makan burger..” Anisa pantas bersuara apabila mereka masih berada di dalam kawasan universiti. Niatnya membelanja Ary hanya sebagai sebuah ucapan terima kasih kerana Ary sudi untuk membantunya. Dalam diam Anisa mengakui Ary sebenarnya seorang teman yang baik. Persis Azril..detik hatinya. Cuma kadangkala perangai lelaki yang bersamanya kini boleh mengacau-bilaukan ketenteraman hidupnya..

Ary yang mendengar lantas berpaling dan sedikit terkejut..

“ You demam ke kene sawan? Baik semacam je dengan I. You jangan nak ambil kesempatan eh. You tau kan I lemah sikit kalau ada sesiapa nak tackle I? Maklumlah I kan..” belum sempat Ary menghabiskan ucapannya Anisa pantas memintas..

“ Boleh tolong tak? Sehari je dalam hidup you tu jangan jadi perasan sangat? “ Anisa menjawab geram. Ada pulak aku nak tackle dia? Yaksss..please!! Anisa mencebik di dalam hati.

“ I ni masih tau cara nak berterima kasih pada orang yang dah tolong I..” Anisa menambah sinis. Sengaja memerli Ary secara terang-terangan..

Ary yang mendengar terasa dengan ucapan Anisa itu. Sedar Anisa memerlinya yang dahulu pernah tidak reti untuk mengucapkan terima kasih di atas pertolongan yang telah dihulurkan..

“ You pun boleh tak sehari je dalam hidup you tu, jangan suka perli I? I taulah I tak baik mana..” Ary menjawab perlahan seperti nada orang merajuk..

Anisa yang mendengar tersenyum..hai, tau pulak kau nak terasa? Ingatkan hati batu..tak de perasaan..Anisa berkata di dalam hati.

“ Hai..jangan lah merajuk. Buruk da rupanya. Kata macho? “ Anisa menjawab sambil tergelak kecil..

“ Dah..you pergi tunggu sana. I pergi beli sekejap. Bawakkan buku I ni dulu..” Anisa pantas menghulurkan buku yang dipegang sedari tadi dan terus meninggalkan Ary. Ary yang tidak sempat berkata apa hanya mampu menurut pesan Anisa itu. Dia pantas menuju ke arah bangku yang telah lama menjadi saksi persahabatan mereka itu. Eh, bersahabat tu tak lah sangat..lebih kepada menjadi saksi pertengkaran di antara mereka..

Lebih kurang 15 minit menunggu Anisa kembali bersama dua biji burger dan dua cawan air..

“ Sory, I cuma mampu belanja you ni jek. I belum kaya lagi..” Anisa berkata sambil menyerahkan makanan dan minuman kepada Ary. Ary pantas menerimanya sambil tersenyum..

“ It’s okey..” Ary menjawab ringkas dan lembut. Dia masih tau untuk berbahasa kepada orang yang baik dengannya..

Selepas itu, keadaan menjadi sunyi di antara mereka. Masing-masing melayang memikirkan perkara lain sambil menikmati burger yang masih panas itu. Sesekali mata Anisa tertoleh kepada susuk lelaki di sebelahnya itu…

Monday, May 18, 2009

Namamu Terpahat Dihati (16)

“ Nia tak kisah kan sayang? “ tanya Azril kepada isterinya sambil tenang memandu
“ Isy..tak lah..lagipun kan ke Shahrul dah jemput kita. Tak baik pulak kalau kita tak datang. Apa kata dia nanti..” Azril semakin tenang mendengar bicara isterinya..

Mulanya Azril agak keberatan apabila rakan sepejabatnya Shahrul mengundang dirinya dan Dania ke majlis potong jambul dan aqiqah anak pertamanya. Shahrul menjawat jawatan yang sama dengan Azril iaitu sebagai seorang jurutera perunding di sebuah syarikat pembinaan yang terkemuka di ibu kota. Shahrul merupakan teman sekerja yang rapat dengan Azril namun Shahrul terlebih dahulu menjawat jawatan tersebut berbanding dirinya.

Azril takut pada mulanya untuk mengajak Dania. Takut hati isterinya terusik. Takut hati isterinya terasa apabila melihat Shahrul yang lebih lambat berkahwin berbanding mereka sudah menimang cahaya mata. Azril merasakan hati isterinya sudah cukup terbeban. Namun itulah Dania..ketenangan tetap hadir dalam hatinya untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang..

Sejak Dania menceritakan hal yang sebenar mengenai keadaan dirinya setelah melakukan medical check up, Azril dapat merasakan isterinya itu sudah kembali ceria. Mungkin sebelum itu Dania takut Azril tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Tidak dapat menerima kenyataan bahawa rahimnya tidak cukup kuat untuk membolehkan dirinya mengandung. Takut jika dia tidak mahu bersama berkongsi masalah yang dihadapi..namun hakikatnya Azril bukan begitu..

Pada mulanya Azril sendiri terkejut. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh isterinya itu. Namun Azril mencuba untuk berfikir sejernih mungkin. Acap kali hatinya beristighfar..Inilah dugaan terbesar yang pernah hadir dalam hidupnya! Dan Rehan! Kepada Rehanlah segala masalahnya ditumpahkan, diceritakan..dan air matanya hampir gugur saat menceritakan hal tersebut kepada Rehan.

Namun Rehan tetap Rehan. Adiknya tetap di sisi..meminjamkan segunung kekuatan buat dirinya untuk terus bertahan. Hanya Rehan yang tahu. Dia tidak sanggup berkongsi berita memilukan itu bersama ahli keluarganya yang lain. Azril tidak mahu maruah isterinya jatuh di hadapan keluarganya sendiri. Dia bercerita kepada Rehan juga kerana hatinya sesak menerima berita itu..

Redha! Itu pesan Rehan. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Sememangnya hasil pemeriksan doktor itu selalunya tepat. Tapi doktor juga seorang manusia biasa. Apa kudrat seorang manusia hingga dia mampu memastikan bahawa seorang wanita itu tidak mampu mengandung? ALLAH memegang kuasa penuh dalam mencorakkan hidup setiap hambaNYA. Jika suatu saat DIA mengatakan ya, pasti semua akan terjadi. Jika ALLAH menghendaki Dania mengandung..pasti suatu saat hal itu akan terjadi dan ketika itu..segala hasil pemeriksaan doktor tidak langsung memberikan apa-apa makna…

Itu pesan Rehan pada dirinya yang sehingga kini masih tersemat kukuh dihatinya. Rehan sememangnya seorang adik yang sangat memahami. Setengah semangat hidupnya pasti hilang jika Rehan tiada untuk memberikan sokongan. Azril sendiri kagum dengan Rehan..mungkin juga kerana Rehan menerima didikan di sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama..jadi nasihatnya sentiasa berisi dengan penekanan bahawa walau apa pun yang terjadi kita perlu kembali pada jalan ALLAH. Namun setiap orang yang tidak mengenali Rehan yang sebenarnya pasti tidak menyangka adiknya begitu kerana segala ilmu agama yang penuh di dadanya dibayangi oleh perangai adiknya yang cukup gila itu.

Berbekalkan doa yang berterusan, cinta yang cukup mendalam buat Dania juga semangat yang ditiupkan oleh Rehan..Azril mampu menerima kekurangan yang ada pada isterinya itu. Sehingga kini hidupnya masih bahagia bersama Dania dengan doa yang tidak putus-putus dipanjatkan pada YANG MAHA ESA, agar dia dan isterinya diberikan kesempatan untuk memegang amanah bagi mendidik seorang hamba ALLAH iaitu anak..

“ Abang tak nak turun ke..?” tanya Dania sambil merenung suaminya yang masih belum mematikan enjin kereta meskipun sudah berada di hadapan rumah Shahrul..
“ Ha..?” Azril tersedar. Rupanya sedari tadi dia memandu bersama hati yang jauh menerawang..
“ Urm..ye2..nak turun la ni..” Azril menjawab pantas sambil tangannya mematikan enjin kereta dan mendapatkan isterinya yang telah dulu bergerak menuju ke rumah Shahrul

Di rumah Shahrul majlis potong jambul dan aqiqah yang diadakan berjalan dengan lancar. Dan setelah majlis selesai dan semua penduduk taman di tempat tinggal Shahrul sudah beransur pulang..Azril dan Dania mengambil kesempatan untuk melihat anak Shahrul dan isterinya Suraya dengan lebih dekat..

“ Boleh saya dukung dia sekejap..?” tanya Dania pada Suraya, isteri Shahrul. Azril yang mendengar permintaan isterinya itu mampu mengesan nada suara Dania yang sayu..mungkin orang lain tidak perasan namun dia cukup mengerti isterinya itu. Azril yang duduk di sisi Dania memeluk erat bahu isterinya itu sambil tersenyum..Pelukan erat itu memberikan Dania ketegaran untuk tetap bersikap seperti biasa..

“ Boleh Nia..” Suraya pantas menjawab sambil menghulurkan bayinya kepada Dania. Dania tanpa rasa kekok mengendong bayi itu dan mencium pipi bayi tersebut yang dinamakan Mohd Amirul Fahmi berulangkali. Azril di sisi turut mengambil kesempatan untuk mencium pipi bayi yang comel itu. Azril dapat melihat wajah keibuan yang ada pada Dania. Dia pasti hati isterinya itu sedang merintih..andailah bayi yang dikendong itu bayi mereka..

