PESANAN DARI HATI

Buat pembaca tersayang Wajib SOLAT DULU sebelum terus membaca!! Janganlah bagi 'saham' free kat saya ek ek ek..? Dosa yang ada pun tak tertanggung da...^_^

Saturday, November 27, 2010

Kisah Kasih Kita (16)

            Iz merenung sebak sekujur tubuh yang sedang dimandikan itu. Bergenangan air matanya melihat wajah abang kandung yang kini tidak lagi mampu membalas senyumannya..

            “ Sabarlah nak…sudah..mari cepat kita mandikan jenazah ni. Jenazah pun tahu malu juga….” teguran seorang pakcik menyedarkan Iz dan dia lantas terus membantu yang lainnya memandikan jenazah Zaim Aimanuddin. Iz menahan rasa sebaknya dalam-dalam…dia ingin berbakti untuk kali yang terakhir pada abangnya ini. Iz dengan penuh rasa tanggungjawab menguruskan segala hal tatkala Encik Mahmud, ayah mereka kelihatan sedikit terpukul dengan pemergian anak kesayangannya secara tiba-tiba..dengan umur muda yang belum pun mencecah usia 25 tahun..

            Jika sudah ajal, ia tidak akan terlewat barang sesaat pun dan tidak akan dipercepatkan barang sesaat pun. Janji ALLAH S.W.T itu benar! Zaim Aimanuddin meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke hospital saat lelaki itu jatuh tidak sedarkan diri. Doktor mengesahkan Aiman meninggal kerana serangan jantung.

Entah sejak bila Aiman mengalami penyakit ini Iz sendiri tidak tahu. Setahunya abangnya tidak pernah sakit. Tidak pernah mengadu sakit. Dan tidak pernah ditahan atau dikejarkan ke hospital akibat sebarang penyakit. Benarlah kata orang serangan jantung ini boleh berlaku pada bila-bila masa malahan secara senyap sehingga si empunya diri pun mungkin tidak tahu yang jantungnya bermasalah..

Iz menarik nafas dalam. Kini jenazah Aiman sudah siap dikapankan namun wajahnya masih terbuka untuk tatapan ahli keluarga buat yang terakhir kali. Iz memandang sekeliling…ibu dan adik-adiknya duduk di suatu sudut dengan linangan air mata tanpa henti. Hati Iz bagaikan dicarik melihat keadaan ini. Dia tidak pernah menyangka bakal berdepan dengan semua ini. Iz mengelap perlahan air matanya yang sudah jatuh. Iz perlu kuat…dia perlu kuat untuk seluruh ahli keluarganya..

Iz berjalan mendapatkan ibu, nenek dan adik-adiknya…

“ Ibu……..” Iz memegang kejap kedua belah tangan ibunya. Puan Nurzah hanya memandang kosong wajah satu-satunya anak lelaki yang masih dia punya..

“ Mari bu..ibu taknak cium Baim…..?” Iz bertanya lirih. Kedua orang adik perempuannya turut diajak melalui pandangan mata..

“ Ibu tak kuat Iz……” Puan Nurzah menjawab sebak. Lantas Iz terus memeluk kejap Puan Nurzah. Belakang badan ibunya diusap penuh kasih sayang. Mengalirkan sisa kekuatan yang masih dia punya..

“ Kesian Baim bu…Iz tahu ibu kuat. Baim tak pergi mana-mana…dia ada dengan kita cuma ALLAH dah panggil dia dulu. Kita kena ucapkan selamat tinggal pada Baim..doakan dia….” Iz menokok lagi. Sekejapan pelukannya dilepaskan dan Iz mengelap pipi Puan Nurzah yang tidak pernah lekang dengan air mata..

Tiba-tiba Encik Mahmud muncul dan menghulurkan tangan pada isterinya. Iz memandang ke atas. Raut wajah abahnya kini tampak lebih tenang. Iz merasa sedikit lega. Setidaknya dia tahu abahnya masih punya kekuatan yang tersisa untuk disalurkan kepada mereka yang lain. Puan Nurzah dengan lemahnya bangun sambil dipimpin Encik Mahmud mendekati jenazah anaknya yang bakal dikebumikan sebentar lagi..

“ Opah……” kini Iz membantu neneknya pula untuk bangun. Opah Siah juga sama…bayangkanlah dari kecil Baimnya adalah cucu yang paling rapat dengan Opah. Pasti wanita tua itu sebak kerana ternyata umur cucunya tidak panjang. Opah Siah hanya menurut…bangun dan perlahan-lahan dipapah oleh jiran tetangga mereka mendekati jenazah Aiman..

Kini Iz beralih pula ke arah dua orang adiknya. Ke arah dua orang saudara sedarah sedaging yang masih dia punya. Sha nampak sedikit tegar berbanding adik bongsu mereka. Mungkin kerana hati Sha sedikit keras maka dia sengaja menyembunyikan rasa sedihnya itu. Iz tahu dan Iz faham benar. Pantas Iz memeluk kedua-dua orang adiknya itu. Sha dan Dikya menangis di bahu Iz. Iz dapat merasakan hangatnya air mata adik-adiknya terutamanya Sha yang hanya diam tidak berkutik sedari tadi. Iz menggosok kepala keduanya dan dicium dahi mereka satu-persatu..

“ Dah…..jom….” Iz memeluk erat bahu keduanya dan mereka bertiga sama-sama melangkah ke arah ruang tengah rumah Opah Siah ini. Mereka sekeluarga secara bergilir-gilir menyium lembut dahi arwah Aiman yang tampak tenang di pembaringannya itu..

