PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Tuesday, July 26, 2011

Kisah Kasih Kita (22)

             Iz memandang Durra yang tersenyum manis padanya. Di balas senyuman itu ikhlas. Perlahan diangkat tinggi sedikit bayi lelaki yang didukungnya. Telinga bayi itu dirapatkan sedikit ke arahnya dan diazankan.

            “ Nah…..” setelah selesai Iz kembalikan anak tersebut kepada ibunya.

            “ Kenapa….?”

            “ Takut……” Durra tersengih.

            “ Leher dia lembik sangat. Goyang-goyang. Kang terple’ot pulak….” kali ini lebih besar tawa Durra.

            Durra perhatikan Iz yang ralit bermain-main dengan jari-jemari anak mereka yang masih kecil itu.

           “ Jari dia kecik sangatlah….” Durra lihat Iz bersungguh berkata. Macam tak pernah jumpa baby before this!

            “ Tengok semua jari dia muat pegang satu je jari Iz…..” Iz bersungguh lagi. Lebih-lebih bila jemari bayi itu erat menggenggam jemarinya. Durra menyenggol bahu Iz. Iz berkerutan.

            “ Abang nak dia keluar terus jadi besar ke apa….?” Iz tersengih.

            “ Takdelah macam tu….” Iz senyap pula.

            “ Comel eh….?” Iz berbunyi.

            “ Semua baby comel lah….” Durra menokok.

            “ Tak lah……” Iz menafi.

            “ Dia comel sebab dia baby kita….” akhirnya kedua-dua mereka tertawa. Mensyukuri penantian selama 9 bulan yang berakhir dengan kelahiran Muhammad Syaqir bin Zaim Izzuddin!

******************************************************************************
            Pada orang dikatanya lahir tak cukup bulan. Padahal cukup umur cukup sifat cukup comel budak tu lahir. Pada jabatan agama dirujuk untuk mengetahui status bayi tersebut. Untuk diketahui kepada nama siapa patut dibinkan nama bayi tersebut. Dan kini segalanya selamat. Bayi selamat. Isteri selamat. Rahsia selamat. Dan hati juga masih selamat. Selamat dengan seikhlasnya menerima kelahiran anak pertamanya.

            Iz bangun lagi tengah pagi itu. Tangisan si kecil cuba ditenangkan. Durra yang sedang lenyak tidur dibiarkan. Kini mereka kembali mengisi kekosongan di rumah Encik Mahmud. Dek kerana bebelan Puan Nurzah yang begitu bersungguh ingin menjaga menantu dan cucu sulungnya ini.

            “ Anak papa haus ke……?” Iz bertanya perlahan pada bayi yang berpusing-pusing kepalanya itu.

            “ Sekejap ye….” Iz perlahan menapak ke dapur di tingkat bawah. Dibuka peti sejuk dan dikeluarkan simpanan susu perahan Durra. Susu ibu. Tiada istilah susu formula atau pergi bancuh susu kerana isterinya itu mahu anak mereka lengkap menerima susu ibu selama 6 bulan. Ini hasil kegigihan Durra yang suka membaca buku ibu mengandung dan meng’google’ sana sini dengan laptopnya sepanjang kehamilan.

            Iz pandang jam di dinding dapur tersebut. Sudah 2.00 pagi rupanya. Iz ralit melakukan tugasnya sejak dua tiga minggu ini. Iaitu bangun pagi buatkan susu. Kesibukan seharian di office dengan projek dan tanggungjawab yang semakin menimbun, hanya ini yang mampu dilakukan buat isteri dan anak yang baru lahir.

            “ Hoiiii……!” sergahan tiba-tiba menegcutkan hati Iz. Ditekan dadanya perlahan. Namun sebaik kedengaran suara halus tertawa jelingan maut diberi.

            “ Dah takde kerja lain ke…..?” Iz geram.

            “ Banyak…..! Mind to give me your favor….?”

            “ Arghhhh…takde masa…..” Sha menggigit bibir. Betapa ada abang yang pemalas gini memang susah untuk diminta pertolongannya. Erk…?

            “ Berlambaklah assignment…next week exam pulak…tak terkejar. Tak cukup tangan tak cukup kaki. Penat otak, lenguh hati…..” aduan Sha menggamit senyuman di bibir Iz.

            “ Padan muka….”

            “ Isy……” Sha bergerak mengambil air. Tekaknya yang haus perlu dibantu.

            “ Study ke….?” Iz sekilas bertanya.

            “ Eh taklah, clubbing…..” Sha menjawab bodoh pertanyaan abangnya. Dah sah-sah aku tak tidur sampai tengah pagi macam ni paham-paham ajelah. Lagi mau tanya.

            “ Buat apa tu….?” Sha pula bertanya.

            “ Main basikal…..” eh…pekena aku la tu!

            “ Serius lah….buat apa ni….?” Sha betul-betul curious dengan perilaku abangnya itu. Dia berdiri di sebelah Iz sambil memegang gelas tinggi yang penuh dengan air kosong.

            “ Thaw this susu…..” what…? Sha berkerutan.

           “ Thaw what…?” Iz tersengih mendengar pertanyaan adiknya. Dia pun belajar benda ni dengan Durra.

            “ Esok karang Baiz suruh Kak Durra bukak lecture eh….? Tak payahlah nak belajar tengah pagi macam ni. Baiz tak cukup tenaga nak explain semua benda…..” Sha menyampah mendengarnya.

            “ Aqir nak susu ke…? Tak dengar pun dia menangis…..”