“ Ambil berkat sikit Nia..mana tahu esok lusa you dengan Ril pulak dapat anak..” Shahrul yang sedari tadi melihat akhirnya bersuara. Azril dan Dania hanya mampu tersenyum dan mengaminkan kata-kata Shahrul itu. Dan setelah berbual kosong hampir setengah jam..akhirnya Azril dan Dania meminta diri untuk pulang.



---------------------------------------------------------------------------------

Buzz!! Anisa menoleh apabila laptopnya berbunyi.. Anisa tersenyum melihat kotak YM yang tertera di skrin laptopnya..Terpampang gambar Imran bersama Umairah di bucu kanan kotak tersebut..Isy, gambar baru lg..berdating je kejenye..getus hati Anisa..

Imran : Hai sis..miss u..any new story?

Anisa pantas menaip..

Anis Nisa : Miss u too. Nope. Stuck wif lots of assingmnt la dik..Im chat? Mak Su?
Imran : Alhamdulillah Im chat2 jek..tgok gmbar r beb..ae 2 Im g genting ngan Maira..=)
Anis Nisa : Ingt cket dik..jgn slalu bwk ank dara org ke hulu ke hilir..x elok..
Imran : U hv nothing 2 worry sis..I know..Im belajar lagi..nanti apa kata mak ayah Maira..jgn hmpakn Mak Su..jgn hmpakan akak..crik keje yg baik dlu right? This are all that u r going to say kn..dah 8001 kali akak pesan!!
Anis Nisa : Jgn ingt je lbey..buat nye tidak!!
Imran : Baek!!

Anisa hanya tersenyum melihat telatah adiknya..

Anis Nisa : Eh,akak tanya td Mak Su chat x?
Imran : Urm..act Mak Su tak bg Im inf0rm pd akak..tkt akak susah hati ktenye..tp Im x sdap hati la..skng Mak Su slalu sakit2 dada..Im pn x tau knape..

Anisa terkejut membaca khabar dr adiknya..

Anis Nisa : Sakit dada? Im x ajk Mak Su pergi klinik?
Imran : Im nk bwk dy pegi klinik dy x nk..akak phm2 je la Mak Su 2..dy kate dy ok jek..dy kate myb dy pnat lately bnyk temphn..pdhal ap la plak kaitan bnyk temphn dgn sakit dada..isy2,x phm..x phm..
Anis Nisa : Im jgn sambil lewa jga Mak Su tau dik..Im je yg tinggl utk jga Mak Su..akak dah jauh..akak x nk sumething yg bruk jd..risau akak kat
cni nnt Im..

Anisa berpesan pada Imran dengan penuh kerisauan..

Imran : Dun worry sis..juz concentrate on ur stdy..Im kan ank lelaki..I know how 2 handle it..coz skng Im tgok keadaan Mak Su masih t’kwal lg.. klw dah teruk then dy masih degil..Im seret je Mak Su pegi klinik t..

Anisa tersenyum membaca balasan adiknya..jauh di sudut hati dia percaya pada Imran kerana selama ini Imran jugalah yang menjaga dirinya dan Mak Su mereka..namun keresahan di hati Anisa masih tidak dapat disembunyikan..

Anis Nisa : Ingt pengorbnan Mak Su pd kt dik..skng kt yg kene jga dy elok-elok..
Imran : Im tau kak..Im pun sayang Mak Su..lgpn skng Im x dok hostel lg..Im dok umah jek..berulang ke cmpus everyday..sbb Im risau..skng Im lg sng nk jga Mak Su..

Anisa lega sedikit. Dia dapat melihat kesungguhan Imran seperti apa yang sebelum ini dijanjikan oleh adiknya itu..iaitu untuk menjaga Mak Su mereka sepanjang ketiadaannya di Malaysia..

Anis Nisa : Baguslah mcm tu..n remember this..if anything happen u must tell me ok..even akak jauh akak perlu tau apa-apa pn yg jd..jgn Im diam je bile Mak Su x bg inform pd akak..
Imran : I know sis..Im takkan rahsiakn apa-apa dr akak..itu janji Im..eh akak my sweetheart call la kak..Im chow dlu ye..take a good care of urself tau.. I’m gonna miss u sis..bye

Akhirnya Imran meminta diri setelah menerima panggilan telefon dari buah hatinya Umairah..


Anis Nisa : U too bro..gonna miss u 2..send my regards 2 Mak Su..bye

Kelihatan kemudiannya Imran ‘offline’ dari laman YM nya..

Setelah tugasannya selesai 1 jam berikutnya, Anisa terus merehatkan diri dengan berbaring di atas katil. Namun matanya susah untuk lelap kerana terlalu mengingati Mak Su setelah menerima berita dari Imran..Anisa risau jika sesuatu berlaku sedangkan dia jauh di perantauan..
YA ALLAH..lindungi Mak Su..doa Anisa di dalam hati dan akhirnya dia terlena sebelum memulakan semula perjuangannya di sini pada esok hari.

Saturday, May 16, 2009

Namamu Terpahat Dihati (15)

Anisa akhirnya mengalah..
“ Ok..fine..dengar ye Mr Fahry..I dah maafkan you. So you tak payah susah-susah lagi fikir macam mana you nak mintak maaf kat I, ok? “ Anisa menjawb tenang..

“ Lagipun small the matter la..I pun salah jugak..I’m sorry too cause made you felt more terrible that day..” Anisa ikhlas meminta maaf..
Ary tersenyum lebar mendengar permintaan maafnya diterima..yes!

“ Same to me..small matter la..I tahu apa yang you cakap tu ada betulnya..I admit that..” Ary menjawab ikhlas..
“ And once again.. thank you so much about that nite..I bersyukur sangat ada you tolong I malam tu..” Ary menyambung bicara..
Anisa hanya mengukir senyuman..
“ Tu semua sebab DIA yang gerakkan hati I. Tak pernah-pernah I keluar rumah tengah-tengah malam macam tu..Tapi tu la.kuasa DIA..” Anisa menjawab..

“ Thank you sayang! That’s why I sayang you lebih..” Ary mengukir senyuman ala machonya..
Eh, apahal pulak ni? Urm..sudah!

“ You ni tarik I jauh-jauh suruh ikut you sebab you nak mintak maaf ke you nak menggatal? “ Anisa bertanya geram..Ary ni bukan boleh dilayan sangat! Aku dah maafkan kau dah kira cukup baik tau! Anisa menyimpul di dalam hati..

Gulp! Aduh..minah ni memang tak pernah nak screening lah soalan yang dia nak tanya..direct je..Ary berkata di dalam hati..

“ Ala you ni..garang sangat..main-main pun tak boleh..you tengah..” Ary bertanya sambil menunujukkan riak gatalnya…
Anisa perasan maksud pertanyaan Ary dan secepatnya dia memotong kata-kata Ary..
“ Dah2..stop it ok. I dah malas kalau otak you tu dah mula mereng..” Anisa berkata sambil melihat jam di tangannya..

“ Ary, I ada kelas petang ni. I nak cepat..So, please bukak gari you ni cepat! Mana kunci tadi? “ Anisa bertanya sambil matanya melilau mencari kunci yang dipegang Ary tadi..
“ Kunci? What kunci? “ Ary bertanya kembali..

Anisa menjadi bengang mendengar Ary bertanya kembali..
“ Kunci gari you ni lah! You nak ikut I masuk lecture ke?” Anisa bersuara geram..

Senyuman Ary melebar..
“ Gari ni? You bukak la sendiri..I yakin you boleh!..” Ary bersuara penuh keyakinan..

“ Fahry!! Jangan main-main boleh tak?” Anisa sudah mula bersuara tegas..
Ary semakin melebarkan senyumannya..
“ I’ll teach you how to open it! “ Ary bersuara lantas gari yang masih menghubungkan begnya dan tangan Anisa diletakkan atas meja. Lantas gari itu hanya direnggangkan untuk dibuka tanpa perlu menggunakan sebarang kunci..

Anisa yang melihat hanya terlopong..Dia mengelipkan matanya berkali-kali..
Ary pantas menutup kembali gari tersebut dan merenggangkannya kembali..serta merta tawanya mula pecah selepas itu. Dia lucu melihat reaksi Anisa yang ditipu hidup-hidup hingga tidak mampu berkata apa-apa!

Tak guna punya mamat! Kau tipu aku hidup-hidup? Anisa menjerit di dalam hati..
“ How dare you Ary! You tipu I mentah-mentah? “ Anisa menjerit geram..terasa mahu diketuk kepala pemuda di hadapannya berulang-kali..tawa Ary semakin kuat..

“ Hahahaha..sapa suruh you pun percaya mentah-mentah?” Ary menjawab sambil mengeluarkan duit untuk membayar harga minuman…

Tawanya semakin kuat..
“ Kesian you sayang..nah simpan gari ni buat kenang-kenangan” Ary menokok lagi sambil menyerahkan gari itu pada Nisa. Anisa menjeling geram. Hai, baik aku balik cepat! Gunung berapi dah nak meletup..Jerit Ary di dalam hati..