Setiap hati berbisik hiba….

“ Selamat jalan anak abah. Baik-baik di sana nak…tunggu abah…”

“ Ibu sayang Im….ibu sayang Im sampai ke hujung nyawa ibu…..”

“ Opah doakan kamu cu…Opah akan ingat sampai bila-bila keluhuran hati kamu….”

“ Sha akan rindukan Baim….”

“ Dikya doakan Baim tenang kat sana……”

“ How could you leave me…..? I want you to be with me bro….Iz sayang Baim…..”

Dan akhinya mereka duduk mengelilingi arwah sambil kedengaran bunyi aluan tahlil yang dibacakan oleh penduduk kampung yang tidak henti-henti menziarahi rumah Opah Siah ini..

“ Baim……….” Iz menoleh drastik saat mendengar suara seseorang yang sedang berjuraian air mata. Iz melihat Durra melangkah masuk perlahan-lahan…tidak menghiraukan yang lain dan hanya merenung jenazah seorang lelaki yang hampir sah menjadi suaminya itu. Iz menahan sebak di dada..yang lain turut begitu…

“ Baim jangan tinggalkan Durra……” hanya itu yang kedengaran dari bibir Durra sebelum dia rebah tidak sedarkan diri di tengah-tengah rumah itu…

******************************************************************************

            “ Abang Ray balik dulu. Bawak-bawak bersabar Iz….Aiman orang baik…ALLAH lebih sayangkan dia. Jangan bersedih….kesian dia kat sana nanti….” Iz hanya mengangguk tenang saat mendengar pesanan sahabat baik arwah abangnya ini, Rehan Hazriq. Sahabat yang banyak menuntun abangnya untuk dekat dengan jalan ALLAH…Iz tahu itu kerana Aiman selalu bercerita..

            “ Abang Ril pun pernah merasa kehilangan macam ni. Sabarlah dan masa akan menjadi penyembuhnya….” kali ini abang kepada Rehan iaitu Azril Hakimi pula berkata. Sekali lagi Iz mengangguk. Kerana Iz tahu lelaki ini pernah kehilangan isteri yang dicintai…yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka. Iz tahu pasti rasa itu juga sakit…

            “ Terima kasih sebab datang menziarah ni. Abang berdua jangan lupa datang kenduri malam ni….”

            “ InsyaALLAH….kami balik dulu….” Rehan dan Azril pun meminta diri untuk pulang ke hotel sementara menanti kenduri malam ini dan selepas itu pulang terus ke Kuala Lumpur. Mereka dua beradik jauh datang dari Kuala Lumpur kerana mereka kenal baik dengan Aiman..tidak sampai hati rasanya tidak dapat menatap wajah sahabat mereka ini buat kali yang terakhir…

            “ Kesian dengan bakal isteri dia ya…..” Azril sepatah berbicara dan Rehan hanya menjungkitkan bahu. Tidak tahu ingin berkata apa lagi. Lipatan takdir ALLAH itu pasti yang terbaik. Setelah agak jauh dari kawasan kubur langkah Rehan terhenti…dia menarik nafas dalam..

            Dia kenal susuk itu. Dia tahu siapa gerangan seorang wanita yang lengkap berbaju kurung putih berbunga hitam, berselendang hitam dan bercermin mata hitam di sebalik pokok besar itu. Wanita itu hanya memandang dari jauh kubur arwah Zaim Aimanuddin yang semakin sepi ditinggalkan ahli keluarganya…

            Mya…….sebaris nama ini meniti di bibir Rehan…

******************************************************************************
            “ Saya ucapkan takziah pada awak dan keluarga awak……” Sha cepat menyeka air matanya saat seseorang menegur. Sha pandang ke sisi sambil membetulkan selendangnya yang mula jatuh.

“ Ayie…..” Sha memanggil pemuda di sebelahnya dan Ayie melemparkan senyuman manis buat gadis itu..

“ Nah…….” Ayie menghulurkan sepaket tisu kepada Sha. Sha hanya memandangnya tanpa kata..

“ Ambillah…..” Ayie menghulurkan lebih dekat. Sha mengambilnya dengan tenang…

“ Thank you……”

“ Sama-sama…...”

Sha mengelap air matanya yang kian jatuh. Masih sebak hatinya mengingati abangnya yang baru sekejap tadi dikebumikan. Sha masih ralit dalam kesedihannya dan dia menoleh ke sisi..Ayie masih di situ. Sha memandang lelaki itu berkerutan…kenapa masih kat sini..? Tak nampak ke aku tengah sedih ni…? Lain-lain kali jelah kalau nak ajak borak…Sha merasa sedikit tidak selesa di dalam hati..

“ Menangislah kalau itu boleh kurangkan rasa sedih Sha. Saya teman duduk dekat sini je…..” Ayie berbicara tenang. Sha tidak menjawab apa…dia hanya diam duduk di situ sambil menangis dan Ayie turut diam menjadi peneman setianya…

******************************************************************************

Encik Mahmud sekeluarga telah pulang ke Kuala Lumpur sewaktu majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan telah berganti dengan kenduri arwah. Segalanya sudah selesai kini….

“ Tolong sempurnakan impian Baim…tolong jaga dia untuk Baim…….” suara Aiman tengiang-ngiang di cuping telinga Iz. Pesanan terakhir yang dititipkan lelaki itu dalam perjalanan ke hospital tempoh hari. Tiada siapa pun tahu akan perkara ini…Iz resah sendiri.. 