            “ Anak Baiz solehlah. Nak nangis pun pelan-pelan. Dia tak mau kacau orang….” Sha tergelak mendengarnya.

            “ Baiz naik dulu tau. Jangan tidur lambat kang esok tidur dalam kelas pulak…..” Iz pantas mengemas semuanya dan mula ini melangkah…

            “ Baiz….wait!” namun terhenti apabila Sha memanggilnya. Iz menoleh perlahan.

            “ Are you happy now…..?” sepatah demi sepatah Sha bertanya. Jujur dari mata kasar sepanjang kelahiran Shaqir ke dunia ini abangnya memang di antara orang yang dilihat paling gembira. Namun apa yang mahu dia tahu adalah apa yang jujur dari dalam hati.

            Iz menarik nafas dalam. Dia tahu Sha risau. Dia tahu Sha prihatin. Dan dia tahu Sha sayang padanya. Senyuman selebarnya diberikan buat adik tersayang.

            “ Damn much sis! Aqir is another part yang Baiz takde word boleh nak describe how meaningfull he is for me……”

            “ Even though he is not ‘really’ yours….?” sepatah demi sepatah lagi Sha tanya.

            “ Nope! I don’t mind……”

            “ At all…..?” dua patah lagi dari Sha dan Iz tersengih.

            “ I’m hoping for that ‘at all’ actually. Baiz akan terus cuba. Cuba dan cuba lagi. Always give some space of your doa for me eh……?” Sha mengangguk pantas.

            “ Pasti!” Sha bersyukur kepada ALLAH. Kini kelihatan Baiz nya lebih tenang dan lebih matang menghadapi ujian di dalam hidupnya itu.

            “ Owhh by the way, thanks sebab masih simpan rahsia ni….” sungguh Iz sangat berterima kasih pada adiknya itu. Sehingga kini keluarganya masih tetap utuh kerana Sha cukup kuat berpegang pada janjinya.

            “ Seorang adik tak akan sanggup memporak-perandakan hidup abangnya lah Baiz….” Sha cuba memberitahu bahawa tindakannya itu hanyalah biasa-biasa saja. Tidak perlu terlalu dihargai.

            “ Salah tu. Yang betul tak semua adik mampu membahagiakan hidup abangnya macam apa yang Sha buat…..”

            “ So sweet of you….! Nak apa pulak kali ni….?” Sha tak percaya dengan mulut manis abangnya itu. Bukan dia tidak kenal Zaim Izzuddin. Mesti ada nak mintak tolonglah tu!

            “ Hehehehe……” Iz membuat muka comel.

            “ What’s that hehehehe means for….?”

            “ Esok tolong keluar beli barang Aqir sikit. Baiz tak sempatlah…..”

            “ Dah agak dah……”

Setelah memesan panjang lebar pada Sha, Iz pantas naik ke bilik. Dia membuka pintu perlahan. Durra masih berselimut rapat. Sudah tidak kedengaran suara anaknya menangis. Namun sebaik Iz mendekati katil bayi kelihatan mata Aqir masih terkebil-kebil.

“ Aqir tunggu papa ke….?” Iz berkata-kata dengan suara perlahan. Takut mengejutkan Durra. Sekejapan Iz sudah kejap membawa Aqir ke ribaannya. Iz duduk bersila di atas karpet tebal di tengah bilik itu. Semakin lama dia semakin pandai memegang Aqir dengan betul. Itu pun setelah berkali-kali dipelajari daripada orang sekeliling.

Iz menggoyang-goyangkan kakinya. Kepala anak kecil itu yang sedang kalut meminum susu ditenung lama. Bibir mungil Aqir yang tak henti-henti menyedup ditatap.

“ Baca Bismillah tak anak papa ni…..?” Iz berterusan berbual dengan bayinya itu. Entah kenapa Iz cukup gemarkan situasi begini. Saat di mana Aqir dia urus sendiri. Saat di mana Aqir bersamanya berdua. Iz seakan tidak mahu melepaskan saat-saat begini.

Cuma Iz sedikit kecewa kerana Aqir bukan berasal daripada darah dagingnya sendiri. Namun Iz cuba menutup rasa itu. Dia akan menggantikan rasa kecewa itu dengan perasaan yang lebih membahagiakan. Iz tidak mahu menyia-nyiakan Aqir. Betul kata Sha, Aqir langsung tidak bersalah.

“ Anak papa kena jadi budak baik tau….? Sayang ALLAH, sayang Nabi, sayang mama, papa pun kena sayang tau……?” Iz terus menasihati bagaikan anak itu mengerti segalanya. Namun raut wajah Aqir yang langsung tidak memandangnya dan begitu ralit dengan susunya menimbulkan pertanyaan di benak Iz.

“ Sedap sangat ke susu mama ni…..?” erk….

******************************************************************************
Empat tahun telah berlalu….

“ Aqir… Apit……!” Iz menjerit daripada jauh.

“ Ye papa…….?” kedengaran satu suara halus menjawab. Dan seraut wajah lain turut menoleh.

“ Sini….. nak makan rambutan tak……?” Iz melaungkan suaranya lagi.

“ Nantilah Pak Cu……”

“ Kejap papa……”

“ Hei budak-budak ni…..” Iz menggeleng perlahan. Terus dikunyah rambutan di tangan. Saat pulang ke kampung Opahnya ini memang dinanti oleh anak-anaknya itu. Dan cuti yang diperoleh memang akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pulang ke kampung ini.

“ Ghope kamu juga Din….kecik-kecik memang nakal….” Iz menoleh sebaik Opah Siah tiba-tiba mendekatinya di pangkin itu.