“ Mesti you kagum dengan benda ni kan? You tak pernah jumpa eh? I beli kat tepi-tepi jalan je tadi pagi. Budak-budak kat sini sekarang kan suka main polis-polis..” Ary masih jua menyakat Anisa..namun tanganya sudah kejap memegang begnya sambil berdiri untuk beredar sebelum kemarahan Anisa meletup..

Siot kau Ary! Otak kau ni memang bergeliga bab-bab macam ni kan? Anisa semakin geram. Geram kerana dirinya dipermainkan sesuka hati! Nampak seperti dia budak bodoh yang tak tahu apa-apa..Kemarahnnya semakin memuncak namun dia masih duduk..

“ Abis yang you dok pegang tadi kunci apa? “ Anisa bertanya lagi..
“ Oh..that kunci..itu kunci toilet rumah I..” Ary menjawab selamba tanpa perasaan..

“ Fahry!..” Anisa menjerit geram dan agak kuat sehingga orang di sekelilingnya mula menoleh….

Tawa Ary kedengaran kuat sekali lagi..
“ I balik dulu sayang..” Ary menjawab sambil bergerak pantas meninggalkan Anisa melalui celahan-celahan meja pelanggan yang lain..
Anisa yang baru tersedar Ary sengaja menjauh untuk menyelamatkan diri juga pantas bergerak mengejar Ary melalui celahan yang dilalui Ary..

“ Ary! Siap you! You ingat you boleh main-mainkan I sesuka hati ke..? “ Anisa berkata lantang dan mengejar sehingga ke luar coffe house tersebut. Pelanggan-pelanggan di dalam coffee house tersebut hanya memandang adegan drama percuma di depan mata mereka itu..

Namun dia lihat Ary sudah agak jauh bergerak ke arah yang bertentangan dengan apartmentnya dan Anisa berhenti mengejar..

Ary yang tahu Anisa tidak mungkin mengejarnya lagi pantas berhenti dan menoleh ke belakang sambil tersenyum dan menjerit…

“ You jangan marah I sayang! You simpan tau gari tu baik-baik..!” Ary berkata..

Anisa yang mendengar semakin geram..
“ Jangan harap! You ingat I budak-budak ke? Siap you nanti! “ Anisa juga menjerit..

Ary pantas tergelak..
“ Balik dulu sayang..see you..” Ary menjerit lagi namun kakinya sudah semakin laju melangkah ke belakang..

“ Baliklah sana..!” Anisa menjerit. Isy, buat sakit hati aku je! Anisa menjerit di dalam hati sambil melihat Ary semakin jauh..

Anisa juga pantas bergerak ke arah yang mnuju ke apartmentnya..
Aduhai..kenapalah aku boleh kenal dengan mamat mereng macam dia tu? Anisa berkata dalam hati namun tanpa sedar segaris senyuman mengiringi perjalanannya pulang ke apartment sebelum menghadiri kelas di waktu petang nanti.

Namamu Terpahat Dihati (14)

Anisa tersenyum..Terasa hidupnya hari ini tenang tanpa gangguan. Tiada Ary. Tiada juga Melly. Sepanjang pagi dia di kampus, bayang Ary langsung tidak kelihatan..Hehe..Bagus juga aku tak nampak muka mamat tu..aman sikit! Senyum Anisa di dalam hati..Dia menghadiri kuliahnya seperti biasa. Tumpuan yang sepenuhnya diberikan ketika berada di dalam kelas..kuliah Prof Clark ini begitu menarik minatnya..

Setelah 1 jam berlalu..kelasnya tamat. Anisa lantas bergerak keluar dari dewan kuliah. Dia ingin pulang ke apartmentnya sebelum kelasnya bermula pada waktu petang. Dia bergerak meninggalkan bangunan utama di kampusnya itu. Di hadapan bangunan itu terdapat tangga besar yang menjadi lambang kebanggaan para pelajar. Di tangga itulah biasanya menjadi tempat para graduan mengambil gambar setelah menamatkan pengajian kerana latar belakangnya memperlihatkan nama universiti yang terpampang besar di bangunan utama. Anisa menuruni anak tangga namun apabila kakinya mula menjejakkan kaki ke anak tangga ketiga dia mendengar namanya di panggil..

Dia berhenti..
Aduh, macam kenal je suara tu! Anisa mempercepatkan langkahnya. Namun dia terasa lengannya ditarik secara tiba-tiba dan dia melopong apabila melihat Ary menggari lengannya yang ditarik tadi dengan beg sandang yang dipakai oleh pemuda itu. Anisa mengerutkan dahinya sambil memandang Ary tajam..

“ You ni kenapa? I tak de masa lah nak main polis-polis pulak dengan you kat sini..”Anisa bertanya geram..
Ary hanya menunjukkan muka selambanya..
“ Ada I ajak you main-main ke? ” Ary bertanya bodoh..
“ Ary, you nak apa? Lepaskan tangan I la..I malas tau nak layan perangai budak-budak you ni..” Anisa menjawab lantang..

Ary tersenyum..Ok, dia dah start membebel balik..that’s my Nisa..jeritnya.
“ You ingat I rajin pulak nak layan perangai you yang macam budak-budak jugak? “ Ary bertanya lagi
“ Apa I pulak? ” Anisa bertanya geram. Dia tidak mahu menguatkan suaranya kerana tidak mahu dirinya dan Ary menjadi perhatian ramai di tengah-tengah alam itu..
“ I dah mintak maaf kat you kan? Dah you taknak maafkan I..So, I’ll find another way.” tiba-tiba Ary menjawab lembut sambil merenung mata Anisa

Anisa terdiam..
“ I nak belanja you makan..” Anisa menjeling mendengar ajakan Ary. Nak mintak maaf lagi la tu. Aduh..letihla..
“ You fikir I nak ikut you ke? “ Anisa bertanya sinis

Ary pantas tersenyum sumbing sambil mengangkat gari di tangan Anisa..
“ You fikir you ada pilihan ke? “ pertanyaan Ary dan gari yang digoyang-goyangkan di depan mata Anisa membuatkan mulut Anisa terkunci tanpa kata..dasar pembelit!

Ary lantas berpaling dan terus menuruni anak tangga. Di dalam hati dia tertawa..Beg yang disandang di sebelah kanan bahunya semakin diperkemas..

Tangan kiri Anisa yang sememangnya masih belum terlepas daripada gari itu membuatkan dirinya terdorong ke depan mengikut langkah Ary. Aduh, mamat ni tak boleh guna cara yang lebih terpelajar ke?? Anisa menjerit di dalam hati. Anisa sebenarnya malu kerana ada beberapa mata yang sudah mengesan incident yang sedang menimpanya itu. Ary!!! Anisa menjerit geram di dalam hati..

“ Kalau you rasa you taknak ikut I pun takpe. “ Ary berkata sinis tanpa menoleh kebelakang..
“ Cubalah lepaskan tangan you kalau boleh..” Ary menambah lagi sambil tangan kirinya memusing-musingkan kunci gari tersebut..senyuman Ary di depan makin melebar tanpa mampu dilihat oleh Anisa.

Anisa menjeling geram dari belakang. Mesti tu kuncinya! Anisa berkira di dalam hati. Dia malas mahu menjawab..

“ You jangan jalan laju sangat boleh tak? “ Anisa akhirnya bersuara..
Ary yang mendengar memperlahankan langkahnya dan Anisa di belakang semakin menghampirinya. Anisa sengaja lebih rapat kerana dia tidak mahu orang ternampak tangannya yang digari di beg lelaki tersebut. Akhirnya Ary dan Anisa kelihatan berjalan beriringan dengan begitu rapat sekali. Ary di sisi hanya diam seolah-olah tidak perasan apa yang berlaku. Anisa semakin geram.

Akhirnya Ary dan Anisa sampai di sebuah coffee house yang terletak tidak jauh dari kampus mereka. Anisa yang sememangnya tiada pilihan hanya mengikut Ary walaupun hatinya membuku. Ary memilih tempat duduk yang agak tersembunyi di dalam coffee house tersebut. Ary terus duduk dan meletakkan beg sandangnya di atas riba. Anisa yang malas mahu melayan kerenah Ary lantas menarik kerusi di sebelah Ary lalu duduk. Takkan aku nak duduk bertentang pulak? Tangan aku ni mane boleh tanggal sesuka hati..siot! Anisa mengata di dalam hati..

“ Ok then..straight to the point. What do you want from me? “ Anisa lantas bersuara.
Ary lantas tersenyum..
“ Nanti la dulu Nisa..kan I kata tadi nak belanja you..kita order dulu eh? At least you minum pun ok la…” Ary bersuara lembut. Kalau cara kasar sudah digunakan..Ary rasa baik sekarang dia lebih berlembut. Niatnya bukan mahu cari pasal lagi..sekadar mahu mengucapkan terima kasih dan meminta maaf..

Anisa yang perasan pada kelainan suara Ary hanya menurut. Lebih cepat perkara ni diselesaikan lebih baik! Bukan boleh percaya sangat budak ni..ujarnya di dalam hati..Hanya beberapa minit selepas itu minuman yang dipesan tiba. Anisa yang memang kehausan terus meminum air yang dipesan sehingga tinggal separuh..