            Pesanan seperti itu adalah satu amanah dan berat untuk dia tanggung sendiri. Maka segalanya diceritakan pada Puan Nurzah…

            “ Terpulanglah pada Iz…Iz fikirlah baik buruknya sendiri…..” Puan Nurzah menyerahkan segala keputusan di tangan anaknya. Memang bukan dirinya untuk memaksa apatah lagi untuk perkara sepenting ini...

            “ Iz tak tahu bu…..” Iz meluahkan lagi. Bukan dia tidak sayangkan Durra tapi hal ini lebih kepada kesediaan dirinya sendiri untuk berumah tangga secepat ini. Dengan orang yang bakal menjadi kakak iparnya pulak tu…bolehkah Durra terima semua ini..?

            “ Iz tenangkan dulu fikiran Iz…mintak petunjuk pada ALLAH. DIA MAHA TAHU…..” sekelipan Puan Nurzah menasihati anaknya dan dia terus bangun meninggalkan Iz keseorangan di dalam biliknya. Iz merebahkan badan di atas katil. Letih untuk berfikir benda-benda serius macam ni…

            Iz hampir terlelap sebelum dia disedarkan dengan ketukan di pintunya. Kalau ketuk ala-ala sopan macam ni dia dah kenal sangat siapa orangnya..

            “ Masuk…….” Iz menjawab malas. Masih baring memeluk bantal di atas katil..

            “ Baiz tidur…..?” sepatah adik bongsunya bertanya di muka pintu dengan senyuman manis..

            “ Taklah....masuklah…” Iz menggeleng perlahan sambil memanggil adiknya masuk..

            Dikya pantas masuk, menutup pintu dan mendekati abangnya di atas katil. Iz perasan adiknya ada memegang sesuatu tapi hanya dibiarkan sahaja..

            “ Dikya tak tidur lagi…..?” Iz bertanya lembut..

            “ Tak mengantuk lagi. Selalu kalau Dikya tak boleh tidur Dikya kacau Baim……” Dikya berbicara namun Iz dapat melihat ketenangan di wajah adik bongsunya itu. Iz bangun dan duduk menyandar di kepala katil. Bantalnya tadi masih dipeluk kejap..

            “ You miss him…..?”

            “ Of course…..! A lot…….” Dikya menjawab dan menyandar di sisi abangnya..

            “ Me too……” Iz menokok lagi..

            “ Okay…cakap pasal Baim…nah ambil ni……” Dikya menghulurkan barang yang dipegang tadi kepada abangnya. Iz berkerutan. Tafsir Al-Quran…? Iz memandang wajah adiknya meminta penjelasan..

            “ Ambil…..” Dikya menarik tangan abangnya dan meletakkan Tafsir Al-Quran itu di telapak tangan Iz..

            “ Tafsir ni Baim bagi kat Dikya ….Baim suruh bagi kat Baiz…….” Dikya menerangkan ringkas sebelum Iz sempat bertanya apa-apa..

            “ Baim bagi……?” Iz meminta kepastian dan hanya anggukan yang diterima daripada adiknya itu..

            “ Bila….? Kenapa tak bagi kat Baiz sendiri……..?” Iz bertanya pelik…

            “ Ingat masa Baim balik KL sekejap malam tu…?” Iz mengangguk..

            “ Yang esok paginya dia accident bawak kereta Kak Durra….?”

            “ Urm…ingat…..”

            “ Malam yang Baim balik tu kan Dikya dengan abah ada dekat rumah sebab Dikya sekolah. Baim masa malam tu bagi Tafsir ni kat Dikya. Dia tak cakap banyak..dia cuma pesan bagi dekat Baiz…….” Ooohh….Iz menjawab di dalam hati. Tafsir itu dipandang seketika dan diletakkan di almari kecil bersebelahan katilnya..

            “ Dikya tak ingat sebenarnya..tapi tadi Dikya golek-golek atas katil terpandang Tafsir ni baru teringat….”

            “ Baca tau….jangan letak buat perhiasan je……” Dikya sempat memerli abangnya..

            “ Isy…tahulah……” Iz menggosok lembut kepala adiknya…

            “ Dikya tidur dululah. Gudnite…..” Dikya meminta diri sambil menyium tangan abangnya..

            “ Nite dear…..” Iz tersenyum melihat perilaku adiknya yang satu ini. Yang pasti akan menyalami setiap orang sebelum masuk tidur…Iz tersenyum sendiri…

******************************************************************************

            “ Iz kacau ke…?” Iz bertanya perlahan saat Durra di hujung talian seakan senyap mendiamkan diri..

            “ Tak…Durra belum tidur lagi…” Durra menjawab tenang..

            “ Durra…sebenarnya Iz risaukan Durra…..” Iz berkata lambat-lambat. Dia menggigit bibir selepas itu, takut mendengar penerimaan Durra..

            “ Kenapa pulak…..?” Durra pelik di hujung talian..

“ Durra okay ke…? Yela…sekejap je macam-macam benda berlaku dalam hidup awak. Ayah awak meninggal…sekarang bakal suami awak pulak meninggal. Saya tahu awak orang yang paling sakit sekali. Hilang dua orang yang awak sayang sekelip mata….” Iz berkata panjang tanpa dia sedari yang Durra sudah bergenangan air mata di hujung talian..

“ Durra okay…Iz tak payah risau….” Durra menjawab pendek. Apit yang lena tidur di sisinya dipandang sepi. Sejak macam-macam kejadian berlaku…Apit tidak berani untuk tidur sendirian..

“ Durra…awak menangis….?” Iz menyerkap jarang padahal dia sendiri mendengar Durra sedang teresak di hujung sana..