“ Eh Opah ni…..” aku pulak yang kena…? Iz terus ralit dengan rambutan-rambutan yang cukup manis ini. Entah pemberian siapa dia pun tak tahu.

“ Lama kamu cuti ni Din….?”

“ Tiga hari je Opah….”

“ Durra mana…..?” Opah Siah memandang sekeliling.

“ Tu……” tiba-tiba Iz memuncung ke arah seseorang yang sedang menatang air keluar daripada dapur. Senyuman terukir di bibir Opah Siah melihatnya.

“ Makin cantik cucu Opah ni….” sebaik Durra meletakkan dulang kedengaran bicara tu dari bibir Opah Siah. Iz menjeling melihat Durra yang tersengih-sengih macam kerang busuk itu. Elehhhhh…..

“ Kan Opah…..? Durra pun rasa macam tu….” erk…..! Tersedak-sedak Iz mendengarnya. Rasa nak tertelan biji rambutan yang dimakan. Nasib pulak air sudah didepan mata. Dicapai segelas dan diteguk rakus.

Durra yang tergelak besar menepuk-nepuk belakang badan Iz. Kang kalau tercekik aku pulak jadi janda! Hesy….

“ Tersedak bang…..?” Durra memerli Iz. Iz membuat muka selamba.

“ Sayang ingat lagi simbolik pangkin ni…..?” selepas kedua-duanya hanya diam memerhati Aqir dan Apit bermain bola, Iz bersuara
.
“ Ingat yang macam mana tu….?” simbolik? Durra berkerutan.

“ Contohnya bagaimana tekun dan tegarnya sayang mengurat Iz dulu….?” erk! Kali ni Durra yang nak tercekik.

 “ Manede!”

“ Yeke tak ada….?” Iz tersengih-sengih mengejek.

“ Tak……..!” sepatah Durra menjawab.

“ Tiap-tiap petang kan sayang hantar posmen ke sini….kan….?” merah muka Durra menahan malu. Nampak sungguh dia tergila-gilakan suaminya ini!

“ Alahhh datang hantar rezeki lebih je pun. Apa salahnya….” Durra cuba menafi. Iz mencebik.

“ Rezeki la saaaaaangat…..!” Durra menggigit bibir.

“ Cuba sayang cakap, tang mana yang sayang suka sangat kat Iz ni…..?” Iz masih menyakat.

“ Isy….jangan cakap pasal ni boleh tak….?” Durra cuba mengubah topik.

“ Orang tanya je, muka tu takyah lah nak merah sangat……” Durra menjeling tajam. Pipinya digosok-gosok perlahan bagi menghilangkan warna merah itu. Macam boleh pulak kan!

“ Abang takdelah handsome mana pun! Biasa-biasa aje….” Durra menahan riak wajahnya.

“ Elehhh yang betulnya Iz handsome sangat kan! Sebab tu sayang tergila-gilakan Iz….” Durra rasa nak termuntah. Iz pula semakin galak tawanya.

“ Heii abang ni kan…..”

“ Ke sayang memang suka muka-muka jambu macam ni….?”

“ Euwww…taklah!”

“ Ye! Dah tu Apit pangggil Iz, Pakcik Jambu tu…..” Iz tersenyum melebar.

“ Owhhh haaaaa tu Durra saje kelepet dia. Cakap abang kerja jual jambu….”

“ Kenapa mesti jambu….? Kenapa bukan jual durian ke, anggur ke, haaa takpun rambutan ke…..?” Iz tak mahu mengalah.

“ Hei abang tu yang memang sengaja suka tunjuk macho depan orang, manalah ada hati yang tak terpikat…..” akhirnya Durra malas mahu berbasa-basi melayan kerenah mereng Iz!

“ See……..” Iz merasakan kemenangan berada di pihaknya.

“ Semua salah abanglah!” eh

“ Apa pulak…..?”

 “ Salah abanglah sebab abang kan kasanova tapi kenapa depan Durra nampak baik sangat….?” eh?

“ Salah abang jugak sebab abang kan tak kenal Apit, tapi apesal caring sangat pasal dia…..?” ha?

“ Salah abang lagi sebab kenapa tiap-tiap malam suka sangat menyanyi kat depan rumah Opah ni….?” what….?

“ Wait!”

“ Apa…?” Durra naik geram.

“ Sayang stalker Iz….?” Durra menggigit lidah. Aduh makkk!

“ Serius……..??” Iz mengulang pertanyaan. Sungguh kenyataan yang satu ini memang dia tak jangka.

“ Tak stalker lah!”

“ How come sayang tahu Iz suka main gitar tengah-tengah malam…?”

“ Aaaaaaa…dengar sampai rumah Durra!”

“ Tak yah nak merepek sangat!”

“ Sayang…..?” kali ini Iz sudah berdiri di depan Durra yang masih duduk. Dipegang kejap kedua lengan isterinya itu. Menuntut jawapan yang sedang berlegar di mindanya.

“ Isy…tepilah….” Durra menolak perlahan Iz di depannya.

“ Sayang….abang tanya….?!” Durra terdiam sekejap.

“ Bluwek……..” Durra menolak bahu Iz dan dia berlari ke arah anak-anaknya.

“ Hei……” Iz melihat Durra yang menjauh.

“ Am asking you……!” Iz dengan jeritan pantas mengejar isterinya yang sudah bersimpang siur berlari di sekeliling Aqir dan Apit.