Ary yang melihat hanya menggeleng..
“ Kan I da pesan jangan gelojoh..” Ary tiba-tiba bersuara..
Anisa yang mendengar hanya membuku…
“ Do I care? Sukati I la..” Anisa menjawab
Keras betul la hati minah ni..Ary menyimpul di dalam hati sambil pelan-pelan menghirup air yang diminumnya..aduh, panas! Ary berkata di dalam hati..

Anisa yang memandang jadi geram..
“ Ary, kalau you hirup sikit-sikit macam tu sampai petang pun tak habis! I ada kelas petang nanti..you jangan nak bazirkan masa I boleh tak? “ Anisa bertanya..

Ary menoleh pada Anisa lantas mengangkat cawan yang dipegang dan diletakkan pada tangan kanan Anisa yang berada di atas meja…
“ Auw, panaslah!” Anisa menjerit kecil. Ary tersengih
“ Tau pun panas. Cuba tengok sikit you order air apa? I order air apa? You nak lidah I terbakar ke? “ Ary menjawab tenang..

Anisa hanya menjeling mengakui kebenaran kata-kata Ary..namun dia masih meniup tangannya supaya cepat hilang rasa panas itu..nak guna tangan sebelah lagi untuk gosok dah kene gari pulak! Haisy..Anisa mengata di dalam hati..

Ary perasan kening Anisa yang masih berkerut meniup tangannya itu..dia diterpa rasa bersalah. Pantas di luar sedar dia memegang tangan Anisa yang disuakan dengan cawan panas itu dan menggosok serta meniupnya…

“ Sory-sory I tak sengaja tadi…” Ary berkata tanpa menyedari tindakannya tidak disenangi Anisa. Ary hanya sedar setelah merasa Anisa menarik tangannya semula dari dipegang oleh Ary. Dia tidak selesa dan selebihnya dia tidak suka! Belum ada mana-mana lelaki yang sesuka hati boleh memegang tangannya..

Ary serba-salah. Aduh..macam mana boleh tak perasan pulak! Ary menjerit di dalam hati..
“ Urm sory..” Ary berkata lagi sambil meraup rambutnya ke belakang..
Ai..sory! Sory! Sory! Tu jelah yang kau tahu..Anisa menjerit di dalam hati..
“ Cakap guna mulut je yang air you tu panas tadi kan senang..think first before you act..” Anisa menegur dengan tenang. Ary yang mendengar menjadi semakin kagum dengan keperibadian gadis di depannya ini..

Ary hanya tersenyum..lantas dia menarik nafas untuk memulakan bicara..
“ Nisa..from the bottom of my heart..I’m really sorry for what I’hv done to you.. I tak sengaja tengking you petang tu..you taukan I tengah stress tapi lepas tu you pulak membebel tak sudah-sudah..mana I tak mengamuk…” Ary berkata lembut sambil merenung ke dalam mata Anisa persis seorang kekasih memujuk teman wanitanya..

Isy..makin lama makin takut pulak aku dengan dia nie. Baik aku maafkan je..kalau tak ntah apa-apa lagi kerja gila dia nak buat..Anisa berkata di dalam hati…

Friday, May 15, 2009

Namamu Terpahat Dihati (13)

Malam itu Anisa mengisi waktunya dengan menyelesaikan tugasan yang masih berbaki. Dia malas ingin mengingat kejadian tadi siang. Buat sakit hati aje! Semakin dingin cuaca di rasakan..laptopnya dibiarkan terbuka..Setelah beberapa ketika Anisa tertoleh ke arah screen saver laptopnya. Terlihat wajah Imran, adik yang begitu disayangi..juga gambar Mak Sunya.

Sweet jugak adik aku ni..patutlah ramai peminat. Tapi Anisa berbangga kerana adiknya tidak menggunakan raut wajahnya itu untuk memainkan perasaan orang. Adiknya seorang yang setia. Anisa sendiri mengenali wanita yang begitu disayangi oleh adiknya sejak di zaman sekolah menengah lagi. Anisalah yang selalu menjadi tempat Imran meluahkan perasaan bercerita mengenai Umairah. Anisa sendiri kagum melihat adiknya begitu setia dengan Umairah sehingga mereka sama-sama melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi dan kini universiti. Namun mereka belajar di universiti yang berlainan.

“ Bukan macam si Ary tu..Huh, harap muka je hensem..” Yaks, apahal pulak aku teringat kat mamat sorang tu? Isy2..Anisa menggeleng-gelengkan kepalanya..

Anisa masih teringat apabila dia sering bertanya kenapa Imran begitu setia dengan Umairah dan jawapan adiknya cuma satu. Imran tak mahu mempermainkan perasaan orang kerana dia punya kakak. Dia tidak mahu suatu hari nanti Anisa pula yang dipermainkan orang..Anisa tersenyum..rindunya begitu menebal. Dia juga begitu merindui masakan Mak Sunya..

Kini gambar screen saver laptopnya memperlihatkan pula wajah teman-teman sekuliahnya. Banyak kenangan terindah semasa menuntut di UKM dulu..benar kata orang..zaman belajar adalah zaman yang paling best sekali..lama dia menatap screen saver laptopnya melihat satu-persatu gambar yang tertera..Tiba-tiba muncul gambar Azril..Anisa tersentak!

Gambarnya dan Azril sewaktu mereka bersahabat baik dulu. Gambar Azril tersenyum di sisinya. Gambar dia dan Azril sewaktu sama-sama mewakili kolej mereka semasa sukan universiti. Gambar semasa dia dan Azril berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Semua kenangan bersama Azril sentiasa terakam kemas di kotak memori juga tersemat indah di dalam hatinya. Bagaimana dia sekarang? Pasti dia sedang berbahagia..YA ALLAH..hati Anisa tiba-tiba menjadi sebak..

Anisa..tabah2! Pasti DIA telah menjanjikan sesuatu yang baik buat kau..ujar Anisa di dalam hati walaupun hakikatnya dia sendiri tidak pasti..bila dia akan menemui seseorang yang akan menyayanginya..juga seseorang yang sebenarnya boleh dia sayangi tanpa dibayangi kenangan Azril..dia tidak tahu kenapa..sayangnya begitu menebal buat Azril..bukan sepenuhnya sebagai seorang kekasih tapi juga sebagai seorang sahabat..Azril sahabat yang sangat memahami..dia hanya mampu berdoa semoga dia dapat melupakan Azril cepat.

“ Nisa!” tiba-tiba dia terdengar suara rakan serumahnya Bella mengetuk pintu biliknya. Anisa tersedar dari lamunan dan tangannya pantas menggerakkan mouse laptopnya..hilang sudah gambar Azril..

“ Ya? Come in” Anisa menjerit menyahut dari dalam.
“ Anything?” Anisa bertanya kepada Bella
“ A phone call for you ” ujar Bella ringkas
Ek? Siapa pulak yang call aku malam-malam buta ni? Anisa bertanya di dalam hati. Jarang dia menerima panggilan telefon di sini. Jika ada pun mungkin dari teman-teman sekampusnya yang ingin bertanyakan mengenai projek dan tugasan mereka..

“ Siapa?” Anisa bertanya..
“ Ntah..your secret admirer kot..” Bella menjawab sambil tersenyum..
“ Eh..cepat la..apa lagi tu?” Bella menggesa Anisa apabila dia melihat Anisa seperti masih memikirkan sesuatu..
“ Ok2..” Anisa pantas mendapatkan telefon di ruang tengah aparmentnya itu..

“ Hello..Nisa speaking..” Anisa menyapa tanpa salam kerana dia khuatir yang menelefonnya teman yang bukan Islam..

“ Assalamualaikum..” tiba-tiba kedengaran suatu suara memberi salam..suara yang amat dikenali..
Ary? Anisa terkejut! Pantas ganggang telefon dijauhkan dari telinga dan diletakkan di hadapan wajahnya..
Buang tebiat ke dia ni? Tadi siang kau tengking aku! Sekarang nak sambung lagi ke? Anisa pelik. Salam Ary hanya dijawab di dalam hati. Ganggang telefon diletakkan kembali ditelinganya..

“ May I know who’s speaking there? “ Anisa menjawab dingin. Dia malas melayan jika Ary hanya ingin menyakitkan lagi hatinya

Ary tergamam! Aduh..kenapa aku berpeluh-peluh pulak nie? Ary mundar-mandir di dalam biliknya. Minah ni tak kenal ak ke??

“ Urm..Nisa! Ary ni..” Ary memberitahu ringkas..selebihnya dia tidak tahu menyusun ayat. Bagaimana dia mahu memulakan bicara untuk memohon maaf dan berterima kasih..kalau salah cakap boleh kene bambu aku dengan dia nanti..Mulut dia ni bukan boleh percaya sangat..Ary berkira-kira di dalam hati..

“ Ary? Which one Ary? I have a lots of friend name Ary..Arianna? Arimah? Arimaton? Or Ary bin Abu? If you are not in my list..sorry, wrong number..” Anisa menjawab dengan suara sinis..

Boleh pulak! Banyak ke nama kawan kau yang Ary cik kak oii!! Ary menjerit di dalam hati. Ada-ada aje…

“ Nisa..please jangan macam ni..you marah kat I ke? “ Ary bersuara perlahan..
Of course aku marah! Bodohnya soalan kau ni..Anisa menjerit di dalam hati

“ Marah? For what? Do I know you? Mr apa tadi? Yah Mr Ary..” Anisa menjawab lagi. Dia sengaja menjawab begitu..