“ Tak….” hanya sepatah Durra menjawab..

“ ALLAH dah tentukan yang terbaik buat Durra. Durra masih ada pegangan agama…Durra percaya qada’ dan qadar. InsyaALLAH sakit sekarang mungkin ALLAH nak bagi Durra sesuatu yang lebih baik…” Durra menokok dan lebih kepada cubaan untuk menenangkan dirinya sendiri. Iz tersenyum seketika mendengar bicara gadis ini..

“ Apa perancangan Durra lepas….?” Iz menyambung bicara..

“ Macam biasa. Pergi kerja balik kerja….Durra akan tetap kuat demi Apit. Dia saje yang saya ada sekarang….”

“ Jaga diri Durra…ingat Iz kalau perlu apa-apa….” Iz melontarkan lagi perasaan risaunya…

“ Takpe Iz. Selagi Durra mampu berdiri di atas kaki sendiri, Durra taknak menyusahkan orang lain….” Iz terdiam saat Durra menyebut perkataan ‘orang lain’…

Hanya selepas seketika mereka berbual akhirnya Durra meminta diri…

Iz merenung dalam telefon bimbitnya di sini. Jiwanya penat tika ini. Namun seketika Iz baru teringat yang dia belum solat Isya’. Jam dikerling…10.45 malam…aduhhh aku ni selalu lalai…Iz beristighfar sendiri di dalam hati…

Seusai solat lama Iz berteleku di atas sejadah. Hatinya digamit kerinduan yang teramat. Malamnya dirasakan cukup sunyi. Dulu jika tidak berbual kosong di bilik abangnya, mereka berdua pasti akan bermain gitar dan menyanyi bersama-sama. Iz meraup mukanya perlahan…pantas Tafsir Al-Quran di sebelah katilnya dicapai. Lampu bilik dimatikan dan hanya lampu tidur yang terbuka. Iz benar-benar ingin berseorangan sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghilangkan rasa rindunya…

Menitik air matanya tika itu. Bagaikan sudah lama dia tidak mengaji seperti ini. Jika ada pun hanya bacaan Yasin setiap malam Jumaat bersama ahli keluarganya….selain itu dia jarang duduk membaca Al-Quran seperti ini. Dirasakan cukup cetek dan jahil sungguh ilmu agamanya..benarlah kata abangnya yang dia sudah semakin lalai dengan dunia…

Setelah beberapa muka surat dibaca, Iz memberhentikan bacaan dan ditanda muka surat tersebut. Iz berdiri untuk meletakkan Tafsir itu ditempat yang lebih tinggi namun sekeping kertas berlipat secara tiba-tiba jatuh terkeluar daripada celah helaian Tafsir itu. Iz berkerutan…

Surat yang tertulis Untuk Iz, adik yang Baim sayang itu menggamit hatinya. Pantas Tafsir diletakkan, songkok ditanggalkan dan dia duduk menyandar di kepala katil. Lipatan surat itu dibuka..

Assalamualaikum,

First of all, Iz jangan pelik atau terkejut. Baim sendiri tak tahu kenapa Baim tulis surat ni untuk Iz. Dah macam zaman lapuk kan, bukan takde emel ke phone ke..isy takpelah. Nampak ada sentimental value macam ni kan…?

Iz tersenyum sendiri dan meneruskan pembacaannya…

            Iz tahu Baim sayang Iz…? Iz tahu kan….? Tapi Baim tulis surat ni sebenarnya sebab Baim nak mintak maaf sangat-sangat pada Iz..

            Iz tertanya-tanya sendiri dan menyambung pembacaanya lagi..

            Iz…mungkin di mata kasar Iz, Baim nampak baik tapi sebenarnya Baim abang yang paling ego dalam dunia ni. Baim abang yang pentingkan diri sendiri. Baim abang yang sanggup lukakan hati adik sendiri..

            Iz…Baim tahu Iz sayang Durra. Baim tahu Iz suka dia…Baim boleh baca sejak Iz bertalu-talu tanya kenapa capat sangat Baim nak meminang Durra. Tapi Baim buat saja je…Baim buat tak tahu. Baim sukakan Durra sejak kecil…Baim tak mahu Iz rampas dia dari Baim. Even Iz adik Baim sendiri Baim tak boleh terima.

            Baim tahu Iz makan hati. Baim tahu Iz pujuk diri sendiri. Baim tahu Iz pura-pura buat macam takde apa. Tapi Baim tetap tak ambil peduli. Baim tetap bertekad yang Durra hanya boleh jadi isteri Baim…bukan isteri Iz. Baim mintak maaf…

            Bila Pak Win meninggal…Iz nampak risau pasal Durra. Iz selalu ada di belakang dia. Masa tu Baim dah takut…Baim takut Iz akan bertindak mendekati gadis kesayangan Baim. Sebab tu tanpa fikir panjang Baim terus melamar Durra, Baim tak kira dia nak terima Baim atau tak…apa yang Baim fikir Baim perlu bertindak sebelum Iz. Baim mintak maaf…

            Tapi sekarang entah kenapa semakin dekat Baim nak menikah dengan Durra, Baim rasa semakin bersalah. Baim tak boleh macam ni…ketepikan perasaan adik sendiri. Baim jadi keliru tiba-tiba. Baim rasa Iz lebih layak dengan Durra sebab Iz sanggup korbankan perasaan Iz sendiri untuk orang-orang yang Iz sayang. Hati Iz lebih mulia berbanding Baim..

            Iz menitiskan air matanya tanpa diduga..