“ Tak nak cakap……!” Durra masih berusaha melarikan diri. Kedua-dua anak kecil itu pula tidak mengerti tapi bagaikan seronok melihat kedua ibu bapa mereka itu berlari di sekitar mereka. Sehingga mereka ikut berlari juga.

Akhirnya laman rumah Opah Siah itu riuh dengan gelak tawa dan jeritan bahagia empat beranak itu. Tanpa sedar ada sepasang mata yang sedari tadi memerhati dari dalam rumah. Cukup bersyukur dengan kebahagiaan hati-hati yang dahulu pernah terluka. Senyumannya mengiringi perjalanan cucu-cucunya itu.

******************************************************************************
Durra dan Iz berpaling apabila sebuah kereta dilihat masuk ke halaman rumah Opah Siah. Mereka yang penat berkejaran dengan Aqir dan Apit memerhati bersama lelah yang masih ada.

“ Siapa…?” Iz bertanya sepatah.

“ Entah….” Durra menjungkitkan bahunya.

“ Assalamu’alaikum…..” salam yang diberi oleh seseorang yang segak keluar daripada BMW nya dengan kaca mata hitam dimuka Durra pandang pelik. Sungguh dia tak tahu siapa ini namun salam yang diberi masih dijawab dalam hati.

“ Nak jumpa siapa ye…..?” Iz menghulur tangannya dan disambut lelaki itu.

“ Tak kenal saya lagi ke….?” lelaki itu bertanya. Iz berkerutan. Aku kenal ke….?

Sekilas lelaki itu membuka kaca mata hitamnya.

“ Ayie……..?” jeritan Durra di sisi membuat Iz terpinga. Ayie…..?

“ Ingat dah lupa……” Ayie pandang Durra dengan senyuman. Iz pandang lelaki di depannya dari atas ke bawah dari kiri ke kanan. Iz macam tak percaya. Baru berapa tahun dia tak jumpa mamat ni tapi dah berubah 360 darjah macam ni…? Unbelievable!

“ Ayie nampak lain tadi, Durra hampir tak kenal…..” Durra bersuara ceria.

“ Abang…..?” Durra menyenggol suaminya di sisi. Iz tersenyum sengih. Menyedari kekalutannya tadi.

“ Eh sorry bro….serius aku tak kenal kau tadi. How come boleh jadi macam ni…?” Iz ramah bertanya.

“ Jadi macam ni maksudnya…? Tak bagus ke macam ni….?” Ayie memandang dirinya sendiri.

“ Bukan…..! Eh jangan salah faham. Bagus sangat dah ni….” Iz menutup kesalahan bicaranya.

“ Semua ni rezeki aku…..”

“ Kau Iz, abang Sha kan…..?” Iz tersengih mendengarnya. Ingat aje pasal adik aku!

“ Yelaaa…dia ada abang lain lagi ke…?” Ayie tersenyum manis mendengar.

Dan petang itu Ayie menghabiskan masanya berbual bersama-sama Iz dan Durra. Yang sudah bertahun tidak dijumpai dan diketahui bagaimana hidupnya itu. Setelah menginjak ke petang, Ayie meminta diri untuk pulang.

Sebaik menghidupkan enjin kereta, Ayie memandang dari kejauhan Durra dan Iz yang bahagia bergelak ketawa bersama anak mereka. Tiba-tiba ada satu perasaan menyelinap dalam hatinya. Ada sesuatu yang belum dia selesaikan dan masih tergantung sehingga kini.

Dan Ayie tahu, cuma ada seorang yang mampu membawa dia kepada perkara itu…

“ Sha……” sebaris nama ini meninti di bibir Ayie


********************************************************************


nota sikit : skang punya habit kerapkali suka tukar lagu mengikut n3. harap anda tak stress! wee =)      
ilmu sikit : thaw adalah 1 kaedah mencairkan susu ibu yang telah diperah dan distored dlm fridge. 
                harap maklum

Friday, July 22, 2011

Kisah Kasih Kita (21)

            “ Nak susu……?” Iz meraup perlahan dahi Durra yang sedang baring di sisinya. Durra menggeleng perlahan.

            “ Minumlah….baik untuk ibu mengandung. Iz buat eh….?” Durra mendongak ke atas. Mencari anak mata Iz. Durra mengangguk kemudiannya. Dilihat Iz beredar keluar daripada bilik mereka. Durra menarik nafas dalam.

Sebenarnya Durra tidak faham dengan tingkah laku suaminya. Iz sangat prihatin dengan kandungannya namun dalam masa yang sama Iz tak pernah bersuara atau bertanya tentang keadaan bayi yang sedang dikandungnya itu.

Laki aku ni ada split personality ke…? Arghh…Durra menggeleng perlahan berkali-kali.

“ Kenapa tu…..?”

“ Ha…..?” Durra terkejut bila Iz menegurnya. Cepatnya buat susu? Ini mesti dia pakai tuang je susu UHT dalam fridge tu!

“ Owh…takde apa…..” Durra hanya tersengih-sengih. Dia bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Selimutnya ditarik hingga ke atas.

“ Nah…..” Durra menelan air liur bila Iz menghulur gelas tinggi yang penuh dengan susu. Hai….

“ Nak kena minum ke….?” Durra lihat Iz mengangguk.

“ Tak sedap…..” Durra mengadu.

“ Tapi berkhasiat……” Iz mencelah.

“ Minum ajelah. Tutup mata….imagine tengah minum fresh orange….” heii…Durra menjeling. Susu dengan fresh orange? Bagai langit dengan bumi la!