“ Nisa…” Ary semakin melembutkan suaranya..
Aduh, romantikla pulak! Anisa berkata di dalam hati..

Tetapi seketika talian senyap..Ary di sebelah sana hanya diam..tiba2..

“ Hello Nisa…” kedengaran suara Aunty Sarah menyapanya..
“ Eh Aunty Sarah..” Anisa menjawab kelam kabut. Siot kau Ary! Kau gunakan mama kau pulak ye. Kau tau kalau mama kau yang cakap takkan aku nak buat-buat tak kenal pulak kan? Dasar otak pembelit..ada je cara kau..

“ Sorrylah mengganggu Nisa malam-malam ni..Ary wanna say something to you..” Aunty Sarah memberitahu lembut..
“ Urm..ok Aunty..sure..why not…” Anisa menjawab gagap. Ary!!! Anisa menjerit di dalam hati..

Ary di sebelah mamanya tersenyum melebar! Padan muka kau..kau ingat senang-senang kau nak mainkan aku? Nasib mamanya sentiasa sporting dan boleh dianjak berkomplot..lantas Ary mencium pipi mamanya sambil mengenyitkan mata. Bibirnya digerakkan tanda dia mengucapkan ‘thanks’ pada mamanya..Aunty Sarah hanya tersenyum melihat telatah Ary..kemudian Ary terus kembali ke dalam kamarnya..

“ You nak apa? “ Anisa pantas bertanya apabila dia kembali mendengar suara Ary..
“ You dah kenal I? Tadi fius you terbakar sekejap ye?” Ary bertanya selamba
“ Aah! Lepas kene tengking, kene tampar dan kene marah tak tentu pasal I memang jadi macam ni! So, what’s the matter? I busy ni…” Anisa menjawab hambar. Selebihnya dia menahan sebak
Ary tergamam. Dia tahu Anisa masih marahkannya melalui sapaannya yang dingin..
“ Nisa..to be very honest..I admit I rasa bersalah sangat kat you. I’m really-really sorry Nisa..I tahu I tak patut tengking you tadi…” Ary menjawab lembut..
Anisa menarik nafas panjang mendengar permintaan maaf dari Ary..entah ikhlas entah tidak!

“ Penting ke you nak mintak maaf dari I?” Anisa bertanya dingin
“ Of course! And one more..I wanna say thank to you. Sebab you tolong I malam tu..I’m really appreciated it. Mama I pesan tak baik jadi orang tak tahu kenang budi..” Ary menjawab jujur..

Anisa terdiam! Jadi kau ucap terima kasih sebab mama kau? Kau tak berniat pun kan? Jerit Anisa dalam hati..

“ You tak payah nak berterima kasih pada I. You patut bersyukur sebab ALLAH bukak pintu hati I untuk teman Zaida malam tu then I ternampak you..” Anisa menjawab tenang..

“ And yang pasal tadi siang lupakan jela..I sepatutnya tak sibuk-sibuk masuk campur dalam urusan hidup you. But from now onwards kita tak payah la berbaik sangat. I tak nak dituduh macam-macam..” Anisa bersuara perlahan. Hatinya malas untuk melayan kerenah Ary lagi..

“ Nisa..you jangan macam ni..” Ary bertanya cemas..Dia risau kerana tiada lagi kata berbisa yang terdengar sejak dari tadi dia menghubungi Anisa. Suara Anisa lain..

“ Anything else?” Anisa bertanya lagi
“ Nisa..I…” belum sempat Ary meneruskan kata-katanya Anisa lantas memotong..

“ Kalau tak de pape lagi..I gotta go first..I busy..Assalamualaikum..” lantas ganggang telefonnya diletakkan..Anisa letih..Dia tidak mahu mencari masalah disini..

Ary dihujung talian terdiam. Anisa tidak langsung menerima kata maafnya tapi hanya meminta dia melupakan saja incident petang tadi..Ary buntu…

Namamu Terpahat Dihati (12)

Setelah jauh Anisa ditarik oleh Ary akhirnya Anisa berbicara…
“ Eh..dah2..dah jauh nie..you nak tarik I pergi mane lagi? “ Anisa lantas terus menarik lengannya daripada genggaman Ary. Selebihnya hatinya membuku..kerana Ary kini hidupnya sesak kerana perlu mempunyai seorang musuh! Melly gedik tu ingat aku nak rampas si Ary ni dari dia ke apa? Huh, please!! Bagi free pun aku kene fikir 10 kali dulu..jerit Anisa di dalam hati

Ary hanya membiarkan. Dia mengeluh. Fikirannya berserabut. Dia malas hendak berdepan dengan perangai Melly yang tak tentu hala tu. Sebelum ini dia tidak pernah berjanji apa-apa pada Melly. Sejak awal dulu dia telah memberitahu bahawa hatinya malas untuk memberikan sebarang komitmen pada seorang wanita. Semuanya dianggap kawan biasa. Dari dulu hingga sekarang dia memang begitu. Namun Melly sendiri yang tidak kisah, katanya dia hanya mahu berkawan! Dia tidak akan meminta lebih. Jadi Ary tidak kisah.

Dari zaman sekolah dulu Ary memang terkenal dengan sikapnya yang ramai kawan perempuan. Dia tahu ramai yang meminatinya tapi baginya semua kawan biasa. Mungkin silapnya juga kerana terlalu mesra dengan wanita-wanita yang meminatinya sehingga mereka mengharapkan lebih dari itu. Namun yang pasti hingga kini dia masih belum menjumpai seseorang yang istimewa. Kini lain pula ceritanya…

Kalau lah apa-apa yang tidak elok berlaku malam tu. Apa akan jadi? Dia yakin dan pasti jika ada apa-apa berlaku Melly pasti akan mengugutnya dan meminta dia bertanggungjawab meskipun dia tidak bersalah. Boleh mengamuk papa dan mamanya. Silap-silap dia boleh dibuang keluarga. Kemarahan papanya bukan boleh dibuat main. Hal buruk seperti ini boleh menjatuhkan maruah keluarga!

Ary tidak suka jika maruah keluarganya dipertaruhkan. Oleh sebab itu, meskipun selama ini dia boleh dikatakan kaki perempuan, namun dia masih kuat menjaga maruah keluarganya. Dia akan pastikan perilakunya tidak melanggar batas-batas yang boleh menjatuhkan maruah keluarga. Tanpa bersuara hati Ary semakin berang apabila mengingati perangai Melly itu!

Tanpa Ary sedari dia masih berjalan di sisi Anisa..
“ You ada kelas lagi tak? “ Ary akhirnya bersuara
“ Tak ” Anisa menjawab pendek dan malas.
“ I teman you balik.” Ary hanya menjawab pendek juga. Anisa lantas tertoleh
“ Tak payah! I masih tahu jalan balik. Bukannya jauh pun. Nanti kalau girlfriend you tu nampak. I kena tampar lagi!.” Anisa menjawab geram. Meskipun hatinya marah pada Melly, tapi dia rasakan Ary turut bersalah. Kalau tahu diri dah tak suka buat apa masih rapat? Kalau Ary tak beri harapan dan layan si Melly tu lebih-lebih, perempuan tu pun tak kan perasan..Hai, payah!

“ I don’t care! “ Ary menjawab tegas. Akhirnya Anisa hanya membiarkan saja Ary menemaninya pulang dengan berjalan kaki. Sebenarnya apartmentnya bukan jauh sangat pun. Hanya 20 minit masa diperlukan untuk dia berulangalik ke universiti setiap hari. Tapi kalau berjalan macam itik pulang petang mahu 30 minit jugalah. Lantak kau lah! Keras kepala betul! Anisa menjerit di dalam hati.

“ Macam mana lah you boleh berkawan dengan perempuan macam tu? You tak fikir ke later dia boleh susahkan hidup you? Eh..tak payah tunggu later! Sekarang pun dah terbukti..” Anisa bersuara sambil tersenyum sinis. Dia sengaja mahu menaikkan darah Ary kerana hatinya juga masih membuku.

“ Ala..I bukan bercouple pun dengan dia. Juz friend. I didn’t see any problem with that. Dah dia tu yang melebih-lebih. I tak pernah janji nak commit apa-apa dengan dia. She clearly knew about it since first time we met here..” Ary membalas untuk membela diri. Kenapa dia pulak yang dipersalahkan? Bukan dia yang mencari masalah

Anisa mencebik mendengar Ary membela diri. Dah salah masih jugak taknak mengaku!
“ You ingat semua tu salah dia je la?” Anisa masih tak puas hati..
“ Of course! You jangan nak salahkan I pulak. Dia yang tampar you kan? Bukan I..Sepatutnya you marah dia bukan marah I. Hal malam tu pun dia yang plan, bukan I! Kan?” Ary menguatkan suara bagi melahirkan rasa tidak puas hatinya juga.

“ Yah, yang tu I know. You tak payah nak state pun I tahu. Tapi kalau you pun tak layan dia lebih-lebih, dia tak kan perasan! I nampak macam mana you layan dia, peluk sana peluk sini. That’s why dia mengharap lebih dari you!” Anisa juga tak mahu kalah..