            Iz….andai kata masih ada sisa kemaafan Iz untuk Baim, tolonglah…

            Tolong jaga Durra untuk Baim….kahwin dengan dia. Bahagiakan hidup dia. Baim tak mampu nak jaga dia sebaik Iz. Tolong hilangkan rasa bersalah yang ada dalam diri Baim sekarang ni. Hati Baim tak tenang. Kesian Durra…dia dah takde siapa-siapa. Sanggup Iz tengok hidup dia sebatang kara membesarkan Apit..? Tolonglah Iz….maafkan Baim dan penuhi hajat Baim…boleh kan…?

            Okaylah Baim dah luahkan apa yang sepatutnya Baim luahkan. Surat ni Baim suruh Dikya simpan. Dengan izin ALLAH, pasti Iz akan baca surat ni nanti dan entah di mana Baim saat Iz baca surat ni…Baim pun tak tahu..

            Akhir kata…maafkan Baim, Iz! Baim sayang Iz sampai bila-bila dan Baim sayang semuanya….

                                                                                                                        Zaim Aimanuddin
            Iz melipat surat tersebut yang sudah basah dengan air matanya…
           

p/s: this song dedicated special 4 this n3..uwekkkss jiwang pulak dah..=)
            

Tuesday, November 23, 2010

Kisah Kasih Kita (15)

            “ Kami dah buat macam apa yang diarahkan…” suara di hujung talian melaporkan.

“ Bagus…! Betul korang buat macam apa yang aku suruh….?”

“ Ya……”

“ Good job! Nanti aku akan bank in duit ke akaun kau….”

“ Ok……..”

Lantas talian terus terputus…
******************************************************************************

Durra dah letih melihat jam di pergelangan tangannya….kenapa Baim tak call lagi ni..?

            “ Iz…ada Baim call tak…?” Durra bertanya pada Iz yang masih berada di perkarangan rumahnya itu..

            “ Takde pun…..” Iz menjawab sepatah..

            “ Kenapa lama sangat ek……?” Durra bertanya risau..

            “ Tak payah risaulah… Baim takde apa tu. Sekejap lagi dia call la. Kalau takde  jugak awak call dia la….” Iz mencadangkan dan Durra hanya mengangguk..

            “ Apit nak ikut Mak Cu try baju pengantin….” Apit mencelah secara tiba-tiba dan menceriakan sedikit suasana..

            “ Apit tak payah ikutlah…Pakcik hantar Mak Cu sekejap je. Nanti dah hantar Pakcik cepat-cepat balik……” belum sempat Durra menjawab Iz dan jawab dulu. Durra menjauh sedikit untuk cuba menghubungi Aiman..

            “ Alaa…….” Apit memuncung tak puas hati..

            “ Nanti Pakcik ajar buat layang-layang….nak tak….?”

            “ Nak…! Nak…..!”

            “ Okay kalau nak duduk rumah je…..” Iz mengumpan anak kecil itu…

            “ Okay……”

            “ Iz …saya call dua tiga kali takde orang angkat pun….” Durra kembali mendekati mereka. Iz berkerutan…

            “ Sekejap saya try…..” kali ini Iz pula bergerak menjauh sedikit dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek. Dicuba sekali…gagal…dia menggeleng ke arah Durra..

            Dicuba sekali lagi…..

            “ Hello…….?” Iz berkerutan mendengar suara yang tidak dikenali di hujung sana..

            “ Siapa ni….?” Iz drastik bertanya..

            “ Hello encik…..” kedengaran suara penyambut telefon itu cemas..

            “ Ye saya…..?” Iz sudah berdebar..

            “ Encik kenal dengan Encik Zaim ni…?”

            “ Saya adik dia…kenapa bang….??!”

            “ Encik Zaim ni accident….keretanya terbabas ke tepi jalan langgar pokok. Keadaan dia parah jugak ni, encik kena cepat datang sini……….!!” Iz terdiam. Apa yang hanya didengarnya selepas itu adalah tempat di mana berlakunya kemalangan abangnya itu..

            “ Durra…….” Iz memanggil Durra sekilas..

            “ Kenapa Iz…….?” Durra pantas bertanya. Raut wajah Iz cukup menakutkan dirinya sendiri..

            “ Awak kena ikut saya sekarang……”

            “ Kenapa…….?!”

******************************************************************************
           
            Di dalam kereta…

            “ Sabar Durra…insyaALLAH Baim tak pape………” Iz cuba menenangkan Durra. Sudah diberitahu berita ini pada seluruh ahli keluarganya dan Iz berpesan biar dia dan Durra sahaja yang pergi melihat keadaannya terlebih dahulu. Jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku, Iz berjanji untuk menelefon mereka. Sebenarnya Iz lebih kepada tidak sanggup untuk membiarkan ahli keluarganya terkejut dan bersedih..

            Durra hanya senyap tidak berkata apa. Cuma kelihatan jelas tubir matanya yang bergenangan dengan air mata. Sebaik sahaja sampai ke tempat kejadian, Durra meluru keluar..

            “ Baim………..!!” Durra memanggil nama lelaki itu kuat di sebalik orang ramai yang mengerumuni kawasan tersebut. Durra ternganga melihat kereta arwah abangnya yang remuk di depan dengan kepulan asap yang masih ada. Iz berlari anak pantas mendapatkan Durra..

            “ Tolong tepi sikit…kami family mangsa…….” Iz meminta laluan mendekati kereta dan kelibat abangnya dicari sekeliling…

            “ Encik ni ke adik Encik Zaim yang saya call tadi…..?” Iz menoleh sekilas apabila seseorang menyapanya. Durra turut berpaling…

            “ Ye…mana abang saya……?!” Iz bertanya risau. Hatinya cukup gerun tika ini..