“ Uwekk…..” Durra cepat-cepat menghabiskan susu tersebut dan gelas tadi diserahkan kembali kepada suaminya. Iz menggosok perlahan kepala isterinya.

“ Good…….!” Iz kemudian kembali berbaring di sebelah isterinya sambil menyambung pembacaannya yang tergendala tadi.

“ Esok ada check up kan…..?” Durra mengangguk bila Iz bertanya.

“ Pukul berapa…..?”

“ Urm….. 2 petang…..”

“ Okay….lunch time Iz fetch Durra kat butik. Kita lunch sama then Iz hantar Durra pergi klinik eh……?” Durra terdiam.

“ Abang tak nak ikut sekali…..?” perlahan Durra bertanya.

“ Iz sibuklah sayang. Esok pukul 3 ada meeting dengan client. Takut tak sempat. Pergi sorang eh…..?” Iz menoleh ke sisi.

Sambil menggigit bibir Durra mengangguk juga. Durra tidak mahu bertanya lebih kenapa setiap kali dia ada check up setiap kali itu juga Iz mengaku ada meeting. Durra dapat rasa Iz bagaikan tidak mahu mengambil tahu tentang bayi ini.

“ Balik klinik abang tak payahlah ambil….nanti Durra naik teksi balik butik…..”

“ Janganlah……” Iz belum apa-apa sudah menghalang.

“ Abang kan sibuk……?” Durra serba-salah.

“ Nanti Iz suruh Sha ambil Durra. Janganlah balik sorang….nanti Iz risau….”

“ Tak susahkan Sha ke..? Dia takde class….?”

“ Tak….Iz dah tanya semalam….” Durra terdiam terus. Kadangkala tingkah Iz susah untuk Durra teka. Semuanya diurus sendiri. Jarang untuk dibincangkan dengannya terlebih dahulu.

“ Abang……” Durra menggigit bibir. Dia tidak tahu sama ada ini cara yang tepat untuk meneka hati Iz. Tapi setidaknya melalui cara ini Durra boleh mendapat gambarannya.

“ Urm……? ” Iz menoleh apabila Durra memanggilnya.

“ Durra ada baca satu buku ni, dalam tu ada cakap bagus untuk seorang suami bacakan surah-surah terpilih untuk bayi dalam kandungan isterinya setiap malam…..” Iz menelan air liur mendengarnya. Durra mencari anak mata suaminya.

Mana ada aku baca buku macam tu tapi saja aku nak test laki aku ni!

“ So……?” Iz mengembalikan sebuah pertanyaan kosong. Durra menjeling geram. Sahlah Iz memang tak mahu ambil tahu pasal bayinya. Pecah hatinya tika itu, rupanya Iz hanya terpaksa menerima dia.

“ Takpelah…..” sepatah Durra menjawab. Lantas dia terus berbaring. Ingin merawat hatinya sendiri.

Iz tersenyum. Perlahan dia bangun bergerak mengambil Tafsir Al-Quran pemberian arwah Baimnya. Durra terus menutup mata, tidak mahu lagi melihat apa yang dilakukan suaminya.

“ Surah apa….?”

“ Ha….?” Durra membuka matanya pantas.

“ Surah mana yang sayang baca bagus tu…? Iz mana tahu….”

“ Owhh….haaaa……..” Durra menggigit bibir. Padan muka aku!

******************************************************************************

“ Betul sayang…..?” Puan Nurzah bertanya ceria pada menantunya itu. Tidak berkelip dipandang wajah Durra.

“ Betul bu….” Durra menjawab dengan senyuman. Senyuman yang terukir di bibir namun terasa perit menghiris hatinya. Dia terpaksa berbohong kepada kedua orang tuanya ini. Durra merasa sangat bersalah.

“ Alhamdulillah….syukur! Murahnya rezeki anak-anak ibu ni baru kahwin dah nak dapat baby. Seronoknya bang……….” Puan Nurzah memandang suaminya di sisi yang turut terkejut namun bersyukur mendengar perkhabaran itu.

“ Seronok ke bu…? Dapat cucu means ibu dah tua la…..” Iz selamba menyakat ibunya.

“ Isy budak bertuah ni…….! Ibu nenek yang muda belia lagi tau. Anak ni punca rezeki mestilah kita kena bersyukur….rasa gembira…rasa happy……” Puan Nurzah cepat-cepat beralih duduknya ke sisi Durra. Ditepis perlahan Iz yang sentiasa ada di sisi Durra itu. Eh ibu ni!

“ Dah berapa bulan ni sayang…..?” Puan Nurzah meraba perut menantunya.

“ Urm……” Durra menelan air liurnya yang terasa pahit.

“ Baru empat minggu bu…..” Iz pantas mencelah. Kemudian Iz lihat betapa dalamnya anak mata Durra memandangnya. Dengan pandangan penuh makna. Yang hanya mampu difahami oleh mereka berdua sahaja.

“ Owh….lambat lagi tu. Takpe nanti ibu teman Durra pergi shopping barang-barang baby eh….?” Iz hanya memerhati ibunya itu. Rasa sungguh bersalah namun dia tidak mahu berterus terang. Kerana baginya berterus-terang juga akan melukakan hati tua itu. Jadi lebih baiklah dia menjaga hati itu juga berusaha untuk menutup aib isterinya.

“ Tak payah susah-susah la bu…..Iz kan ada…..” Iz tidak mahu menambah rasa bersalahnya
.
“ Eh biarlah….ini cucu pertama ibu tau! Ibu nak buat semua untuk dia….”