Ary hanya diam sambil meneruskan langkahannya. Amarah di hatinya mendengar pernyataan Anisa hanya disimpan di dalam hati. Anisa menjadi semakin panas..dia buat bodoh je? Anisa turut menyaingi langkah Ary sambil terus menekan Ary dengan pelbagai perkara.

“ You dah tahu dia tergila-gilakan you kan? Buat apa you rapat dengan dia lagi? Itu sengaja mencari masalah namanya!..” Anisa menambah lagi.Ary semakin sesak..

“ You jangan nak membebel boleh tak? I tengah berserabut ni…” Ary bersuara perlahan tapi tegas..

“ Tau pulak you nak suruh I diam? Yang jadi mangsa sekarang siapa? I kan? Tak pasal-pasal I bermusuh dengan dia. I ni kenal dia pun tak…” Anisa galak menjawab

“ Dah tu you nak I buat apa? Nak pergi melutut mintak maaf dengan dia pulak. Huh, mati hidup balik pun I tak nak la. Dah memang I tak salah..” Ary menjawab kasar

Anisa menahan sabar, geramnya masih terasa…
“ Tak sangka kan..lelaki playboy macam you ni pun senang-senang je boleh kene tipu dengan perempuan tu. Senang-senang je!..” Anisa menekan lagi ayatnya dengan suara sinis.

Ary buntu berbicara..Hatinya bertambah sakit mendengar bicara Anisa..
“ Kalau I tak de malam tu..tak tahu apa agaknya akan jadi pada you! Silap-silap..” tanpa sempat dia menyambung kata..

“ Shut up Nisa!” tengking Ary sambil mencengkam kedua belah lengan Anisa. Ary sudah hilang sabar. Dia sabar mendengar bebelan Anisa dari tadi, tapi jika kelakiannya diperkotak-katik seperti dia tidak mampu untuk menjaga dirinya sendiri, dia tidak boleh terima! Anisa terkejut. Dia tidak sangka Ary akan menengkingnya di khalayak ramai. Dia tidak kisah Ary ingin memarahinya, tapi bukan menengkingnya di khalayak ramai! Anisa terkesima..

“ You kalau dari tadi membebel untuk sengaja sakitkan hati I baik tak payah!” Ary menengking lagi. Anisa sebak..dia perasan ada beberapa mata yang sudah memandang dia dan Ary.

“ Baik you balik sendiri sekarang! I dah tak kuasa nak teman you..” Ary menegendurkan suaranya tapi dia pantas juga menolak lengan Anisa yang dicengkamnya tadi. Anisa terdorong kebelakang..

Anisa bergenang air mata. Dia tidak pernah diperlakukan seperti ini. Dia tidak mampu berbicara, dia hanya mampu memandang Ary tanpa kata.

“ Apa lagi tunggu? Baliklah..” Ary menjerit lantas terus berpatah balik meninggalkan Anisa. Fikirannya buntu…

Anisa hanya melihat Ary jauh meninggalkannya. Hatinya sebak dan malu tapi selebihnya dia merasa geram dan marah. Ada ke aku suruh kau teman kau tadi? Tak de kan?? Anisa menjerit kuat di dalam hati.

Anisa lantas meneruskan langkahannya untuk pulang ke apartment. Dia cuba menahan dan mengesat air mata yang hampir menitis. Dia tidak pernah berniat untuk mencari musuh, apatah lagi kini..dia tidak berniat membuat Ary marah..Tidak! Dia tidak akan menangis hanya kerana perkara remeh begini. Selama ini dia begitu tegar. Pelbagai dugaan dilalui dengan tabah. Kematian ibu dan ayahnya..perkahwinan Azril dan Dania!

Hatinya hancur saat kehilangan orang tua namun dia bangkit kerana Imran! Hatinya hancur saat melihat pernikahan Azril dan Dania tapi dia bangkit jua demi harapan arwah ibu dan ayahnya, jua demi Imran dan Mak Su! Anisa mengeraskan hatinya. Dia tidak boleh nangis semata-mata kerana Ary! Lantak lah, dia bukan penting pun dalam hidup aku..akhirnya dengan langkah longlai Anisa tiba jua di apartmentnya. Sebaik tiba dia lantas menunaikan solat asar..ketika itu waktu di UK masih petang.



Malam itu, di rumah Ary termenung jauh….
Setelah solat isya’ tadi hatinya menjadi lebih tenang. Dia mengimbau kembali pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidupnya sepanjang hari ini. Pertama kali dalam hidupnya dia menampar seorang wanita dan tak pasal-pasal Anisa pula yang ditengking bagi melepaskan rasa marahnya..Anisa!

Ary meraup mukanya berkali-kali dan beristighfar. Dia merasa amat bersalah.. Anisa tak salah apa-apa. Meskipun kata-kata Anisa tadi menyesakkan dan membangkitkan kemarahnnya, tapi semua yang dikatakan itu ada benarnya juga. Ary menyesal kerana meskipun marah dia tidak sepatutnya menengking Anisa. Apalah sangat salah Anisa..kerana mulut comel itu memang telah diketahuinya agak berbisa bila berbicara sejak pertama kali dia mengenali Anisa..

” Patutnya aku lebih sabar, bukan ke mulut dia memang laser. Tapi tak de salahnya apa yang dia cakap..” Ary berkata di dalam hati..Dia nampak air mata Anisa bergenang semasa ditengking, tapi dia hanya membiarkannya sahaja..

Huh..Nisa..
Ary pantas keluar dari kamarnya dan menemui mamanya yang sedang menonton televisyen..

“ Ary dah makan sayang?” sapa Aunty Sarah pada anak bujangnya.
“ Belum..tak de selera la ma..” jawab Ary sambil matanya juga tertumpu melihat rancangan yang ditonton mamanya. Rancangan apa ni? Fesyen-fesyen? Aduh, boringnya..Ary berkata dalam hati

Aunty Sarah yang mendengar hanya tersenyum. Ary pasti mempunyai masalah kerana jarang anaknya itu tidak makan jika sudah dimasakkan..
“ Ary dah ucap terima kasih pada Nisa? Aunty Sarah bertanya.
Ary pantas menoleh..
“ For what?” Ary bertanya pelik. Aunty Sarah hanya menggeleng-geleng melihat perilaku anaknya..
“ Kan dia dah tolong Ary..at least Ary ucap la terima kasih pada dia sebab hantar Ary balik malam tu..mama tak pernah ajar Ary untuk tak tahu kenang budi orang kan..?” jawab Aunty Sarah perlahan tapi lembut..

Ary mengeluh lagi untuk kesekian kalinya walaupun dia tahu tidak baik mengeluh. Dia semakin rasa bersalah..

“Ma..” Ary memanggil mamanya..
“ Ya sayang” Aunty Sarah menjawab panggilan anaknya meskipun matanya masih tidak beralih dari kaca tv.
“ Mama ada no fon Nisa? At least no fon aprtmen dia ke? Mama kan rapat dengan student-student papa..” akhirnya Ary bertanya lembut..
Aunty Sarah pantas berpaling pada anak bujangnya sambil tersenyum..
“ Sure sayang…” jawab Aunty Sarah

Wednesday, May 13, 2009

Namamu Terpahat Dihati (11)

“ Nisa yang hantar Ary balik..” masih terngiang-ngiang ucapan mamanya itu. Ary meraup wajahnya berkali-kali sambil duduk menyandar di kepala katil. Letih sebenarnya..baru sebentar tadi dia disyarah oleh papa dan mamanya. Macam-macam perangai buruknya diungkit dan kepalanya dibasuh cukup-cukup terutamanya oleh papanya. Prof Fazuddin sebenarnya bukanlah selalu mengambil tahu hal anak-anaknya kerana dia selalu sibuk. Namun apabila sesuatu terjadi sehingga melebihi had dan boleh menjatuhkan maruah keluarga, papanya tidak akan duduk diam.

“Anisa..” Ary pantas terbayang seraut wajah Anisa. Dia cuba untuk mengimbau kembali peristiwa yang berlaku tadi malam. Namun semakin diingat kepalanya semakin pening. Argh…tido lagi baik! Ary pantas menutup kepalanya dengan bantal dan ingin tidur bagi menghilangkan sisa sakit kepalanya yang masih terasa. Kurang ajar kau Melly! Namun dia masih sempat menyumpah di dalam hati..


Keesokan harinya semasa sedang minum di sebuah bangku di kawasan kampus, Ary menoleh apabila terasa bahunya dicuit seseorang..

Lantas Anisa tersenyum sumbing..
“ Assalamualaikum..hidup lagi you ye?” tanya Anisa sambil terus duduk di sebelah Ary. Bungkusan burger yang baru dibelinya tadi dibuka..huhu..lapar! Jerit Anisa di dalam hati.

Ary memandang Anisa malas. Dia tiada mood untuk bertekak dengan Anisa. Dia hanya menyambut salam Anisa di dalam hati. Amboi! Dah tau kau beli burger satu, buat apa makan depan aku?? At least pelawa ke! Ary menjerit di dalam hati apabila melihat Anisa begitu berselera memakan burgernya. Anisa pantas menoleh ke sisi apabila sedari tadi dia tidak langsung mendengar suara Ary.