            “ Kat sebelah sana tu………” lelaki tersebut menunjukkan ke arah belakang mereka. Lantas Iz dan Durra berpusing. Mereka berlarian ke arah Aiman yang terbaring tanpa sedar di tepi jalan dengan kepalanya yang berlumuran darah..

            “ Ambulance dalam perjalanan ke mari. Kami dah call tadi….” sayup-sayup Iz mendengar ada orang memberitahunya begitu. Entah siapa dia tidak tahu..

            “ Baim……….!” Iz memangku kepala abangnya dengan perasaan sebak..darah yang mengalir di dahi abangnya dilap perlahan..

            “ Baim…..macam mana boleh jadi macam ni…?” Durra sudah teresak-esak menangis. Dia memandang raut wajah Aiman..

            Namun mereka hampa kerana Aiman langsung tak menjawab..

            “ Tolong panggil ambulance tu datang cepat….!!” Iz tiba-tiba menjerit kuat bagaikan tidak sabar dan menyebabkan orang ramai yang berada di situ semua terkejut. Iz sudah tidak mampu berfikir apa..

            Sejurus kemudian ambulance sampai dan Aiman terus dikejarkan ke hospital berhampiran. Durra menaiki ambulance bersama Aiman manakala Iz mengikuti ambulance tersebut dengan keretanya.

******************************************************************************

            Di hospital pula..

            “ Iz…” Iz menoleh sebaik mendengar namanya dipanggil. Kelihatan seluruh ahli keluarganya sudah datang dengan ibunya yang sudah basah dengan air mata..

            “ Ibu……” Iz menjawab lirih penggilan ibunya itu dan matanya hanya memandang lesu seluruh ahli keluarganya yang lain..

            “ Macam mana Baim kamu…..?” Encik Mahmud bertanya tidak sabar..

            “ Dia ada kat dalam….” Iz menunjukkan bilik kecemasan yang masih menyala lampu di atasnya itu..

            “ Durra…..” Puan Nurzah terus mendekati Durra yang kelihatan sugul duduk di salah sebuah kerusi di luar bilik kecemasan itu..

            “ Cik Zah……….” Durra merasa sebak tika melihat bakal ibu mertuanya itu..

            “ Sabar sayang….Im tak pape tu…..” Puan Nurzah menenangkan bakal menantunya itu dan bahunya dipeluk kejap ke sisi..

            Suasana tegang ketika itu. Sungguh sunyi. Tidak ada seorang pun yang terdaya untuk bersuara. Masing-masing ralit berdoa di dalam hati semoga tidak ada apa-apa perkara buruk menimpa Zaim Aimanuddin! Apatah lagi menjelang hari bahagianya lusa..

            “ YA ALLAH….beri kesempatan untuk abang aku terus bernafas. Beri kesempatan pada dia untuk hidup dengan orang yang dia sayang…” Iz berdoa bersungguh di dalam hatinya..

            Tidak lama selepas itu pintu bilik kecemasan terbuka dan seluruh ahli keluarga Encik Mahmud mengerumuni doktor lelaki itu…

            “ Doktor…..abang saya macam mana….?!”

******************************************************************************

            “ Janganlah sedih…..Baim tak mati lagi…..” Aiman bersuara perlahan pada Durra yang duduk di sisi katilnya dengan wajah ceria. Bagaikan dengar tidak dengar sahaja suaranya itu. Durra menjeling perlahan Aiman yang kelihatan tidak takut barang sedikitpun..

            “ Jantung Durra macam dah nak tercabut bila tengok Baim tadi. Baim boleh lagi nak main-main…….?” Durra bersuara keras. Syukur dipanjatkan ke hadrat ILLAHI bila doktor memberitahu bahawa Aiman selamat dan tidak sedarkan diri hanya kerana hentakan yang sedikit kuat di kepalanya. Namun dia bersyukur kerana ALLAH S.W.T masih memanjangkan umur lelaki ini..

            “ Mana boleh Baim pergi mana-mana. Nanti siapa yang nak bersanding dengan Durra…Durra nak bersanding sorang-sorang ke……?” Aiman bergurau lagi..Durra menarik nafas dalam…

            “ Baim……!”

            “ Okay…….Baim tak main-main lagi. Tapi Durra janganlah nangis. Baim taknak Durra nangis sebab Baim……” Aiman lirih bersuara menyebabkan Durra bertambah sebak. Semakin laju air matanya jatuh ke pipi. Hanya lelaki ini yang masih sudi mengangkat hidupnya yang kian suram…apa akan jadi kalau lelaki ini juga dijemput ALLAH…? Sungguh Durra takut…

            Sekejapan Iz muncul di bilik abangnya ditempatkan. Turut duduk disebuah lagi kerusi yang ada. Setelah lebih 3 jam abangnya tidak sedarkan diri….banyak yang dipendamnya. Ahli keluarga mereka pun masih ada di luar. Cuma mereka bergilir-gilir masuk untuk melawat Aiman..

            “ Baim…..kenapa careless sangat drive..? Baim tak pernah macam ni before this….” Iz menyuarakan resah hatinya..

            “ I don’t know……..” Aiman menjawab ringkas…

            “ Semua macam cepat sangat. Sampai satu selekoh….brek kereta tu macam tak berfungsi, Baim nak elak daripada bertembung dengan kereta lain…sudahnya Baim langgar pokok besar…then…here I am….” Aiman tersenyum bercerita..