“ Isy awak ni, kalut semacam. Baru berapa minggu je Durra ni pregnant. Kot ye pun sabar-sabarlah dulu…..” sudahnya Encik Mahmud yang menegur isterinya itu. Mematikan terus bicara wanita kesayangannya.

“ Dalam perut Mak Cu ada baby……?” Apit yang sedari tadi menjadi pemerhati mencelah.

“ A’ah sayang. Mari dekat Mak Cu….” Durra menarik Apit dan diletakkan tangan kecil itu pada perutnya.

“ Dalam ni….?” Apit mengulangi pertanyaannya.

“ Ya……” Durra sekali lagi mengiakan.

“ Ni adik Apit tau…..” Puan Nurzah pula mencelah. Durra kemudian perlahan memandang Iz. Berharap Iz mengotakan janjinya dulu. Iz yang melihat Durra bersilih ganti memandangnya dan Apit memahami apa yang diinginkan isterinya itu.

“ Abah…. ibu. Iz nak bawak Apit tinggal dengan Iz dan Durra boleh…..?”

“ Eh, kenapa pulak…..?” Encik Mahmud berkerutan.

“ A’ah Iz. Ibu suka Apit tinggal kat sini. Kenapa tiba-tiba nak bawak dia pergi sana..? Nanti siapa nak jaga Apit…..?”

“ Takpe bu…. Durra boleh jaga….” Durra berusaha menyokong kata-kata Iz.

“ Iz bukan apa bu, yela Durra kan pregnant dan sekarang Iz kadang-kadang kena balik lambat sebab banyak projek. Iz tak nak lah Durra tinggal sorang-sorang kat rumah. At least ada Apit, dia boleh teman Durra…..”

“ Apit nak tinggal dengan Pak Cu dan Mak Cu tak…..?”

“ Nak….! Nak……!” si kecil yang tidak tahu apa-apa itu hanya bersetuju ceria dengan soalan bapa saudaranya itu.

“ Takpe bu, nanti van yang selalu ambil Apit dari sekolah, Iz akan suruh hantar Apit terus ke butik Durra. Butik tu memang Durra yang handle jadi takde masalah untuk dia bawak Apit. Selesa je keadaan kat situ. Ibu jangan risau eh……?”

“ Ikut kamu berdualah….lagipun kalau Apit sendiri suka, takkan ibu nak halang….”

“ Assalamu’alaikum……” tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara orang memberi salam. Seketika dilihat Sha baru pulang dengan Dikya daripada membeli barang di kedai.

“ Eh semua ada…….?” Sha menghampiri semua yang ada sementara Dikya membawa barang yang dibeli itu ke dapur.

“ Ceria je semua orang ni….? Ada menang nombor ekor ke….?”

“ Hoi…..kasarnya gurauan anak abah ni…..” Encik Mahmud menggelengkan kepalanya.

“ Alaaa….guraulah bah….” Sha tersenyum manis duduk di sisi ayahnya.

“ Ada apa…..?” Sha bertanya kembali.

“ Ni ha Kak Durra kamu pregnant. Sekejap lagi Sha dah nak jadi makcik tau……” Puan Nurzah tanpa menunggu berkongsi kegembiraan itu dengan anak perempuannya. Namun dia pelik apabila anaknya itu hanya diam.

“ Ha…. ni apesal tiba-tiba diam pulak…..?” Puan Nurzah menunggu.

“ Wait….. apa ibu cakap tadi…..?”

“ Kak Durra kamu pregnant…..!” Puan Nurzah menekan suaranya agar jelas di pendengaran Sha.
“ Owhh really…..?” Sha membuat muka terkejut. Pantas dia mendekati kakak iparnya. Dicium pipi Durra dengan penuh rasa kasih.

“ Tahniah kak………” dipeluk kakak iparnya itu erat.

“ Terima kasih Sha……” Durra pula ceria menyambutnya.

Namun dalam pada memberikan ucapan tahniah dan memeluk Durra, mata Sha jatuh pada wajah abangnya. Sha memandang Iz lama. Dan mereka berdua saling membalas pandangan. Dengan maksud tersirat yang hanya mereka berdua sahaja tahu. Sha menganggukkan sedikit kepalanya. Dibalas Iz dengan senyuman nipis.
Tiba-tiba Sha teringat perbualan dengan abangnya itu tempoh hari. Semasa dia membawa Iz melihat sunset.

******************************************************************************

“ Mengandung…….?!” Sha nyata begitu terkejut dengan cerita abangnya.

“ Baiz ni biar betul……?!” Sha masih tidak percaya.

“ Baiz takde masa nak buat cerita pasal benda mustahak macam ni….” suara Iz lemah menjawab.

“ Tapi macam mana boleh……?” Sha mematikan bicaranya.

“ Korang baru je kahwin……” dan hanya disambung perlahan namun masih mampu didengar Iz. Iz menarik nafas dalam. Kemudian diceritakan satu persatu perihal Durra kepada adiknya. Iz bukan mahu membuka aib isterinya, Tapi sungguh dia memang memerlukan seseorang untuk dikongsi rasa ini dan Iz tahu Sha adalah orang yang paling sesuai.

“ YA ALLAH…..kesiannya Kak Durra…” itu ayat pertama yang terluah di bibir Sha sebaik mendengar cerita daripada mulut Iz. Tahulah Sha masalah yang menimpa abangnya ini memang cukup besar dan sangat menguji ketabahan hati.

“ Habis apa yang Baiz rasa sekarang….?” perlahan Sha bertanya.