“ I rasa tadi malam you cuma pengsan je. Takkan si Melly gedik tu dah buat you jadi bisu sekali? Berdosa tau tak jawab salam. Bagi salam tu sunat, tapi jawab salam tu wajib…” Anisa cuba memancing reaksi Ary.”Eh, tapi kalau I tak silap la..dah lama I tinggalkan sekolah agama..” Anisa menokok lagi sambil menoleh Ary di sisi.

Sempat aje kau mengata aku ye Nisa! Ary hanya mampu menjeling. Dia benar-benar tiada mood! “ I dah jawab dalam hati..” akhirnya Ary menjawab. Anisa lantas tersenyum. Ok, otak dia masih berfungsi! Simpul Anisa di dalam hati. Selepas itu keduanya senyap, Ary melayan perasaan namun matanya masih melirik pada burger Anisa. Anisa pula sebenarnya perasan pada lirikan Ary.

“ Sorylah sayang! I cuma beli satu je..kalau I tahu nak jumpa you kat sini, I belikan you satu tadi..” Anisa tiba-tiba bersuara gedik seperti Melly. Dia memang sengaja sebenarnya…Ary terkejut!

“ But, if you don’t mind kita boleh je share burger ni sayang..” Anisa menambah bicara dengan gaya gediknya. Hahaha! Padan muka! Takkan kau nak kot…
“ Why not? I tak kesah..” lantas Ary menjawab namun di saat itu juga Anisa tersedak dan terbatuk-batuk. Ary yang terkejut pantas menghulurkan air yang diminumnya tadi sambil menepuk belakang Anisa. Anisa tanpa berfikir panjang terus menerima air pemberian Ary namun badannya masih sempat untuk dielak daripada terus ditepuk oleh Ary, dia tidak selesa! Ary yang menyedari pantas menarik tangannya semula.

Namun tanpa mereka berdua sedari burger Anisa telah pun berada di dalam tangan Ary. Ary dengan selamba tanpa perasaan terus menghabiskan burger Anisa yang masih tersisa. Dan selepas itu tangannya pula pantas merampas air yang tadinya dihulurkan kepada Anisa. Anisa hanya mampu mengelipkan matanya melihat perilaku Ary. Apehal pulak mamat ni? Saja nak mencari masalah dengan aku la tu! Anisa membebel di dalam hati

“ Makin sedap rasanya burger ni bile share dengan you sayang!” Ary memulakan bicara. Kau ingat kau je yang boleh kenakan aku? Silap orang la tu! Senyum Ary di dalam hati..
“ Tapi I still tak kenyang la sayang. You makan gelojoh sangat. Maybe the second reason why till now you are still not married yet..” Ary menambah lagi.

Anisa menjeling geram! Membuku perasaannya medengar kata-kata Ary.
“ Jom temankan I makan, I belanja you..” Ary lantas bangun dan menarik lengan Anisa. Namun Anisa yang tersedar pantas menarik semula lengannya dari pegangan Ary. Dia dapat penyakit sawan ke tadi malam?

“ I lebih rela you jadi bisu sebab incident tadi malam daripada you jadi mereng sampai macam ni sekali..” Anisa akhirnya kembali semula pada perwatakannya. Ary tersenyum lantas duduk semula di sisi Anisa.

“ Janganlah macam tu sayang! Kalau I mereng nanti siapa yang susah? You jugak kan? Menangis tak berlagu you nanti. Silap-silap jadi janda muda you nanti..” Ary lebih galak menyakat Anisa
“ Ary!!!!” akhirnya Anisa terjerit kecil. Beberapa mata yang melalui kawasan bangku tempat mereka duduk menoleh ke arah mereka. Mungkin mereka sangka mereka pasangan kekasih yang sedang bergaduh..Anisa hanya mampu menjeling kearah Ary

Tawa Ary lantas terpecah jua..hatinya terhibur saat melihat telatah Anisa. Hai..Nisa2!

“ Dahlah I nak balik. Lagi lama I duduk dengan you. I pun boleh jadi sama mereng macam you!..” Anisa lantas berdiri namun belum sempat dia melangkah dia terasa tangannya ditarik dan pipinya telah ditampar dengan kuat di sebelah kanan. Anisa terasa perit dan saat itu juga dia terdengar Ary menjerit..

“ Nisa! Are you ok? Melly!” kemudian Anisa terasa lengannya ditarik ke belakang oleh Ary supaya Ary boleh berdepan dengan Melly! Yah, again! What’s wrong with this minah celup? Anisa menjerit di dalam hati…

“ You ni dah gila ke Melly? Suka-suka you je nak tampar orang! You ingat you siapa?” Ary pantas terus menengking Melly. Anisa hanya mendiamkan diri. Aduh, malaslah aku nak join drama bersiri ni..tak pasal-pasal aku yang kene..Anisa masih menggosok-gosok pipinya. Aduh..dah tak cantik nanti!

“ Eh, you ingat betina ni baik sangat ke? Dia pun kurang ajar dengan I tau!” Melly menjawab lantang.

“ Mesti dia dah buruk-burukkan I depan you kan? Bercerita yang bukan-bukan pasal tadi malam.. Sayang, you jangan percaya cakap dia. Tadi malam I tak berniat apa-apa..I betul-betul nak hantar you balik rumah masa you mintak tolong tu..Tapi I nak balik rumah I dulu ambil kereta..” Melly kemudiannya terus mengendurkan suara sambil cuba meraih tangan Ary. Yah, the next scene! Jerit Anisa di dalam hati.

Ary pantas mengelak tangannya daripada disentuh oleh Melly. Kemarahannya semakin memuncak melihat kegedikan Melly..
“ Eh perempuan! Kau jangan nak kencing aku boleh tak? Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Kau jangan ingat aku tak tahu apa plan kau..apa niat kau!” Ary semakin kuat menengking Melly.

“ Aku masih dengar la apa yang kau cakap dengan Nisa malam tadi..Cuma aku tak mampu je nak bersuara. Kepala otak aku ni macam nak pecah kau kerjakan!” Ary menengking lagi. Anisa di belakang Ary menjadi takut. Dia tidak pernah melihat Ary semarah itu atau mungkin mana-mana lelaki yang pernah hadir di dalam hidupnya semarah itu. Aduh..garangnya dia ni sekali marah! Marah cara baik tak boleh ke? Eh..marah cara baik? Ada ke?

“ Ary you jangan macam ni! I’m so sorry sayang. I love you so much..” Melly menyambung bicaranya lagi.

“ Eh perempuan! You listen here carefully…For the rest of my life, the most thing that I regret was knowing a person like you! So, from now onwards I have nothing to do with you anymore! Or in a simple word, I want you to stay away from my life! Is that clear enough?” Ary memberitahu tegas sambil menuding jari ke arah Melly.

Melly yang mendengar menjadi semakin berang! Dia pantas menjeling ke arah Nisa dengan perasaan marah. Dia merasakan kerana Anisa, segala-galanya hancur! Peluangnya untuk meraih cinta dan hati Ary hancur berkecai. Dan rancangannya tadi malam untuk dijadikan sebab Ary perlu terikat dengannya juga hancur begitu saja! Melly pantas cuba menyerang Anisa sekali lagi namun kali ini Ary lebih pantas bertindak.

Pang! Akhirnya Melly yang menerima tamparan dari Ary..Ary sudah hilang sabar. Anisa terkejut! Dia tidak berpisah sejauh ini dari keluarga semata-mata untuk mencari musuh..Tidak! Dia hanya mahu meraih impian dan cita-citanya di sini. Kenapa kini dia perlu berdepan dengan masalah begini pula..?? Anisa tiba-tiba menjadi takut dan sebak..

“ Melly! You better go know! I dah hilang sabar dengan you!..” Ary menjerit. Melly sudah mula bergenang air mata sambil memegang pipinya. Mulutnya seakan terkunci untuk berkata-kata..

“ Come sayang..” akhirnya Ary menarik lengan Anisa agar mereka pergi dari situ. Dia takut kesabarannya tidak dapat dikawal lagi. Dia tidak mahu menjadi lelaki dayus yang hanya tahu memukul perempuan. Inilah kali pertama dalam hidupnya dia menampar seorang hamba ALLAH bernama wanita yang sepatutnya dilindungi. Tapi dia juga manusia biasa..kesabarannya masih ada hadnya.

Anisa yang terkejut dengan panggilan Ary itu lantas mengikut sahaja apabila lengannya ditarik. Maybe dia tersalah cakap kot..detik Anisa di dalam hati.

Namamu Terpahat Dihati (10)

Beberapa hari telah berlalu sejak pertemuannya dengan Rehan. Setelah dapat mengesan punca perubahan yang berlaku pada Dania, Azril seakan cuba lagi untuk memberi ruang buat Dania menenangkan fikiran. Kerana dia tahu sikap Dania, Dania tidak mungkin akan membuka cerita kepadanya. Lewat petang itu dalam perjalanan pulang ke rumah setelah kerjanya selesai, Azril bertekad..masalahnya harus diselesaikan. Dia perlu berterus terang dengan Dania dan dia harus mengembalikan senyuman di wajah isterinya itu.