            “ You really made me scared bro……” Iz menokok lagi. Aiman hanya tersenyum bahagia melihat betapa dirinya dikelilingi orang-orang yang menjadi kesayangannya..

            “ Kenapa dengan brek kereta tu…? Selama ini okay je…..” Durra tiba-tiba bersuara

            “ Benda dah nak jadi Durra….bukannya boleh kira before ni okay so sekarang masih okay. Nasib Baim tak biar Durra yang drive. Kalau Durra yang drive taktau apa jadi….” Aiman menyambung bicaranya. Durra hanya mengangguk kecil..

            “ Nasib baik ALLAH masih panjangkan umur Baim…..” Aiman bersuara..

            “ Thank GOD!.......” Iz menyambut pula dan Aiman tersenyum lagi..

            “ Kalau Baim takde siapa nak jaga Durra kan…?” Aiman berfikir perlahan menyebabkan Durra sedikit tersentak. Iz memandang simpati wajah gadis di sisinya itu. Iz turut bersyukur melihat abangnya selamat. Dia tidak rela melihat Durra bersedih lagi….sudahlah baru ditinggalkan ayahnya…takkan bakal suami turut akan diambil ALLAH..? Mujur ALLAH masih sayangkan mereka semua. Kini semuanya selamat-selamat sahaja…

            “ Apa Baim cakap ni….kan Baim dah selamat. Baim boleh jaga Durra….” Durra tidak senang dengan bicara lelaki ini..

            “ Iz nak tak jaga Durra untuk Baim kalau Baim takde nanti…..?” Iz terkejut besar mendengar bicara abangnya yang satu ini! Iz memandang sekilas wajah Durra yang turut terkejut..

            “ Apa Baim ni…? Cakap macam takde iman. Apanya yang kalau-kalau..? Baim dah selamat okay…..!” Iz sedikit berang mendengar bicara abangnya. Durra hanya memandang wajah Iz yang ketara menahan marah itu..

            “ Apa marah-marah ni….? Baim cuma tanya je……” Aiman masih tenang seperti tadi. Iz menjeling geram..
            “ Dahlah…Baim rehat banyak-banyak. Rasanya kesan hentakan tu masih ada sebab tu Baim fikir bukan-bukan…..” Iz akhirnya berniat untuk keluar dari bilik itu..

            “ Iz keluar dulu….Sha dengan Dikya pulak nak masuk tengok Baim……” Iz terus bangun dan keluar. Manakala Aiman hanya memerhati susuk adik kesanyangannya itu..

            “ Doktor kata insyaALLAH if keadaan Baim dah okay esok pagi Baim dah boleh keluar….” Aiman memberitahu pula kepada Durra yang masih tetap duduk di sisinya. Dia sememangnya tidak cedera teruk. Cuma kepalanya sahaja yang berbalut akibat hentakan di stereng kereta..

            “ Alhamdulillah……”

            “ Sorry pasal tak dapat try baju pengantin tadi…..” Aiman memohon maaf pula kali ini..

            “ Takpelah Baim….bukan Baim mintak nak jadi macam ni. Kan dah takdir….”

            “ Lagipun kita tak pergi try pun takpe…..” Durra menokok lagi…

            “ Mana boleh….nanti kalau-kalau ada yang nak kena alter takut tak sempat. Esok lepas Baim check out dari sini kita singgah butuk pengantin tu dulu eh….” Aiman ceria meminta…

            “ Ikut Baimlah….Durra ikut je…..” Durra hanya menurut dan tidak membantah..

            Aiman tersenyum bahagia mendengarnya…

******************************************************************************

            Alhamdulillah! Tiada ungkapan yang mampu diucapkan selain rasa syukur yang tidak bertepi ini. Pagi ini Zaim Aimanuddin sudah selamat bertunangan dengan Durratul Suraya. Majlis serba ringkas ini berjalan lancar dengan kehadiran seluruh kaum keluarga terapat kedua-dua belah pihak. Kini tinggal menghitung jam, minit dan saat sebelum mereka bakal diijabkabulkan kira-kira selepas waktu asar nanti..

            “ So amacam dah jadi tunang orang ni….?” Sha bertanya ceria pada abangnya di rumah Opah mereka. Tika itu mereka duduk berehat setelah selesai majlis pertunangan ringkas selesai. Aiman sebagai bakal pengantin lelaki sudah tentulah hanya duduk menunggu di rumah neneknya. Takkanlah dia ikut sekali ke rumah sebelah. Meskipun zaman sekarang dah berubah tetapi bukan untuk kelaurganya. Mereka masih berpegang teguh pada adat-adat Melayu. Jadi jawapannya duduk rumah Opah tengok tv jela!

            “ Macam, macam mana…..?” Aiman bertanya bodoh. Malas nak layan adiknya ni pun ada jugak…

            “ Yelaaa….nervous ke. Terharu ke. Rasa happy sampai nak guling-guling ke. Takkan takde rasa apa kot…..” Sha menjeling geram.

            “ Rasa macho boleh terima tak…….?” Aiman bernada ceria..

            “ Okay…perasaan mengarut macam tu Baim simpan soranglah. Tak payah share!....” Sha dah naik menyampah. Kot lah dia bersikap baik nak kongsi mengongsi perasaan gembira dengan abangnya ini tapi lain pula didengarnya…malas ah!

            “ Alalala….sayang Baim jangan merajuk. Meh Baim peluk…….”sekelipan Sha dah berada di dalam pelukan abang sulungnya ini. Aiman memeluk adiknya rapat dari sisi..