“ Tak tahulah Sha….Baiz tak tahu nak buat apa. Baiz buntu sangat….”

“ Patutlah arwah Baim beria suruh Baiz jaga Kak Durra kan…..” Iz tetap diam membisu.

“ Kak Durra tak tahu ke siapa yang buat kerja terkutuk ni….?” Iz menggeleng.

“ Dia tak kenal. Dan dia pun takde bagitau kat polis….masa tu kan dia takut sangat…”

“ Owhh yela kan…..”

Lama mereka berdua diam.

“ Baiz sayang sangat dengan Kak Durra tu Sha. Tapi bila teringat yang dia tengah mengandungkan anak orang lain… Baiz rasa macam nak suruh dia gugurkan aje baby tu…..”

“ Astaghfirullah Baiz…..! Mengucap banyak-banyak. Apa Baiz cakap ni…..?!”

“ Sha tak paham apa yang Baiz rasa….!”

“ Tapi Sha perempuan, Sha tahu apa yang Kak Durra rasa…..!” Sha menekan bait bicaranya.

“ Kak Durra tak salah…baby dalam perut dia tu pun tak salah. Yang salah adalah orang yang dah rogol Kak Durra tu. Lelaki tu lah yang salah, yang keji yang tak berperikemanusiaan….bukannya Kak Durra….”

“ Dia tak mintak jadi macam tu Baiz……”

“ Baiz tahu…..”

“ Baiz tahu tapi kenapa Baiz tak boleh terima…..?” perlahan tutur Sha.

“ Baiz tak tahulah Sha…..” Iz geram dengan adiknya yang bertalu-talu bagai menyalahkan dirinya.

“ Baiz kena jadi matang, Baiz kena hadapi semua ni. Baiz tak boleh jadi pengecut, biarkan Kak Durra sendiri…..” Sha meluahkan apa yang dia rasa.

“ Ye Sha tahu pahit! Tapi Kak Durra isteri Baiz. Isteri yang perlu Baiz bela hidupnya bukan dibiarkan terkapai. Sudahlah hidup dia pernah gelap sebelum ni. Takkan lepas kahwin dengan Baiz pun Baiz nak jadikan hidup Kak Durra gelap jugak dengan mendapat suami yang tak boleh dia nak bergantung harap……?”

“ Kak Durra ada siapa sekarang cuba Baiz cakap dengan Durra….?” Iz hanya diam.

“ Kak Durra ada Baiz je! Tolonglah Baiz, Sha merayu tolonglah jangan pernah terfikir nak tinggalkan Kak Durra atau nak suruh dia gugurkan baby dalam perut dia tu. Hancur hati dia nanti……” Iz menarik nafas dalam.

“ ALLAH pilih Baiz, itu maksudnya ALLAH sayang Baiz. Kak Durra yang jadi macam tu lagilah ALLAH sayang……” Iz menangis mendengar bicara Sha yang satu ini.

“ Every single thing happened for a reason Baiz. Please believe me……!” Sha menggosok perlahan bahu abangnya.

“ Ada hikmahnya…Baiz jangan tutup mata hati! Percaya dengan Sha, Baiz dah cukup beruntung dapat isteri sebaik Kak Durra. Takkan nak dibiarkan terlepas perempuan macam tu hanya sebab dia menjadi mangsa penganiayaan orang lain….?”

“ Redhalah Baiz. Redha dengan ALLAH jangan pernah bersangka buruk pada DIA….” terkesan juga bicara adiknya ini di hati Iz.

“ Sha simpan semua ni eh…..?” Iz memandang adiknya dengan air mata yang berlinangan.

“ Sha pegang rahsia ni. Baiz janganlah risau…..”

“ Even Kak Durra pun tak perlu tahu yang Sha tahu semuanya ye…? Baiz takut dia salah sangka Baiz ceritakan aib dia pada orang sedangkan Baiz dah janji takkan cerita pada siapa-siapa….”

“ I will….dont worry. Just move on with your life. Terimalah Kak Durra seadanya. InsyaALLAH akan ada bahagia untuk korang berdua……” Iz tersenyum mendengarnya.

“ Hei…….” dan Sha tiba-tiba tersedar daripada lamunannya.

“ Berangan ajelah anak dara ibu ni…..” Puan Nurzah merasa pelik.

“ Bukan beranganlah. Cuma terbayang kan best kalau Sha yang dah kahwin dan bakal mendapat baby macam Kak Durra ni. Ohhh bestnye……..!”

“ Amboi….gatalnya anak abah ni…..!” dan mereka sekeluarga akhirnya tertawa bersama. Menikmati saat indah bersama sebegini.

******************************************************************************

“ Buat apa ni…..?” Iz menegur isterinya yang dilihat ralit sendirian di ruang tamu itu. Hari sudah jauh malam dan Apit pun sudah masuk tidur. Durra hanya tersenyum mendengarnya. Tiada jawapan diberikan.

“ Mengait….?” Durra mengangguk.

“ Kait apa ni…..?”

“ Sarung tangan……”

“ Untuk baby….?”

“ Yup…….” Durra kelihatan ceria wajahnya.

“ Kenapa susah-susah? Beli kan boleh. Ni dah tengah malam….tak letih ke….?” Iz mengurut perlahan bahu Durra.

“ Alaa Durra rasa nak kait sendiri. Dapat satu pun bolehlah….” Iz hanya tersenyum melihat telatah isterinya.

“ Abang nak tidur dulu pergilah. Durra tak mengantuk lagi…..”