Sebaik tiba di rumah, Azril mendengar bunyi di dapur. Terbau keharuman masakan Dania dari ruang tamu. Awal dia balik hari ni..Azril tersenyum. Dan tiba-tiba Dania keluar dari dapur..

“ Abang dah balik?” lantas Dania menyalam tangan Azril dan seperti biasa Azril akan mengucup dahi isterinya penuh kasih. Tidak tergambar selautan kasihnya buat Dania. Baginya Dania adalah anugerah terindah yang telah dikurniakan oleh ALLAH. Bagaimana kalau suatu hari nanti Dania telah tiada untuk menemaninya? Isy..apa aku merepek ni..

Dania tersenyum gembira dengan perlakuan suaminya. Sehingga hari ini dia masih dapat melihat kasih Azril yang begitu mendalam buat dirinya..Dania bersyukur..

“ Sayang masak apa?” tanya Azril sambil mengekori langkah Dania ke dapur. Dania hanya membiarkan sepi pertanyaan Azril sambil tangannya pantas membancuh air untuk Azril. Azril pula sudah mengintai-ngintai periuk yang masih menyala di atas dapur..Dania pantas mencuit tangan Azril bertujuan untuk mengelakkan Azril daripada terus mengintai-ngintai dan dia menghulurkan segelas minuman buat suaminya..

“ Daging cicak masak sambal dengan daun lalang masak lemak..” Dania dengan selamba menjawab sambil memerhati wajah suaminya namun Azril yang ketika itu sedang minum hampir tersembur mendengar jawapan isterinya..Dania lantas tertawa melihat suaminya..

Azril menjeling geram mendengar jawapan isterinya apatah lagi melihat bibir mungil isterinya masih terus-terusan mentertawakannya. Dania yang kemudiannya berpaling untuk meneruskan kerjanya pantas ditarik ke dalam pelukan suaminya dan Azril pantas megucup bibir isterinya lembut tapi lama..

Dania yang kejap berada di dalam pelukan suaminya meronta meminta untuk dilepaskan tapi ternyata tenaga lelaki sukar untuk dilawan..
“ Abang!” Dania menjerit kecil namun baru seketika dia terlepas bibirnya sekali lagi menjadi sasaran bibir Azril..
Setelah seketika barulah Azril melepaskan Dania dengan wajah kemenangan..Dan dia pantas tersenyum lebar..
“ Padan muka! Siapa suruh main-mainkan abang?” Azril berkata dengan wajah tidak bersalah.
“ Abang ni..” Dania menjeling geram

Azril lantas mengusap-ngusap kepala isterinya.
“ Jangan marah-marah sayang..nanti suami sayang lari..” Azril masih galak menyakat Dania.
“ Abang naik dulu ye. Panaslah sayang. Abang tunggu sayang solat maghrib nanti. Kita makan lepas maghrib aje..” Azril pantas meninggalkan Dania namun dia masih sempat menghadiahkan sebuah ciuman di pipi isterinya..

Dania hanya memerhatikan Azril hilang dari dapur namun bibirnya masih sempat mengukir sebuah senyuman tanda kebahagiaan. Adakah kebahagiaan ini akan berpanjangan? Hati Dania tiba-tiba terdetik…

Maghrib itu untuk yang kesekian kalinya Azril mengimamkan solat Dania. Setelah doa yang panjang selesai dibaca..Azril menghulurkan tangannya untuk disalam namun apabila Dania ingin bangun dan membuka telekung Azril masih kejap memegang lengan isterinya yang masih dilapik oleh telekung. Dania tidak jadi untuk bangun..

“ Kenapa bang? Tadi abang kata nak makan lepas maghrib?” Dania bertanya pelik.
“ Kita baca Yasin dulu ye? Hari ni Khamis malam Jumaat..kita makan lepas Isya’ je..” Azril mengajak lembut. Dania mengangguk dan tersenyum.

Lalu di rumah teres dua tingkat sederhana besar itu kedengaran alunan suara seorang hamba ALLAH bergelar suami membaca surah Yassin bersama isterinya. Dania sebak melihat suaminya. YA ALLAH! AnugerahMU begitu berharga..susah untuk mencari seorang suami sebaik Azril. Kalau ada pun ianya hanya akan dijumpai di dalam drama di kaca tv. Tapi hakikatnya di dunia nyata? Susah!

Setelah selesai membaca Yassin Azril menarik tangan Dania untuk duduk dekat di sisinya. Azril rasa hatinya kini lebih tenang untuk berbicara dengan isterinya..
“ Nia..sayang ada simpan sesuatu tak dalam hati? Yang selama ni sayang tak pernah cerita dengan abang?” tanya Azril sambil menggenggam erat jemari isterinya.

Dania terkesima mendengar pertanyaan suaminya. Dan dia hanya mampu menggeleng. Azril tersenyum. Lantas dia memeluk erat bahu isterinya.
“ I wanna tell you something..Masa abang terima lafaz akad dulu, hati abang tenang sangat. Tapi abang sedar mulai saat itu abang mempunyai tanggungjawab yang besar ke atas Nia. Abang juga sedar suatu saat nanti abang akan ditanya. Adakah abang telah berjaya untuk mendidik Nia menjadi seorang isteri yang sentiasa berpegang teguh pada landasan agama.” Azril memulakan bicara. Dania tersentuh mendengar pengakuan suaminya.

“ Kalau boleh abang nak berkongsi seluruh hidup abang dengan Nia. Sama ada susah atau senang. Abang nak Nia lah orang yang pertama menjadi peneman saat abang gembira juga peneman untuk abang berkongsi segala masalah. Selama ni abang tak pernah rahsiakan apa-apa dari Nia kan?” Azril bertanya

Dania menggeleng sekali lagi.
“ Jadi Nia rasa Nia anggap abang macam tu tak? Maksud abang, abanglah orang yang Nia nak untuk selalu berkongsi segala masalah Nia. Ada Nia fikir macam tu?” Azril bertanya lagi. Seboleh mungkin Azril ingin Dania sendiri yang berterus terang dengannya.

Dania tertunduk dan lantas semangatnya dikumpul..
“ Macam mana kalau Nia tak boleh bagi zuriat pada abang?” akhirnya Dania bersuara sebak dan Azril lega mendengarnya. Yes, that’s the point sayang! Akhirnya sayang cerita juga pada abang..Azril berkata dalam hati

“ Nia kecik hati dengar umi tanya pasal anak pada abang hari tu ya?” Azril menambah lagi..
“ Mana abang tahu Nia terdengar?” Nia tidak berpuas hati..
“ Abang ada pasang spy! Spy tu berkerja untuk melaporkan segala tindak tanduk Nia. Bulan-bulan abang bayar mahal tau!” Azril masih sempat bergurau di saat-saat seperti ini. Namun setelah melihat wajah Dania yang semakin keruh, dia lantas memeluk erat isterinya..

“ You know that I met Rehan juz a few days ago, is it?” Azril bertanya dan dia dapat merasakan anggukan Dania di bahunya tanda dia mengetahuinya.
“ He told me everything. He said that he saw you cried in the kitchen. He asked whether I had a problem with you. But suddenly I realize what was the causes actually..Because masa tu Nia ada terdengar pasal apa yang umi tanya kan?” Dania akhirnya mengangguk sekali lagi sambil mengalirkan air mata.

Azril melepaskan pelukannya dan memandang tenang wajah isterinya.
“ Nia! Abang tak nafikan abang teringin untuk menimang cahaya mata dengan Nia. Siapa yang taknak anak. Tapi abang sangat-sangat tahu yang Nia percaya dan yakin tentang satu perkara kan?” Dania memandang Azril sebagai tanda ingin mengetahuinya

“ Takdir dan apa yang telah tersurat buat kita! Apa yang sememangnya terbaik buat kita tapi kita sendiri tak tahu apa!” Azril menekan kata-katanya agar Dania lebih memahaminya.

“ Abang bukan berkahwin dengan Nia semata-mata untuk dapat anak je. Tapi sebab abang sayang Nia..abang tahu Nia perempuan baik-baik. Abang juga yakin tulang rusuk abang yang digunakan untuk DIA mencipta Nia..Nia faham kan?” Dania mengangguk untuk yang kesekian kalinya sambil menangis teresak-esak.

“ Mungkin sekarang bukan masanya. Abang yakin suatu saat nanti kita pasti akan menimang cahaya mata. Nia percaya dengan abang kan? Doa! Doa yang penting sekarang nie. Lagipun kita bukanlah dah terlalu lama menanti..baru setahun kita berkahwin..panjang lagi masa kita..” Azril merenung isterinya.

Nia pantas memeluk erat suaminya..Azril terkesima! Namun dia membalas erat pelukan isterinya..

“ Abang….” Dania menangis teresak-esak..
“ Ya sayang?” Azril bertanya sambil mengusap lembut kepala isterinya.
“ Sebenarnya bukan tu sebab utamanya..” Dania semakin mengeratkan pelukannya. Azril mengerutkan dahinya..dah tu? Dia bertanya di dalam hati..
“ Nia dah pergi buat medical check up..dokter panel Nia beritahu yang Nia memang susah nak mengandung..rahim Nia tak kuat!” Dania semakin kuat menangis di dalam pelukan Azril.

Azril terpana mendengar pengakuan isterinya…!!