            “ Eh…eh…apa ni..rimaslah Baim…..” Sha berkerutan sendiri. Adehhh…tercekik anak tekak aku! Kot ye pun bagitahulah dulu nak peluk…tapi ada ek macam tu…?

            “ Alah peluk sikit pun kedekut. Dulu Sha tidur bawah ketiak Baim lagi…suka cium ketiak Baim kan..? Okay je…..” adehhhh…Sha menggeleng..malu pun ada gak..

            “ Helloooooo! Itu dah berapa kurun abad punya cerita…? Dah lapuklah abangku tersayang….” Sha menjawab riak..

            “ Berlagaklah bunyi…..esok-esok mati keringlah meraung nak tidur bawah ketiak Baim….”

            “ Apesal pulak…..??” Sha bertanya geram. Aiman hanya tergelak besar. Tangannya bermain-main dengan rambut Sha yang panjang mengurai ke belakang..

            “ Dah panjang rambut Sha ni…….” erk! Okay Sha tahu Baim nak cakap apa…

            “ Pakailah tudung sayang…..rugi tau bagi orang tengok free-free rambut cantik Sha ni……” Aiman bersuara perlahan..

            “ Adehhh…ini yang malas duduk berdua dengan Pak Ustaz ni. Ada aje yang nak diceramahkan……”

            “ Ceramah free tanpa bayaran..ok la kan…? Siapa nak bagi…..”

            “ Yelahhh.. Ha! Bagi dekat tunang Baimlah. Dia pun free hair lagi tu…….” Sha memprovok abangnya pulak! Yes….yes!

            “ Alahhhh…itu lain cerita. Dah kahwin nanti tahulah Baim pujuk dia lembut-lembut. Mesti cair punya…..”

            “ Bluwekkkkkkk…!”

            “ Sekarang Baim cakap pasal Sha……”

            “ Yelaaa…orang taulah. Kang esok lusa orang pakailah. Lepas kahwin ke……”

            “ Aduiiiii! “ Sha merasa kepalanya ditolak kuat..

            “ Nak tunggu kahwin bila cik adik oii…..? Ke awak ni dah gatal nak berlaki…..” Sha tersenyum-senyum kucing mendengarnya..

            “ Nak…nak….nak kahwin! Lepas majlis Baim terus buat majlis Sha boleh….?” Sha bersuara gatal…

            “ Amboi amboi amboi…..lebih dah ni….”

            “ Alaaaa…bolehlah…..”

            “ Dah ada calon ke……?”

            “ Dah…..dah………!” Sha menjawab ceria persis seorang kanak-kanak. Aiman hanya tersenyum melihat telatah adik manjanya ini..

            “ Siapa….? Ayie…..?” mata Sha terjojol mendengar nama tersebut dari bibir abangnya….

            “ Sha ingat Sha kat kampung Baim tak tau apa jadi……?” Aiman tersenyum kecil…

            “ Isy…..mesti Baiz jaja cerita Sha ni kan….? Teruk betullah. Siap dia nanti…..!”

            “ Kalau dia tak cakap pun Baim tahulahh! Baim ada sixth sense……” Sha mencebik dibodohkan bulat-bulat oleh Aiman…

            “ Selagi tak pandai masak…tak pandai kemas rumah…tak pandai nak urus diri sendiri kasi betul jangan berangan nak berlaki….” sekali lagi Sha merasa kepalanya ditolak kasar..

            “ Isy…..Baim tak sportinglah…”

            “ Arghhhhhh..tak kira….!” Aiman menjawab tegas..

******************************************************************************
          
             “ Nah ni baju Baim….pergi ganti dululah. Iz duduk kat luar….” masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Sekarang Aiman sedang bersiap-siap untuk majlis akad nikahnya..

            “ Alaaa…siapa nak ikatkan samping Baim..? Mana Baim pandai….” Aiman bertanya naïf. Iz rasa nak tergelak..

            “ Tau dah…tiap kali raya pun Iz yang pakaikan. Pergilah salin baju dulu. Nanti Iz masuk. Cepat sikit……”

            “ Owhhh okay…….” Aiman menjawab perlahan..

            “ Baim okay tak ni….?” Iz bertanya pantas…

            “ Okay….kenapa….?” Aiman bertanya pelik…

            “ Takdelah….muka Baim nampak pucat….”

            “ Baim letih lah Iz…….”

            “ Letih kenapa……?”

            “ Tak tau lah…cuma rasa penat sangat…..” Iz melihat abangnya menekan-nekan dada..

            “ Baim tak cukup tidur kot…..”

            “ Agaknyalah……”

            “ Dah tukarlah  cepat. Nanti dah siap jerit tau…..” Aiman hanya menangguk mendengar arahan itu…

            Dua puluh minit berlalu, Aiman masih di dalam. Iz pelik…tukar baju pun lama….??

            “ Baim…….!” Iz menjerit kuat…

            “ Ye……….” Iz mendengar abangnya menjawab perlahan….

            “ Apa yang lama sangat tu……?”

            “ Nak siap dah ni…..”

            “ Iz masuk ni….” akhirnya Iz terus merempuh masuk. Alaaah bukan tak pernah tengok abangnya salin baju pun..

            “ Awatlah macam kura-kura sangat pergerakan Encik Zaim Aimanuddin petang ni….?” Iz cuba menceriakan suasana. Aiman hanya tersenyum namun wajahnya pucat…

            “ Iz…….” Iz memusingkan kepala sebaik namanya dipanggil….

            “ Eh….Baim……..!!” Iz menjerit kuat sambil menahan abangnya daripada jatuh terkulai ke atas lantai. Iz cemas

            “ Abah……………..!!”