“ Takpelah…. Iz teman Durra…..” Iz perlahan-lahan mengusap rambut isterinya yang panjang mengurai itu. Semenjak perut Durra semakin membesar, isterinya itu tampak begitu berseri-seri. Bersih saja wajahnya bagaikan tiada masalah.

Perlahan-lahan Iz memeluk isterinya itu daripada belakang. Disandarkan batang tubuh Durra ke badannya.
“ Abang……?” Durra pelik melihat kelakuan suaminya.

“ Just let me give you a hug eh….? Iz tak kacau sayang……” Durra kemudian hanya membiarkan. Iz leka memerhati Durra mengait. Terlintas dibenaknya, adakah apabila mereka mempunyai anak sendiri nanti, Durra akan serajin ini….? Jauh fikiran Iz melayang….

“ Ouchh……” sebelum tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara Durra.

“ Kenapa…..?” Iz cemas bertanya.

“ Auw….baby tendang perut Durra…..” ceria Durra bersuara.

“ Owhh….” hanya sepatah iz menjawab. Iz nampak Durra memegang-megang perutnya. Sekejap kiri sekejap ke kanan.

“ Abang nak rasa…..?”

“ Eh takpelah……” Iz menolak perlahan bila Durra bertanya. Durra tiba-tiba sayu. Tak sudikah Iz….?

“ Abang tak tengok pun gambar scanning baby yang Durra letak atas meja abang tadi kan….?” Durra tiba-tiba membuka cerita. Iz menggigit bibir.

“ Urm…Iz tak perasanlah. Later karang Iz tengok eh…..?” Iz seboleh mungkin tidak mahu mengecilkan hati isterinya meski tanpa sedar banyak tingkahnya yang telah mengguris hati si isteri. Durra menarik nafas dalam. Semakin perlahan kelajuan tangannya mengait.

“ Abang tak boleh terima anak ni ke…..? Abang tak sudi….?” bergenangan air mata Durra bertanya soalan itu pada Iz. Durra rasa sudah tiba masanya dia berbicara dari hati ke hati dengan suaminya itu.

“ Kenapa cakap macam tu…? Takdelah……” Iz cube menafi.

“ Abang…. Durra bukan budak yang boleh abang tipu sesuka hati……” Iz terdiam. Durra pantas mengalihkan duduknya. Kini dia tenang duduk berhadapan dengan suaminya itu.

“ Abang…anak ni tengah membesar dalam rahim Durra. Ini anak abang jugak…..” perlahan Durra membawa tangan Iz dan diletakkan di atas perutnya. Iz dapat rasakan gerakan-gerakan kecil di perut itu. Tiba-tiba hatinya berdetak kencang.

“ Dia tengah dengar apa yang kita cakap. Dia tahu siapa yang bacakan ayat Al-Quran untuk dia setiap malam……” tercuit hati Iz mendengar bicara itu.

“ Durra cuma nak abang yang jadi ayah pada anak ni. Bukan orang lain…..”

“ Sayang…..kenapa cakap macam ni…?” Iz memegang kejap kedua belah pipi Durra.

“ Selama hari ni, abang tak pernah nak ambil tahu pasal keadaan dia…..” Durra memaksudkan ‘dia’ adalah bayi di dalam kandungannya itu.

“ Tapi Iz jaga keperluan Durra kan…? Semua yang sayang minta Iz sediakan…..” Durra tersenyum sumbing.

“ Sejak pertama kali Durra kenal abang kat kampung, Durra dah sukakan abang….” Iz terkejut kerana tiba-tiba Durra mengungkit kisah lalu semasa di kampung pula.

“ Waktu tu Durra sukaa sangat kat abang. Kalau boleh hari-hari Durra nak datang rumah Opah Siah hantar makanan semata-mata untuk tengok abang…..” Durra tertawa kecil sedangkan Iz terkesima mendengar pengakuan itu.

“ Tapi masa tu abang tak suka Durra kan…? Rasa menyampah lagi ada lah tengok Durra hari-hari tercongok dengan pintu rumah nenek abang…..” kali ini Iz pula tertawa.

“ Masa tu Durra berharap sangat abang akan cakap yang abang suka kat Durra. Tapi takde pun kan…..?” Iz menggigit bibir. Itu kerana dia tahu Baim juga sukakan Durra.

“ Abang perlu tahu yang Durra terima pinangan abang bukan kerana terpaksa untuk menutup malu mengandungkan anak ni. Memang anak ni menjadi salah satu sebab tapi Durra terima dengan hati terbuka dan yakin kerana lelaki itu adalah abang…..”

“ Dan abang perlu tahu, hati Durra tak pernah ada untuk arwah Baim…..” Iz menelan air liur kelat.

“ Sebab tu Durra berharap sangat abang dapat terima anak ni. Ni anak abang jugak. Tolonglah jangan sisihkan dia. Sebab dia jugak Durra dapat hidup dengan abang sekarang….” Iz menunduk lama.

“ Bila dia lahir nanti, abang bentuklah dia….didik dia jadi manusia berpekerti baik dan mulia macam abang. Takde orang lain yang boleh buat semua tu, abang je yang boleh…..” sungguh kali ini hati Iz benar-benar tersentuh.

“ Abang sayanglah dia macam mana sayangnya Durra pada abang ye…..?” tanpa menunggu Iz perlahan memeluk rapat Durra dihadapannya

“ Iz minta maaf sayang…..” perlahan mengalir air mata Durra mendengarnya.

“ Papa minta maaf sayang…..” dan dengan perlahan juga Durra merasa Iz memegang dan mencium perutnya yang sedang membesar itu.